omniture

Artprice dan Artron Baru Sahaja Cipta "Art Media Mogul"

Artprice.com
2018-10-24 07:48 460

PARIS, 24 Oktober 2018/PRNewswire/ --

Setelah tujuh tahun menjalin kerjasama, melakukan pertukaran budaya dan kunjungan kerap antara China dan Eropah, kedua-dua pengasas dan presiden Artron dan Artprice, WAN Jie serta thierry Ehrmann (yang sebaya umurnya dan berkongsi komitmen yang sama), mempunyai visi Pasaran Seni Global yang sama serta minat yang sama terhadap Seni dalam konteks persahabatan yang setia dan saling menghormati.

generated by system

Hubungan yang lama terjalin dan sempurna ini membolehkan kedua-dua kumpulan bekerjasama dengan amat pantas tanpa halangan budaya untuk menghasilkan "Art Media Mogul". Secara analogi, ia benar-benar seolah-olah Baidu dan Google menggabungkan pengetahuan masing-masing.

Pada hari Jumaat, 12 Oktober 2018, di ibu pejabat Artprice di Lyon, Perancis, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Artron, WAN Jie, bersama-sama kakitangan beliau, serta Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Artprice, thierry Ehrmann, bersama-sama kakitangan beliau, menandatangani satu perjanjian bersejarah antara kedua-dua kumpulan.

Video rasmi majlis penandatanganan pada 12 Oktober 2018 dan perbincangan tentang 10 perjanjian pembangunan baharu di ibu pejabat Artprice, Perancis:  

https://vimeo.com/296010836

Facebook (3.4 juta tontonan)
https://www.facebook.com/228501370495445/posts/2201077099904519

Twitter
https://twitter.com/artpricedotcom/status/1053538253192749056

Cina:
https://vimeo.com/296008906

Satu siri perjanjian pembangunan secara dasarnya (10, bakal diserahkan dalam masa terdekat) dibincangkan dan ia melangkaui kontrak pengedaran eksklusif yang membenarkan langganan Artprice dipasarkan melalui Internet Cina kepada berjuta-juta pengumpul seni Cina, melalui pelanggan Artron Group di China.

Skop bagi 10 perjanjian pembangunan baharu berkenaan dibincangkan pada 12 Oktober 2018 akan memberi impak struktur terhadap Pasaran Seni Global dan Sejarah Seni, menurut sejarawan Seni, dengan cara tidak dapat dibayangkan oleh sesiapa jua. Dalam masa yang sama, Artprice dan Artron berada di ambang evolusi luar biasa yang mana, dari perspektif pemegang kepentingan, Artprice akan mengubah dimensi dari segi ekonomi, kewangan dan sejarah, pada tahun 2019.

Artron Art Group (Artron), satu kumpulan industri kebudayaan yang komprehensif, komited untuk mewarisi, meningkatkan dan menyebarkan nilai seni. Berdasarkan kepada data seni yang begitu banyak, Artron menyediakan industri seni dan peminat-peminat seni dengan perkhidmatan profesional dan pengalaman produk-produk berkualiti dengan menggabungkan aplikasi IT, seni digital termaju serta kraf dan bahan inovatif. Artron ialah pencetak terbesar dunia bagi buku-buku seni dengan lebih 60,000 buku dan katalog lelong serta jumlah penerbitan keseluruhan sebanyak 300 juta setahun. Artron.net ialah jenama paling disegani dalam dunia seni Cina. Artron.net mempunyai lebih 3 juta ahli profesional dalam sektor seni dan purata 15 juta kunjungan harian yang menduduki tempat pertama dalam kalangan laman sesawang seni global. Ia merupakan pilihan utama kalangan ahli profesional seni, pelabur dan pengikut untuk melangkah ke dunia seni. Artron meraikan ulang tahun ke-25nya. Ditubuhkan pada tahun 1993, Artron Art Group menyambut ulang tahun ke-25 tahun ini.

Artprice ialah peneraju dunia bagi Maklumat Pasaran Seni dengan 4,500,000 ahli. Ditubuhkan oleh thierry Ehrmann (lihat biografi individu ternama(c) yang diperakui https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2018/10/bio-2019-whos-who-thierry-ehrmann.pdf ) pada tahun 1987, ia kekal memperkayakan bank datanya dengan maklumat daripada 6,300 pengendali lelong dan ia menyiarkan aliran berterusan bagi trend pasaran seni untuk agensi-agensi berita utama dunia serta kira-kira 7,200 penerbitan akhbar antarabangsa. Ia mempunyai lebih 30 juta indeks dan keputusan lelongan yang melibatkan lebih 700,000 seniman. Artprice Images(R) memberi akses tanpa had kepada sumber Pasaran Seni terbesar di dunia: Pustaka dengan 126 juta imej atau cetakan karya seni dari tahun 1700 hingga hari ini, berserta ulasan daripada sejarawan seni Artprice.

Artprice memberi akses kepada Pasaran Seragam yang terkemuka di dunia untuk membeli dan menjual karya seni. Artprice sedang mempersiapkan rantaian bloknya untuk Pasaran Seni. Ia menerima label BPI (label Perancis kebangsaan saintifik).

