omniture

Next Story Group Rancang 50 Hartanah Kafnu di Asia Pasifik

Next Story Group
2018-10-18 14:14 2071

HONG KONG, 18 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Next Story Group mempercepatkan pertumbuhan jenama Kafnu yang menakrifkan genre di seluruh Asia Pasifik. Susulan kejayaan pelancaran Kafnu Hong Kong pada lewat tahun 2017, Next Story Group membuka Kafnu Taipei dan Kafnu Bengaluru tahun ini. Kafnu Alexandria di Sydney dan Kafnu Saigon Pearl di Vietnam bakal dibuka menjelang akhir tahun 2018, dengan lima hartanah Kafnu yang disahkan bakal dibuka. Next Story Group menyasarkan portfolio melibatkan 50 komuniti Kafnu menjelang tahun 2021.

Kafnu digambarkan sebagai sebuah perkampungan bandar untuk generasi pencipta baharu. Bukan sekadar untuk golongan profesional kreatif seperti pereka dan artis, tetapi juga untuk pencipta yang menubuhkan syarikat-syarikat serta mencetuskan impak sosial. Kafnu ialah satu kumpulan melibatkan individu berbilang profesion, yang sememangnya bersifat ingin tahu, bersedia menyerlahkan potensi penuh mereka manakala jati diri mereka melangkaui profesion mereka. 

"Tatkala individu berbilang profesion ini berkembang maju di bandar-bandar pintu masuk di seluruh Asia, mereka mencari akses kepada jenis hubungan komuniti, infrastruktur dan perkhidmatan baharu. Kafnu terbukti menjadi komuniti ideal di mana mereka benar-benar merasa diterima. Infrastruktur Kafnu merupakan gabungan lancar antara kelab ahli persendirian, ruang kerja yang dikongsi dan hotel butik. Kami paling teruja dengan peluang interaksi dan kolaborasi antara ahli-ahli kami dan peranan yang kami mainkan dalam menjadi pemangkin perjalanan mereka," kata Anand Nadathur, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Next Story Group.

Dalam strategi pengagihan hab-dan-jejari Kafnu, 'hab' bandar besar dengan keluasan 5,000 - 10,000 meter persegi dikelilingi oleh lokasi-lokasi 'jejari' dengan keluasan 2,000 - 5000 meter persegi demi menawarkan ahli-ahli Kafnu dengan tahap utiliti dan ketersambungan yang sama di mana-mana jua mereka berada. Ia menyediakan ahli-ahli dengan akses kepada perkongsian strategik, perkhidmatan premium serta acara dengan susun atur peribadi, yang meningkatkan potensi individu dan kumpulan mereka.

"Pelancaran Kafnu yang berturutan ini hanya membentuk fasa awal strategi pengagihan hab-dan-jejari kami, yang menyokong matlamat kami untuk mengendalikan 50 lokasi Kafnu di seluruh Asia Pasifik dalam tempoh tiga tahun. Jaringan seluruh rantau menandakan bahawa ahli-ahli Kafnu dapat mengakses komuniti-komuniti individu berbilang profesion yang sealiran di mana sahaja mereka menjelajah," tambah Andreas Flaig, Ketua Pegawai Pembangunan Kumpulan, Next Story Group. "Dalam masa yang sama, kami percaya bahawa proposisi nilai unik Kafnu akan membolehkan pemilik hartanah merebut peluang pertumbuhan yang semakin berkembang melibatkan ruang kerja yang dikongsi dan benar-benar berbeza dalam pasaran yang kompetitif masa kini."

Setakat ini, terdapat tiga hartanah Kafnu yang beroperasi. Menjelang akhir tahun 2018, Kafnu akan berada di lima lokasi. Pembukaan Kafnu akan datang pada tahun 2018 ialah:

  • Kafnu Alexandria terletak di bangunan tiga tingkat di sepanjang Jalan Bourke, di kawasan kejiranan yang menjadi hab kepada pencipta dan pereka. Terletak di Sydney, Kafnu Alexandria akan menawarkan 16 bilik tamu, pelbagai ruang kerja dan bilik mesyuarat, studio audio siar, studio foto, bilik sumbang saran dan Oxygen Lab.
  • Kafnu Saigon Pearl terletak di tengah-tengah Bandar Raya Ho Chi Minh dan akan menawarkan lapan tingkat kemudahan termasuk ruang kerja, ruang istirehat, bilik muzik, bilik hiburan, tingkat acara selain tingkat eksekutif dengan sembilan bilik tamu.

Pada tahun 2019, Kafnu akan berada di Colombo dan Mumbai dan bakal menubuhkan yang kedua di Bengaluru.

Latar Belakang Kafnu

Kafnu ialah komuniti akrab dan bebas melibatkan individu berbilang profesion yang menerobos sempadan. Direka untuk ahli-ahli Bekerja, Belajar, Bermain dan Menjalani Kehidupan, Kafnu mendayakan penciptaan bersama, penerokaan bersama dan inovasi bersama. Kafnu memberi ahli-ahlinya dengan akses kepada perkongsian strategik, perkhidmatan premium dan acara persendirian, yang meningkatkan potensi individu dan kumpulan mereka. Lokasi-lokasi Kafnu terletak di Hong Kong, Taipei dan Bengaluru dan berkembang ke seluruh Asia Pasifik. Ia mempunyai rancangan pembangunan melibatkan lokasi-lokasi di Sydney, Bandar Raya Ho Chi Minh, Colombo, Mumbai dan Bali. Untuk maklumat lanjut: www.kafnu.com

Latar Belakang Next Story Group

Next Story Group mencipta dan mengubah kawasan bandar menjadi masyarakat berkembang maju dengan memanfaatkan kuasa imaginasi manusia dan inovasi. Kini, kumpulan ini memiliki, mengurus dan memfrancaiskan hampir 40 hotel dan pusat peranginan di Australia dan Thailand serta mengurus dua lokasi Kafnu di Taipei dan Hong Kong. Ia mempunyai rancanga pembangunan mencakupi lebih 10 hartanah di seluruh Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut: www.nextstory.com

Source: Next Story Group
Keywords: Real Estate Travel