![]() |
Melalui pejabat-pejabat di Tokyo dan Hokkaido, Ado Machida Bakal Pantau Semua Inisiatif IR
HOLLYWOOD, Florida, 24 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Edward Tracy, Ketua Pegawai Eksekutif Hard Rock Asia, hari ini mengumumkan pelantikan Ado Machida sebagai Presiden baharu Hard Rock Japan.
Machida menyertai Hard Rock Japan daripada Navigators Global LLC, sebuah organisasi perunding pengurusan yang mengkhusus dalam hubungan kerajaan yang strategik, pengurusan krisis dan pembangunan perniagaan. Selaku Prinsipal dan Pengarah Pengurusan Isu-isu dan Dasar, beliau menasihati pengeluar-pengeluar Jepun dan AS, perkhidmatan kewangan dan firma-firma teknologi tinggi yang ingin berkembang di seluruh Pasifik. Sebelum berkhidmat di Navigators Global, Machida merupakan Pengarah Pelaksanaan Dasar untuk usaha Peralihan Trump, yang mana beliau bertanggungjawab mengurus lebih 200 individu bagi mewujudkan pelan tindakan strategik untuk Pentadbiran Trump. Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Dasar Domestik untuk Naib Presiden Cheney selain berkhidmat menerusi pelbagai jawatan kepimpinan dan peranan penasihat untuk Senator Bob Dole serta Kempen Presiden beliau ketika itu. Machida turut menyandang jawatan dengan Goldman Sachs & CO., di kedua-dua New York dan Tokyo serta pernah bekerja di Boston Consulting Group yang berpangkalan di Tokyo pada awal kerjaya beliau.
"Ado amat berpengalaman dalam hal ehwal luar negeri dan berkepakaran dalam undang-undang antarabangsa, kewangan, pembangunan perniagaan dan pembinaan pasukan," kata Jim Allen, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Hard Rock International. "Beliau akan memainkan peranan penting dalam memimpin usaha-usaha pengembangan Hard Rock Japan bagi membangunkan Pusat Peranginan Bersepadu Jepun mewah yang baharu, yang menumpu untuk menawarkan hiburan dan kemudahan keseluruhan terbaik untuk dialami oleh keluarga serta rakan taulan. Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan Ado Machida ke dalam keluarga Hard Rock."
Selain latar belakang perniagaan antarabangsa beliau yang luas, Machida merupakan siswazah undang-undang dari Kyoto University dan New York University of Law. Beliau turut melanjutkan pengajian di Colombia University sebelum berpindah ke Kyoto University, selain menuntut di Harvard Graduate School of Business sebelum memilih untuk meneruskan kerjaya dengan sebuah syarikat pertumbuhan yang baru muncul. Machida turut membuat pelbagai kemunculan dalam media Jepun seperti NHK, Fuji, Nikkei, Asahi, Nippon TV dan Sankei sebagai pakar bidang khusus tentang dasar Amerika.
"Dengan kefasihan Machida berbahasa Jepun, pemahaman beliau tentang budaya Jepun dan pengetahuan undang-undang berserta minat dan pengalaman beliau dalam membangunkan perkongsian perniagaan dua hala yang menumpu pada kejayaan mampan, Ado memiliki set kemahiran kepimpinan yang membawakan komponen penting untuk pasukan kami," kata Edward Tracy, ketua pegawai eksekutif Hard Rock Asia.
Untuk maklumat lanjut tentang Hard Rock Japan, layari HardRock.co.jp.
Hard Rock International
Menerusi lokasi-lokasi di 74 negara, termasuk 185 kafe, 27 hotel dan 12 kasino, Hard Rock International (HRI) ialah salah sebuah syarikat yang paling diiktiraf di seluruh dunia. Bermula dengan gitar Eric Clapton, Hard Rock memiliki koleksi memorabilia muzik yang paling bernilai di dunia, yang dipamerkan di lokasi-lokasinya di seluruh dunia. Hard Rock turut dikenali dengan fesyen dan barangan berkaitan muzik boleh kumpul miliknya serta tempat-tempat persembahan Hard Rock Live. HRI memiliki tanda dagangan global untuk semua jenama Hard Rock. Syarikat memiliki, mengendalikan dan memfrancaiskan Kafe di bandar-bandar ikonik termasuk London, New York, San Francisco, Sydney dan Dubai. HRI turut memiliki, melesenkan dan/atau mengurus hartanah hotel/kasino di seluruh dunia. Destinasi-destinasi termasuk dua hartanah Hotel dan Kasino syarikat yang paling berjaya di Tampa dan Hollywood, Florida, kedua-duanya dimiliki dan dikendalikan oleh entiti induk HRI The Seminole Tribe of Florida, serta lokasi-lokasi lain yang menarik termasuk Atlantic City, Bali, Cancun, Daytona Beach, Ibiza, Orlando, Shenzhen dan San Diego. Lokasi-lokasi Hard Rock Cafe baharu yang akan datang termasuk, Maldives, Manila, Malaga, Georgetown, Fortaleza, Rosario dan Chengdu. Projek-projek Hotel, Kasino atau Hotel & Kasino Hard Rock baharu termasuk Berlin, Budapest, Pantai Desaru, Dublin, London, Los Cabos, Madrid, Maldives, Bandar Raya New York, Ottawa, Sacramento, Dalian dan juga Haikou di China. Pada tahun 2018, Hard Rock International diiktiraf sebagai Majikan Terbaik untuk Wanita Forbes Magazine dan Pengendali Tanah Terbaik Tahunan di Global Gaming Awards. Untuk maklumat lanjut tentang Hard Rock International kunjungi www.hardrock.com.
Jill Trudeau
The Zimmerman Agency
850-668-2222
hrhc-pr@zimmerman.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/772423/Ado_Machida.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/368695/hardrockhotel_Logo.jpg