ARLINGTON, Virginia, 24 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pengawalseliaan Tenaga Persekutuan (FERC) A.S. telah mengeluarkan Kenyataan Impak Alam Sekitar (EIS) akhir untuk kemudahan Calcasieu Pass 10 MTPA milik syarikat di Teluk Mexico. Pada 31 Ogos 2018, FERC memaklumkan Venture Global LNG bahawa ia merancang untuk mengeluarkan Arahan Akhir kepada kemudahan Calcasieu Pass dan Saluran Paip TransCameron berkaitan selewat-lewatnya pada 22 Januari 2019, selaras dengan Notis Jadual Semakan untuk Kajian Alam Sekitar yang dikeluarkan pada 18 Mei 2018. Projek ini kekal berjalan seperti yang dirancang untuk Keputusan Pelaburan Akhir dan permulaan pembinaan pada awal tahun 2019 dengan operasi komersial penuh dijangka pada tahun 2022.
"Pengeluaran FERC bagi EIS akhir merupakan satu pencapaian penting untuk projek Calcasieu Pass kami. Dengan projek yang dikontrakkan sepenuhnya untuk pembiayaan dengan perjanjian dagangan mengikat selama 20 tahun dengan Shell, BP, Edison S.p.A., Galp, Repsol dan PGNiG, kami tidak sabar-sabar menantikan Keputusan Pelaburan Akhir dan permulaan pembinaan pada awal tahun hadapan," seperti yang dinyatakan bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bob Pender dan Mike Sabel.
Secara berasingan, kemudahan LNG Plaquemines 20 MTPA syarikat dan Saluran Paip Gator Express yang berkaitan dijangka menerima Kenyataan Impak Alam Sekitar akhirnya pada 3 Mei 2019, menurut Notis Jadual untuk Kajian Alam Sekitar yang dikeluarkan oleh FERC pada 31 Ogos. FERC telah menetapkan Tarikh Akhir Keputusan Kebenaran Persekutuan 90 hari pada 1 Ogos 2019.
Di samping itu, Venture Global mengumumkan bahawa Jim Strohman telah menyertai syarikat sebagai Naib Presiden Kanan dan Pengarah Projek untuk kemudahan eksport LNG Calcasieu Pass. Terdahulu, En. Strohman menghabiskan masa selama 17 tahun dengan Dominion Energy yang mana, baru-baru ini beliau berkhidmat sebagai Pengarah Projek untuk kemudahan LNG Cove Point Dominion. Dalam kapasiti berkenaan, beliau mengarahkan pelaksanaan projek bermula daripada pemuktamadan FEED dan pemilihan EPC sehinggalah kepada pentauliahan dan operasi projek awal. En. Strohman juga merupakan seorang Komander Pasukan Simpanan Tentera Laut AS yang bersara, yang mana beliau berkhidmat selama lebih 20 tahun.
En. Sabel dan En. Pender menambah: "Di Cove Point, Jim mengarahkan dan menyerahkan projek pembinaan terbesar setakat ini dengan selamat, tepat pada masanya dan mengikut belanjawan, kepada Dominion dan negeri Maryland dengan belanjawan melebihi $4 bilion, lebih 10,000 pekerja pertukangan serta 20 juta jam kerja keseluruhan. Rekod prestasi pelaksanaan beliau merupakan tambahan yang amat berharga buat pasukan kami."
Latar Belakang Venture Global LNG
Venture Global LNG ialah penyedia LNG berkos rendah untuk jangka panjang yang akan dibekalkan daripada lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Sistem proses pencecairan Venture Global LNG akan menggunakan suit produk yang amat cekap dan andal yang dibekalkan oleh GE Oil & Gas, LLC, sebahagian daripada Baker Hughes, sebuah syarikat GE (BHGE). Venture Global LNG membangunkan kemudahan Venture Global Calcasieu Pass 10 MTPA (di tapak berkeluasan kira-kira 1,000 ekar yang terletak di persimpangan Laluan Kapal Calcasieu dan Teluk Mexico) serta kemudahan LNG Venture Global Plaquemines 20 MTPA (di tapak berkeluasan kira-kira 630 ekar di Plaquemines Parish, Louisiana, 30 batu di bahagian selatan New Orleans, Sungai Mississippi). Venture Global telah mengumpul modal sebanyak $630 juta setakat ini bagi menyokong pembangunan projek-projeknya. Maklumat lanjut boleh didapati di www.venturegloballng.com.