Server group SAS ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Thierry Ehrmann dan mengawal Artprice.

Beribu pejabat di Muzium Seni Kontemporari: Abode of Chaos/Demeure du Chaos 69270, Saint Romain au Mont d'Or, Lyon, Perancis, Server group SAS menjadi pengumpul dan pengedar utama pangkalan data kehakiman, undang-undang dan ekonomi selama 33 tahun. Salah satu saluran pembangunan utamanya perlu membuka pasaran-pasaran yang sehingga kini tidak jelas menggunakan pengetahuan mendalamnya tentang undang-undang dan media elektronik. Falsafahnya adalah untuk menggalakkan ketelusan maklumat dan akses untuk semua melalui teknologi-teknologi maklumat baharu.

Server group SAS ialah sebuah syarikat dan nama jenama penerbitan untuk pangkalan data dan penerbitan kertas kajian. Kini, ia mengawal 9 syarikat dan puluhan kepentingan minoriti. Antara lain, Serveur group merupakan salah satu ISP (pangkalan data pertama terhubung kepada Internet pada Mac 1985 melalui Serveur SARL) yang paling lama bertapak di Perancis, melalui beberapa subsidiari. Hal ini memberikannya penglibatan mendalam menerusi web dengan budaya internet bermula sejak lebih tiga puluh tiga tahun lalu.

Artron menerbitkan semua katalog syarikat lelongan Cina dan mengendalikan mel pos atau digital bagi katalog-katalog ini kepada pelanggan akhir mereka. Ia membolehkan langganan Artprice, yang dijual secara eksklusif oleh Artron di China, untuk mendekati audiens sasaran secara langsung.

Demikian juga, Artprice akan dipaparkan pada halaman utama Artron.Net yang mana, menurut banyak kajian, merupakan jenama paling disegani dalam dunia seni Cina. Artron.net mempunyai lebih 3 juta ahli dan menerima lebih 9 juta pengunjung dalam talian sehari (secara purata) atau 270 juta pengunjung sebulan ke laman sesawang mereka.

Melalui Artron, wujudnya potensi permintaan yang besar untuk langganan Artprice, termasuk instrumen sokongan keputusan uniknya, kerana instrumen ini membolehkan para pengumpul China, ahli-ahli profesional seni dan industri muzium memperoleh karya seni Barat dengan jaminan penuh bahawa mereka telah menguasai kesemua maklumat harga yang berkaitan, latar belakang seniman dan juga 'profil ekonomi' mereka sepenuhnya.

Hasil nasihat pakar Artron, Artprice mematuhi sepenuhnya spesifikasi dan syarat undang-undang internet China sepenuhnya.

Bagi melakukannya, Artprice menggunakan platform pembayaran Cina Alipay dan WeChat wajib (1.8 bilion pengguna) untuk pembeli Cina selepas membangunkan tidak kurang daripada 54 juta halaman dalam Bahasa Mandarin pada bank-bank data yang boleh diakses melalui Internet (yang mengambil masa selama tujuh tahun).

Demi mematuhi undang-undang internet China, Artprice menghabiskan masa selama dua tahun menulis semula semua kod bank datanya bagi memghapuskan segala kod sumber korporat AS dan Eropah yang mengandungi unsur kuki, tag, metadata atau pintu belakang (antara unsur-unsur lain).

Apa yang dibincangkan pada hari Jumaat, 12 Oktober 2018 jauh melebihi apa yang dirancang pada asalnya. Ia diikuti dengan mesyuarat sidang kemuncak yang diadakan pada Mac 2018 di Beijing antara pasukan-pasukan eksekutif Artprice dan Artron/AMMA dan seharusnya dapat meluaskan Pasaran kedua-dua syarikat.

Untuk memahami kuasa Artron dan kedudukan kukuhnya di China, ikuti pautan ke video ini dalam Bahasa Inggeris:

http://english.artron.com.cn/about/video/index

Baca pembentangan rasmi Artron: http://english.artron.com.cn/about/introduction/index

Kontrak eksklusif untuk pengagihan langganan Artprice kepada pelanggan-pelanggan Artron serta sepuluh perjanjian tambahan baharu secara dasarnya dapat dilaksanakan dengan pesat berdasarkan pengetahuan bersama kedua-dua syarikat hasil daripada tujuh tahun perkongsian tekal, membuktikan bahawa kolaborasi, kesabaran dan kerja keras dalam tempoh jangka panjang merupakan kunci kejayaan.

Pada tahun 2018, China menyumbang sebanyak 45% daripada perdagangan seni dalam talian peringkat global, melakukan dua belas kali lebih banyak transaksi berbanding Amerika Syarikat. China mempunyai kelebihan yang amat besar terhadap Barat kerana ia membangunkan ekonomi pasarannya terus melalui Internet. Tambahan pula, tiada sesiapa pun meragui bahawa Pasaran Seni China akan menyumbang sebanyak 70% daripada Pasaran Seni global setakat tahun 2020. Artprice, selaku peneraju dunia bagi maklumat Pasaran Seni, perlu menjadi pusat kepada pasarannya. Tidak harus dilupakan juga bahawa Perancis menyumbang sebanyak 4% daripada hasil separuh pertama tahun 2018.

Untuk maklumat lanjut berhubung latar belakang sejarah hubungan antara Artprice dan Artron/AMMA serta kesan-kesan ekonominya, sila rujuk dokumen-dokumen rujukan Artprice dan khususnya, dokumen pendaftaran 2017 yang difailkan dengan AMF (Lembaga Penyeliaan Pasaran Kewangan Perancis) pada 1 Jun 2018 (menurut Artikel 212-13 dalam Peraturan Am AMF) dan Siaran Akhbar Artprice.

Butiran lanjut, klip video dan foto majlis penandatanganan dan ucapan-ucapan iringan akan disediakan secara dalam talian pada masa terdekat melalui rangkaian sosial Artprice dan Artron.

Latar Belakang Artron: 

Artron Art Group (Artron) ialah kumpulan industri kebudayaan umum yang berakar umbi dalam bidang seni dan bermatlamat untuk "menyajikan orang ramai dengan seni" dengan "melayani seni orang ramai", mewarisi, meningkatkan, menyebarkan dan merealisasikan nilai-nilai seni dan mewarisi seni dan budaya cemerlang serta meningkatkan nilai-nilainya dalam pasaran seni profesional; menyebarkan nilai seni dan budaya serta menyampaikan keindahan seni dalam kehidupan harian orang ramai melalui pasaran seni awam.

Sebagai platform perkhidmatan seni komprehensif yang terbesar di China, Artron.net menyediakan empat penyelesaian termasuk Arkib Pintar, Pameran Pintar, Tawaran Pintar dan Bacaan Pintar. Selain itu, menerusi sumber dan kajian profesional oleh agensi pemantau pasaran seni (AMMA) Artron dan hampir 20 tahun pengalaman dalam bidang seni, ia telah memeterai kerjasama strategik jangka panjang dengan badan-badan kerajaan seperti Kementerian Kebudayaan, insitusti-institusi kebudayaan seperti Muzium Istana, universiti-universiti seni global, syarikat-syarikat internet seperti Baidu dan juga institut-institut penyelidikan luar negara.

Web Artron: http://www.artron.com.cn; http://www.artron.net.

Latar Belakang Artprice: 

Artprice tersenarai dalam Eurolist oleh Euronext Paris, SRD long only dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Terokai Artprice melalui video: https://www.artprice.com/video

Artprice ialah peneraju global bagi bank data untuk harga karya seni dan indeks karya seni. Ia mempunyai lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan merangkumi lebih 700,000 seniman. Artprice Images(R) memberi akses tanpa had kepada sumber Pasaran Seni terbesar di dunia: pustaka dengan 126 juta imej atau cetakan karya seni dari tahun 1700 hingga ke hari ini, berserta ulasan daripada sejarawan seni Artprice.

12 Oktober 2018: Artprice dan Artron baru sahaja mencipta "Art Media Mogul":
Video: https://vimeo.com/296010836

Artprice kekal memperkayakan bank datanya dengan maklumat daripada kira-kira 6,300 pengendali lelong dan ia menyiarkan aliran berterusan bagi trend pasaran seni untuk agensi-agensi berita utama di dunia serta kira-kira 7,200 penerbitan akhbar antarabangsa. Bagi 4,500,000 ahlinya, Artprice memberi akses kepada Pasaran Seragam yang utama di dunia untuk membeli dan menjual karya seni. Artprice sedang mempersiapkan rantaian bloknya untuk Pasaran Seni. Laporan Tahunan Pasaran Seni Global Artprice berlabel BPI (label Perancis kebangsaan saintifik) bagi tahun 2017 diterbitkan pada Mac 2018 yang lalu: https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2017

Laporan Tahunan Pasaran Seni Kontemporari Artprice bagi tahun 2017 - akses percuma di: https://www.artprice.com/artprice-reports/the-contemporary-art-market-report-2017

Siaran akhbar Artprice:

http://serveur.serveur.com/Press_Release/pressreleaseen.htm
https://twitter.com/artpricedotcom

Berita Artmarket:

https://twitter.com/artpricedotcom & https://twitter.com/artmarketdotcom
https://www.facebook.com/artpricedotcom & https://plus.google.com/+artpricedotcom/posts
http://artmarketinsight.wordpress.com/

Terokai Alkimia dan alam semesta Artprice http://web.artprice.com/video, yang mana ibu pejabatnya merupakan Muzium Seni Kontemporari yang terkenal, Abode of Chaos http://goo.gl/zJssd

http://goo.gl/zJssd
https://vimeo.com/124643720

Muzium Seni Kontemporari The Abode of Chaos melalui Facebook: https://www.facebook.com/la.demeure.du.chaos.theabodeofchaos999

Hubungi Artron: 400-6690-999
Hubungi: thierry Ehrmann, ir@artprice.com
Sumber: Artprice.com

Source: Artprice.com
Related Links:
Keywords: Art Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Publishing/Information Service Web Site