Pemerolehan Dijangka Luaskan Portfolio Pengguna J&J bagi Produk-produk Kecantikan Dermokosmetik berasaskan Sains
NEW BRUNSWICK, New Jersey, 24 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Johnson & Johnson (NYSE: JNJ) hari ini mengumumkan bahawa mereka mencapai persetujuan dengan Ci:z Holdings Co., Ltd. (TYO: 4924) ("Syarikat"), sebuah syarikat Jepun yang menumpu pada pemasaran, pembangunan dan pengedaran pelbagai pilihan luas produk dermokosmetik, kosmetik dan penjagaan kulit, untuk melancarkan tawaran tunai sepenuhnya ("tawaran tender") untuk memperoleh semua saham diterbitkan dalam Syarikat yang tidak lagi dipegang oleh Johnson & Johnson dan rakan-rakan sekutunya pada nilai ¥5,900 sesaham, yang bersamaan dengan kira-kira ¥230 bilion. Pemerolehan ini akan melibatkan pelbagai jenama Syarikat yang mencakupi rangkaian produk penjagaan kulit Dr.Ci:Labo, Labo Labo dan Genomer.
Portfolio penjagaan kulit Syarikat dijangka akan mengukuhkan kehadiran pasaran Johnson & Johnson di Jepun bersama pelanggan-pelanggan utama dan meningkatkan penawarannya dengan lebih luas dalam jenama-jenama dermokosmetik berasaskan sains yang berkesan.
"Pengguna-pengguna kesihatan dan kecantikan sedang aktif mencari inovasi berasaskan sains untuk memperbaiki kulit mereka," kata Jorge Mesquita, Pengerusi Seluruh Dunia Johnson & Johnson Consumer. "Transaksi ini akan memaksimumkan penciptaan nilai untuk perniagaan Johnson & Johnson Consumer dengan membawakan model inovasi yang tangkas serta mempercepatkan jualan dengan pesat melalui kepakaran pengkomersialan global kami."
Pada bulan Julai 2016, Cilag GmbH International, satu gabungan Johnson & Johnson ("Cilag"), memeterai satu kolaborasi strategik jangka panjang dengan Syarikat, bagi mengedarkan jenama-jenama Syarikat di luar Jepun. Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, Cilag memperoleh kira-kira 19.9% saham diterbitkan Syarikat. Tawaran tender tersebut merupakan sebahagian daripada siri transaksi yang mana Johnson & Johnson berhasrat untuk memperoleh kesemua saham diterbitkan Syarikat, termasuk transaksi berasingan yang mana Johnson & Johnson akan memperoleh saham-saham Syarikat yang dipegang oleh CIC Corporation, produk pemilikan pengasas Syarikat, Dr. Yoshinori Shirono.
Faedah-faedah Transaksi yang Dicadangkan
Laluan ke arah Penyempurnaan
Johnson & Johnson dijangka melancarkan tawaran tender pada 29 Oktober 2018. Maklumat tambahan berkaitan tawaran tender dan transaksi akan disediakan kepada pemegang-pemegang saham Syarikat dalam kenyataan pendaftaran tawaran tender untuk membolehkan transaksi tersebut difailkan dalam EDINET di Jepun. Salinan terjemahan kenyataan penerangan tawaran tender dalam Bahasa Inggeris, termasuk semua maklumat yang dinyatakan dalam kenyataan pendaftaran tawaran tender, boleh didapati dengan menghubungi ejen tawaran tender Johnson & Johnson, SMBC Nikko (IBG_M&A_JPN@smbcnikko-si.com) pada bila-bila masa selepas tarikh 29 Oktober 2018.
Tawaran tender tersebut dijangka ditutup pada suku pertama tahun 2019. Setelah selesai tawaran tender, Johnson & Johnson berhasrat untuk menjalankan prosedur squeeze-out untuk membeli baki saham dalam Syarikat yang tidak ditenderkan dalam tawaran tender, yang dijangka selesai pada separuh pertama tahun 2019.
Transaksi yang dicadangkan mensyaratkan bahawa:
Latar Belakang Johnson & Johnson
Di Johnson & Johnson, kami percaya kesihatan yang baik menjadi asas bagi kehidupan yang berkualiti, masyarakat yang sejahtera dan kemajuan. Atas sebab inilah, selama lebih 130 tahun, kami menyasarkan untuk menjaga kesihatan orang ramai dengan baik pada setiap peringkat usia dan setiap tahap kehidupan. Hari ini, sebagai syarikat penjagaan kesihatan terbesar dan paling pelbagai di dunia, kami komited untuk memanfaatkan jangkauan dan keluasan syarikat kami untuk kebaikan. Kami berusaha untuk meningkatkan akses dan kebolehmampuan, mewujudkan masyarakat yang lebih sihat dan menjadikan minda, tubuh badan dan persekitaran yang sihat yang dapat dicapai oleh semua orang, di mana-mana jua. Kami menyatukan hati, sains dan kebijaksanaan kami untuk membuat perubahan besar kepada trajektori kesihatan untuk manusia.
MAKLUMAT TAMBAHAN PENTING
Tawaran tender awam yang dinyatakan di sini masih belum dimulakan. Siaran akhbar ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak mengandungi, atau membentuk sebahagian daripada, mana-mana tawaran atau pelawaan untuk menjual atau menerbitkan, atau apa-apa permintaan terhadap mana-mana tawaran untuk membeli atau melanggan, apa-apa saham Syarikat, mahupun ia menjadi asas kepada, atau bergantung kepada yang berkaitan dengan, mana-mana kontrak yang ada. Pada ketika tawaran tender dimulakan, pemegang-pemegang saham Syarikat diminta untuk membaca dokumen-dokumen tawaran tender apabila ia tersedia.
CATATAN BERHUBUNG KENYATAAN JANGKAAN
Siaran akhbar ini mengandungi "kenyataan jangkaan" seperti yang ditakrifkan dalam Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 berhubung transaksi yang mungkin berlaku antara Johnson & Johnson dan Syarikat. Pembaca diingatkan agar tidak bergantung pada kenyataan-kenyataan jangkaan ini. Kenyataan-kenyataan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa terhadap peristiwa masa depan. Sekiranya andaian asas terbukti tidak tepat atau risiko atau ketidaktentuan yang diketahui atau tidak diketahui wujud, keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding jangkaan dan unjuran terhadap Johnson & Johnson dan Syarikat. Risiko dan ketidaktentuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada: pemenuhan syarat-syarat penutupan untuk transaksi, termasuk penerimaan kelulusan kawal selia untuk transaksi; tender bagi jumlah yang diperlukan daripada saham-saham diterbitkan Syarikat; kemungkinan bahawa transaksi tidak akan selesai dalam tempoh masa yang dijangkakan atau tidak akan selesai sama sekali; potensi bahawa faedah-faedah dan peluang-peluang yang dijangkakan daripada transaksi, sekiranya selesai, mungkin tidak dapat direalisasikan atau mungkin memakan masa lebih lama untuk direalisasikan daripada yang dijangkakan; ketidaktentuan kejayaan komersial untuk produk-produk baharu dan sedia ada; kesukaran dan kelewatan pengilangan; keadaan ekonomi, termasuk pertukaran mata wang dan turun naik kadar faedah; persaingan, termasuk kemajuan teknologi, produk-produk dan paten-paten baharu yang dicapai oleh pesaing; perubahan kepada undang-undang dan peraturan yang berkenaan, termasuk undang-undang cukai dan reformasi penjagaan kesihatan domestik dan asing; litigasi buruk atau tindakan kerajaan; perubahan dalam tingkah laku dan pola perbelanjaan atau kesulitan kewangan pembeli produk-produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan; dan trend-trend ke arah kawalan kos penjagaan kesihatan. Di samping itu, sekiranya dan apabila transaksi disempurnakan, akan adanya risiko-risiko dan ketidaktentuan berkaitan keupayaan Johnson & Johnson Family of Companies untuk mengintegrasikan produk, kakitangan dan operasi Syarikat dengan jayanya, selain keupayaan untuk menjamin prestasi berterusan atau pertumbuhan pasaran bagi produk-produk Syarikat. Senarai dan perihalan lanjut risiko-risiko ini, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain boleh ditemui dalam pemfailan umum Johnson & Johnson bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. Salinan fail-fail ini serta fail-fail berikutnya disediakan dalam talian di www.sec.gov, www.jnj.com atau atas permintaan daripada Johnson & Johnson. Johnson & Johnson tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan jangkaan lantaran maklumat baharu atau peristiwa mahupun perkembangan masa depan.
Hubungan Media:
Ernie Knewitz
(732) 524-6623
(917) 697-2318 (M)
eknewitz@its.jnj.com
Donna Lorenson
(410) 258-8571
dlorens@its.jnj.com
Mel Tyndale-Biscoe
+65 8798 2475 (Singapura)
Hubungan pelabur:
Lisa Romanko
(732) 524-2034