omniture

Standard Chartered dan Huawei Jalin Kerjasama Bangunkan Penyelesaian Internet Komunikasi Benda Luaskan Peminjaman Ekosistem

Huawei
2018-10-18 11:19 1477

SHANGHAI, 18 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Standard Chartered dan Huawei telah mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan penyelesaian dikuasakan Internet Komunikasi Benda (IoT) yang dapat merevolusikan cara syarikat-syarikat korporat berkomunikasi dengan bank-bank bagi tujuan pembiayaan mahupun pembayaran. Syarikat-syarikat korporat tidak perlu lagi memulakan transaksi ini secara manual melalui arahan daripada kertas atau secara emel kerana sistem-sistem korporat dan bank akan berupaya untuk berkomunikasi antara satu sama lain pada waktu nyata, menghasilkan arahan pembiayaan atau pembayaran melalui Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API)

Penyelesaian ini, diperkenalkan semasa Huawei Connect 2018 di Shanghai minggu lalu, menggabungkan keupayaan IoT dan awan agar bank akan berupaya mengesan pergerakan barangan pada waktu nyata, mengurangkan risiko pengendalian dan menyediakan data andal yang dapat digunakan dalam keputusan pembiayaan. Ketersediaan data waktu nyata membolehkan pemprosesan lancar untuk kelas senarai tindakan yang lebih luas dan dapat mengurangkan dengan ketara masa pusingan, membuka peluang terhadap rangkaian penyelesaian pembiayaan yang lebih luas kepada pengeluar dan pengedar mereka.

Penyelesaian IoT ini menggunakan OceanConnect Huawei, satu platform terbuka yang dibangunkan melalui teknologi IoT, pengkomputeran awan dan Data Raya. Dengan keupayaan pengurusan peranti IoT seragam berasaskan awan sebagai terasnya, ia dihubungkan dengan peranti terhubung dan mengumpul data waktu nyata melalui beberapa ejen sambil menyediakan API terbuka mesra pengguna kepada pembangun aplikasi untuk mereka bentuk dan mengaturkan proses perniagaan.

Mengulas tentang perkongsian bersama Huawei, Dr Michael Gorriz, Ketua Pegawai Maklumat Kumpulan Standard Chartered berkata: "Kami komited untuk menyediakan penyelesaian kewangan kepada pelanggan kami melalui jejak kami yang pelbagai dan kepada perniagaan bank dalam semua saiz. Teknologi dapat mengubah cara asas kita melakukan urusan perbankan. Kami mendapati Huawei sebagai rakan kongsi mantap yang berkongsi minat yang sama dengan kami untuk mengubah cara kami menyokong pelanggan kami dan menjadikan perbankan lancar serta mudah buat mereka melalui aplikasi teknologi Internet Komunikasi Benda termaju. Kami berharap dapat merintis penyelesaian ini bersama pelanggan dan bekerjasama dengan Huawei serta rakan-rakan kongsi teknologi lain untuk meneroka senarai tindakan baharu."

Qiu Lei, Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Penyelesaian Produk Huawei Enterprise Business Group berkata: "Menjadi misi Huawei untuk membantu mencipta dunia pintar yang terhubung sepenuhnya memandangkan semakin banyak industri menerima pakai IoT dan memulakan perjalanan transformasi digital mereka. Dalam menghadapi cabaran menerusi perjalanan ini, teknologi seringkali hanyalah sebahagian daripada penyelesaian. Keazaman dan visi adalah sama penting. Kami bekerjasama dengan Standard Chartered atas keazaman mereka yang kuat dan visi hebat daripada eselon teratas dalam syarikat untuk menyokong pelanggan mereka apabila melibatkan transformasi digital."

Standard Chartered telah bekerjasama secara aktif dengan syarikat-syarikat teknologi untuk bersama-sama membangunkan penyelesaian bagi menambah baik pengalaman pelanggan dan meningkatkan kecekapan. Awal tahun ini, Standard Chartered menubuhkan SC Ventures, satu unit perniagaan untuk memangkinkan usaha sama dan inovasi, melabur dalam teknologi kewangan dan menubuhkan usaha niaga disruptif. SC Studios, di Silicon Valley, membolehkan mereka berhubung dengan teknologi terkini, syarikat-syarikat teknologi, teknologi kewangan dan komuniti pelabur.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.huawei.com/en/press-events/news/2018/10/standard-chartered-huawei-partner dan https://e.huawei.com/en/solutions/industries/finance/

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment