omniture

Projek Kawasan Baharu Xixian Shaanxi Terokai Model Pembangunan Bandar Inovatif

Xixian New Area
2018-10-22 08:06 1374

XI'AN, China, 22 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Forum Antarabangsa Kawasan Baharu Xixian pertama berhubung Mod Pembangunan Bandar Inovatif (IUDM 2018), dianjurkan di Xi'an dan menarik lebih 500 pakar serta ilmuwan dari China dan luar negara untuk meneroka model-model pembangunan bandar inovatif, telah diadakan di bawah tema "Era Baharu, Ekonomi Baharu, Bandar Baharu".

The first Xixian New Area International Forum
The first Xixian New Area International Forum

Forum berkenaan disertai oleh Rajendra Kumar Pachauri, mantan pengerusi Panel Antara Kerajaan berhubung Perubahan Iklim (IPCC) dari tahun 2002 hingga 2015; Liu Shijin, timbalan pengarah Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi CPPCC dan mantan naib presiden Pusat Penyelidikan Pembangunan Majlis Negeri; serta Fan Gang, setiausaha agung bagi Yayasan Reformasi China dan pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan.

IUDM 2018 memberi tumpuan khas pada prinsip-prinsip pembangunan bandar termasuk kualiti bandar, suasana kehidupan dan aplikasi teknologi baharu melalui pameran bertema, penyampaian ucapan dasar dan aktiviti-aktiviti penglibatan awam. Xixian, selaku daerah tuan rumah dan hasil terkini bagi pembangunan bandar yang inovatif di wilayah tersebut, telah diketengahkan sebagai penyelesaian kepada perancangan dan pengurusan bandar masa depan.

Sebagai daerah terbaharu di kawasan Xi'an yang lebih besar, Xixian menyumbang kepada pembangunan perancangan bandar melalui tumpuan pada pembinaan zon-zon rintis perdagangan bebas peringkat negara, zon-zon perdagangan perkhidmatan serta zon-zon inovasi dan keusahawanan sebagai cara untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kelayakan Shaanxi sebagai hab untuk industri-industri dan perkhidmatan-perkhidmaan strategik yang baru muncul.

"Dengan harapan dapat mewujudkan contoh urbanisasi baharu dengan ciri-ciri Cina, kami bertegas pada strategi pembangunan bandar bertumpu orang ramai yang memulihara sumber, memelihara alam sekitar, menyesuaikan pembangunan bandar kepada luar bandar dan melindungi warisan sejarah dan kebudayaan. Selama bertahun-tahun menjalankan penerokaan dengan gigih, hasilnya dapat dilihat secara beransur-ansur," kata naib gabenor Wilayah Shaanxi di forum tersebut.

"Kawasan Baharu Xixian telah memasuki tempoh pembangunan yang pantas, forum IUDM 2018 merupakan titik permulaan baharu dan kami dengan segala hormatnya mengalu-alukan setiap orang untuk berkunjung ke Shaanxi dan Xixian dan menyertai kami untuk melakar babak baharu yang hebat berhubung masa depan pembangunan bandar," kata Liang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://en.xixianxinqu.gov.cn/

Latar Belakang Kawasan Baharu Xixian

Kawasan Baharu Xixian ialah kawasan baharu negara pertama bertemakan mod pembangunan bandar yang inovatif. Ia diterajui oleh perancangan bandar inovatif dan penyepaduan bandar-industri dengan keutamaan ekologi; matlamatnya adalah untuk mencipta bandar moden yang mampan dengan ekologi, tempat boleh didiamidan persekitaran perniagaan yang lebih baik.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181017/2270539-1

Source: Xixian New Area
Keywords: Construction/Building