omniture

InMobi Peroleh Syarikat Pengiklanan dan Data Berpangkalan di A.S., Pinsight Media

InMobi
2018-10-18 20:59 1700

Perkongsian dengan syarikat induk Pinsight terdahulu, Sprint, akan mewujudkan kuasa pengiklanan A.S.

SAN FRANCISCO, 18 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- InMobi, penyedia bertaraf global bagi platform perusahaan untuk pemasar, hari ini mengumumkan pemerolehan Pinsight Media, syarikat data mudah alih dan pengiklanan yang dahulunya dimiliki sepenuhnya oleh Sprint. Perjanjian semua-saham ini merupakan sebahagian daripada perkongsian strategik yang lebih luas antara InMobi dan Sprint mencakupi peranti, data, media dan pemasaran.

Pinsight Media ialah sebuah syarikat data mudah alih dan risikan jenama yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dan pengiklan-pengiklan A.S. terkemuka merentas vertikal-vertikal termasuk barangan pengguna, peruncitan, hiburan dan kewangan. Ia menawarkan suit produk dan perkhidmatan pengiklanan komprehensif yang dapat membantu perniagaan-perniagaan menemui audiens baharu, meneroka peluang pasaran baharu dan menakrifkan strategi penglibatan pelanggan yang lebih berkesan.

Pengguna mempunyai jangkaan yang amat tinggi dari segi bagaimana jenama-jenama berhubung dengan mereka bermula dengan penemuan kepada pembelian dan penggunaan. Pemerolehan Pinsight ini memanfaatkan platform perusahaan InMobi dan membolehkan Ketua-ketua Pegawai Pemasaran memenuhi jangkaan pengguna melalui pemahaman pelanggan yang lebih baik terhadap penyasaran, penglibatan dan pengekalan unggul. Dengan menggabungkan data mudah alih peringkat rangkaian dengan data daripada aplikasi mudah alih serta pelayar web mudah alih, InMobi, melalui pemerolehan PinSight Media akan menyediakan Ketua-ketua Pegawai Pemasaran dengan pandangan pengguna bersepadu yang menyeluruh, melangkaui platform-platform lain yang terdapat dalam industri.

"Perkongsian Sprint dengan InMobi adalah lebih daripada pemerolehan ini. Kami telah tercari-cari rakan kongsi strategik yang dapat membawakan teknologi pemasaran digital dan pengiklanan mudah alih terkini, selain mempunyai penghargaan tinggi terhadap kebimbangan kawal selia, privasi dan data," kata Rob Roy, Ketua Pegawai Digital di Sprint. "Perkongsian ini menyediakan Sprint dengan rakan kongsi inovatif untuk mendorong kejayaan pemasaran kami."

Pemerolehan Pinsight Media turut membawakan pandangan mendalam dan platform pengurusan data termaju kepada Awan Pemasaran InMobi, lalu menyediakan pemasar perusahaan dengan penghubung antara tingkah laku pengguna dan strategi pemasaran dikuasakan AI.

"Dengan pemerolehan ini, kami dapat mencipta platform pengiklanan dan pemasaran paling berkuasa untuk pasaran A.S. dengan menyatukan tingkah laku dalam talian dan luar talian, serta menyediakan Ketua-ketua Pegawai Pemasaran dengan cara untuk mendekati dan berhubung dengan pengguna, dan dalam masa yang sama kekal patuh terhadap keperluan perlindungan privasi dan data," kata Naveen Tewari, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di InMobi. "Pemerolehan yang pertama dalam industri ini membolehkan InMobi dan Sprint mengusahakan kekuatan masing-masing bersama-sama dan menyediakan templat global untuk perkongsian antara platform pengiklanan dan syarikat telekomunikasi."

"InMobi amat komited terhadap rakan-rakan kongsi syarikat telekomunikasi dan membangunkan ekosistem data unik bagi menyokong platform perusahaan kami untuk pemasar," kata Anurakt Jain, Naib Presiden dan Pengurus Besar, Perkongsian Data Strategik di InMobi. "Pemerolehan Pinsight Media meningkatkan kebolehan kami untuk menyampaikan pandangan pengguna yang pintar, penglibatan audiens dan pelanggan untuk Ketua-ketua Pegawai Pemasaran dengan ketara."

Hasil daripada pemerolehan ini, InMobi akan meluaskan operasinya di Amerika Utara ke Kansas City, berserta San Francisco, New York, Los Angeles dan Chicago. Usaha ini adalah susulan pemerolehan AerServ oleh InMobi pada nilai $90 juta awal tahun ini iaitu pada bulan Januari dan perkongsian terkini dengan Microsoft pada bulan Jun lalu.

Latar Belakang InMobi

InMobi ialah penyedia bertaraf global bagi platform perusahaan untuk pemasar. Sebagai sebuah syarikat teknologi yang terkemuka, InMobi diiktiraf sebagai 50 syarikat Pengubah CNBC 2018 dan sebagai salah sebuah Syarikat Paling Inovatif 2018 Fast Company. Untuk maklumat lanjut, layari inmobi.com.

Latar Belakang Pinsight Media

Pinsight Media ialah sebuah syarikat data mudah alih dan risikan jenama. Memanfaatkan data mudah alih pihak pertama yang disahkan daripada lebih 32 juta pengguna mudah alih terus daripada rangkaian, Pinsight Media bekerjasama dengan perniagaan dan pemasar untuk menyediakan pandangan yang boleh diambil tindakan yang menyokong keputusan perniagaan dan pemasaran lebih pintar. Ini termasuk menganalisis demografi utama, tingkah laku dan maklumat berasaskan lokasi yang dapat membantu perniagaan-perniagaan menemui audiens baharu, meneroka peluang pasaran baharu atau menakrifkan strategi penglibatan pelanggan yang lebih berkesan.

Perhubungan Media:
pr@inmobi.com 

 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/266030/inmobi_logo.jpg  

 

Source: InMobi
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers