omniture

Crown Equipment Teruskan Peluasan Asia Tenggara dengan Pengumuman Cawangan Bertaraf Dunia Baharu di Vietnam

Crown Equipment Southeast Asia
2018-10-18 11:26 1712

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 18 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Crown Equipment, salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia, mengumumkan pembukaan cawangan baharunya di Vietnam bagi membolehkan akses terus perniagaan-perniagaan kepada penyelesaian peralatan pengendalian bahan kelas pertamanya, pengalaman khidmat pelanggan setempat dan kepakaran industri yang luas.

Cawangan Crown Vietnam
Cawangan Crown Vietnam

 

Cawangan baharu ini bertujuan untuk menyokong ekonomi negara yang pantas berkembang yang berpotensi mempunyai kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar tahunan kira-kira 5.1 peratus, menjadikannya sebagai yang ke-20 terbesar di dunia menjelang tahun 2050. Kehadiran Crown di Vietnam memastikan ia menyediakan peluang-peluang untuk perniagaan-perniagaan tempatan meningkatkan prestasi rantaian bekalan melalui trak forklift berkualiti tingginya dan program khidmat pelanggan yang utama dalam industri. Crown terkenal kerana membantu pelanggan-pelanggannya meningkatkan prestasi perniagaan mereka, merendahkan kos pengendalian dan akhirnya mengendalikan rantaian bekalan yang tekal melangkaui jangkaan.

Steven Hill, pengarah urusan Crown Equipment untuk Asia Tenggara berkata, "Peluasan Crown ke dalam pasaran Vietnam merupakan satu lagi contoh pembangunan infrastruktur berterusan kami di Asia. Selain meningkatkan tahap kecekapan pelanggan kami dan mengurangkan kos, kami komited untuk melabur dalam perekrutan kakitangan tempatan."

Beliau turut mengulas bahawa menerusi pembukaan cawangan Vietnam, Crown akan berupaya untuk terus menyediakan penyelesaian pengendalian bahan yang tersuai dan berkesan kepada perniagaan-perniagaan tempatan.

Kemudahan baharu ini, yang terletak di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam, merupakan peluasan utama kelima di Asia buat Crown sejak 18 bulan lalu, susulan cawangan-cawangan yang siap baru-baru ini di Korea Selatan, Malaysia, Thailand dan Filipina. Bandar Raya Ho Chi Minh ialah pusat ekonomi Vietnam, dengan sektor pembuatan menyaksikan peningkatan pelaburan dalam kilang-kilang baharu, khususnya daripada syarikat-syarikat yang berpindah dari China yang mana kos tenaga buruh telah meningkat kepada tiga kali ganda gaji purata Vietnam.

Meskipun Crown mempunyai kehadiran pengagihan di Vietnam melalui jaringan pelanggan globalnya, permintaan yang semakin meningkat di kawasan setempat terhadap penyelesaian pengendalian bahan keseluruhan melalui produk, perkhidmatan dan teknologinya membawa kepada peluasan infrastruktur Crown yang pesat dan berterusan di rantau ini bagi memenuhi keperluan industri.

Crown menawarkan perniagaan-perniagaan tempatan di Vietnam dengan peluang unik untuk bekerjasama secara langsung dengan pengeluar forklift melalui operasi cawangan milik syarikatnya. Dengan sumber pengetahuan khusus Crown, penyelesaian dimodenkan untuk menangani cabaran hari ini dan jaringan global yang menyokong operasi tempatan, pelanggan boleh mengharapkan penyelesaian perkhidmatan hujung-ke-hujung daripada Crown untuk membantu membangunkan dan mengembangkan perniagaan mereka di Vietnam.

Laman Sesawang: https://www.crown.com/en-sg.html
Bilik Berita: http://news.crown.com/sg/
Twitter: Crown Southeast Asia (@Crownforklifts)

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181016/2269243-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181002/2253114-1logo

 

Source: Crown Equipment Southeast Asia
Keywords: Machinery Transportation Corporate Expansion