omniture

Kementerian Pelancongan Republik Indonesia Meterai Dua Perjanjian Kerjasama Pelancongan dengan Brand Expedia Promosi 15 Destinasi Pengembaraan Utama di Indonesia

Expedia.com
2018-10-20 17:45 1407

SINGAPURA, 20 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Brand Expedia, jenama pengembaraan dalam talian berkhidmat penuh yang terkemuka di dunia serta Kementerian Pelancongan, Republik Indonesia berganding bahu bagi mempromosi dan membantu mendorong permintaan pengembaraan ke 15 destinasi utama di Indonesia. Perjanjian pertama membabitkan kontrak pemasaran digital selama tiga bulan dengan Expedia Group Media Solutions bagi menggalakkan pengembara ke Indonesia di bawah Kempen Indonesia Hebat (Wonderful Indonesia) 2018, manakala perjanjian kedua membolehkan pengunjung menempah perjalanan ke Indonesia di laman sesawang www.indonesia.travel Kementerian Pelancongan menerusi laman Brand Expedia di Singapura, Korea dan Jepun melalui perjanjian Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API).

Mr. Arief Yahya, Minister of Tourism, Republic of Indonesia (left) and Mr. Greg Schulze, Senior Vice President, Commercial Strategy and Service, Expedia Group (right), sealing the cooperation to promote 15 key destinations in Indonesia.
Mr. Arief Yahya, Minister of Tourism, Republic of Indonesia (left) and Mr. Greg Schulze, Senior Vice President, Commercial Strategy and Service, Expedia Group (right), sealing the cooperation to promote 15 key destinations in Indonesia.

Kedua-dua perjanjian memanfaatkan capaian global Brand Expedia melalui laman sesawang penempahan pelancongan di 40 negara seluruh dunia. Kementerian Pelancongan Republik Indonesia juga menyasarkan untuk meningkatkan bilangan kedatangan pelancong asing ke Indonesia, demi menyokong sasarannya untuk mencapai 17 juta kedatangan pelancong antarabangsa menjelang akhir tahun 2018.

Sepanjang tempoh 12 bulan, perjanjian API antara Kementerian Pelancongan Indonesia dan Brand Expedia akan (i) menumpu untuk menarik pengunjung dari 45 bandar utama merentas 18 pasaran sasaran termasuk Singapura, Jepun, Korea Selatan dan Australia (ii) menghubungkan pengembara berpotensi kepada Expedia melalui unit iklan yang ditempatkan secara strategik di laman sesawang www.indonesia.travel. Ini akan membolehkan pengembara antarabangsa memanfaatkan pelbagai jenis pilihan penempahan pelancongan yang luas, termasuk seleksi penerbangan dari lebih 500 syarikat penerbangan dan akses kepada lebih 750,000 hartanah, bagi menampung keperluan berbeza pengembara moden. Di samping itu, Brand Expedia akan memberi diskaun dan promosi untuk pelancongan ke Indonesia, bagi membantu meningkatkan kedatangan pelancong antarabangsa ke destinasi-destinasi utama ini. Selain Jakarta dan Bali, destinasi-destinasi ini melibatkan Danau Toba, Lombok, Bandung, Banyuwangi dan Labuan Bajo.

 "Dengan adanya Expedia sebagai rakan media kami, kami yakin dapat mencapai sasaran berkenaan. Sebagai penyedia perkhidmatan pengembaraan yang terbesar dan terkenal di peringkat antarabangsa, serta populariti dan reputasinya yang sangat terkenal di seluruh dunia, kami yakin bahawa Expedia akan membantu kami mempromosi destinasi kami kepada audiens pasaran yang lebih luas, di peringkat serantau dan global. Kami juga berharap agar melalui perkongsian ini, kami berupaya meningkatkan bilangan petunjuk daripada laman sesawang pengembaraan Indonesia selain penukarannya pada platform Expedia," kata Arief Yahya, Menteri Pelancongan, Republik Indonesia.

"Kami berbesar hati untuk berganding bahu dengan Kementerian Pelancongan Republik Indonesia dalam inisiatif penting ini bagi memacu kedatangan pelancong antarabangsa ke destinasi-destinasi utama Indonesia. Jaringan global luas Expedia dan kepakaran pelancongan yang tinggi dalam setiap pasaran tempatan yang kami kendalikan meletakkan kami pada kedudukan yang baik untuk membantu pengembara mencari pilihan tepat demi pengalaman pengembaraan yang hebat. Para pengembara bukan sahaja akan berupaya memperoleh manfaat daripada pelbagai tawaran luas yang boleh didapati merentasi laman sesawang Brand Expedia, pengalaman mesra pengguna dan kemudahan tempahan di laman sesawang kami akan turut menggalakkan pengembara untuk menempah perjalanan mereka bagi mengunjungi Indonesia yang indah," kata Greg Schulze, Naib Presiden Kanan, Strategi dan Perkhidmatan Komersial, Expedia Group.

Pengumuman hari ini menekankan komitmen Expedia ke arah kerjasama kami dan hubungan erat dengan Kementerian Pelancongan Indonesia. Kami berharap agar Expedia akan terus memainkan peranan penting dalam memajukan cita-cita pelancongan Indonesia, termasuk 10 strategi pertumbuhan Bali Baharu Jokowi," kata Ang Choo Pin, Pengarah Kanan, Kerajaan dan Hal Ehwal Korporat Asia, Expedia Group.

Latar Belakang Brand Expedia 
Brand Expedia menawarkan pengembara dengan seleksi luas melibatkan hotel, aktiviti dan perkhidmatan perjalanan pada kadar yang menarik. Dengan ratusan ribu rakan kongsi hotel di seluruh dunia dan pilihan komprehensif inventori penerbangan yang disediakan dengan mudah di laman Brand Expedia seluruh dunia, para pengembara boleh menempah segala-gala yang mereka perlukan untuk percutian – bilik yang sesuai dengan setiap belanjawan, setiap jenis aktiviti dan perkhidmatan perjalanan sebagai pelengkapnya.

© 2018 Expedia, Inc. Semua hak cipta terpelihara. Logo atau produk lain dan nama syarikat yang disebut di sini mungkin hak milik pemilik masing-masing.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/74522/expedia__inc__logo.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/74522/expedia__inc__logo.jpg

Source: Expedia.com
Related Stocks:
NASDAQ:EXPE
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Leisure/Travel/Hotels Multimedia/Online/Internet Travel