omniture

Pembayaran SWIFT gpi merentas sempadan segera berjaya dalam percubaan yang dijalankan

SWIFT mencatatkan kejayaan dalam percubaan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan segera dengan menggunakan Platform Pembayaran Baharu, usaha bersama dengan beberapa bank di Australia, China, Thailand serta Singapura.
S.W.I.F.T.SCRL
2018-10-25 08:00 1184

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- SWIFT mengumumkan kejayaan dalam percubaan pembuktian konsep pembayaran merentas sempadan segera baharu, yang melibatkan beberapa bank di China, Singapura, Thailand serta Australia.

Percubaan tersebut berjaya menunjukkan bahawa dengan mendayakan gpi dalam sistem domestik masa nyata, pembayaran boleh dilakukan hampir serta-merta, walaupun melibatkan penyelesaian domestik dan bank bukan ahli gpi.

Semenjak perkhidmatan tersebut dimulakan pada 2017, SWIFT gpi telah menyingkirkan banyak isu-isu yang biasa dialami semasa mengendalikan pembayaran merentas sempadan. 50% daripada pembayaran gpi kini dikreditkan ke dalam akaun benefisiari akhir dalam masa 30 minit dan kebanyakannya dapat diselesaikan dalam masa beberapa saat. Pembayaran yang terpantas dalam koridor ini dimulakan daripada bank gpi di Singapura dan dikreditkan ke dalam akaun bank di bank gpi Australia dalam masa sembilan saat. Ini merupakan pembayaran merentas sempadan masa nyata yang sebenar.

Walau bagaimanapun, apabila melibatkan beberapa bank dalam rantaian pembayaran dan langkah terakhir perlu dijelaskan di negara penerima, pembayaran domestik kadangkala tertangguh disebabkan waktu operasi terhad pada sistem penjelasan setempat.

Dengan kemunculan sistem pembayaran masa nyata, yang lazimnya beroperasi 24/7, wujud peluang untuk menyingkirkan masalah ini dan memastikan kebanyakan pembayaran dikreditkan dalam masa beberapa saat dan bukannya beberapa jam.

Sistem pembayaran segera domestik Australia yang pertama kali diperlihatkan secara umum, Platform Pembayaran Baharu (New Payments Platform, NPP), mendayakan SWIFT dan sekumpulan bank dari Australia, China, Singapura dan Thailand*, untuk mengkaji kebolehlaksanaan mendayakan perkhidmatan gpi dalam NPP dan menyemak semula cara ciri ini dapat mempercepatkan proses pembayaran merentas sempadan.

Percubaan tersebut berusaha mencari penyelesaian sama ada, dengan menggabungkan dan mendayakan perkhidmatan ke dalam sistem pembayaran segera domestik, pengalaman gpi boleh dilanjutkan dengan lebih mendalam ke pasaran domestik, ke akaun benefisiari akhir, walaupun di luar waktu perniagaan biasa.

Percubaan ini telah mengesahkan bahawa pengalaman "pembayaran dalam masa beberapa saat" untuk SWIFT gpi boleh dilanjutkan dengan lancar melalui sistem pembayaran masa nyata domestik ke semua akaun bank yang didayakan dengan NPP.

Sorotan utama daripada percubaan tersebut:

  • Dua belas bank peserta turut mengambil bahagian dalam percubaan ini, dengan sembilan bank menghantar pembayaran SWIFT gpi merentas sempadan ke Australia dan tiga bank di Australia memproses pembayaran secara domestik melalui NPP.
  • Percubaan tersebut merangkumi tiga koridor negara, iaitu China-Australia, Singapura-Australia dan Thailand-Australia.
  • Kebanyakan keperluan dunia nyata telah disimulasikan dalam ujian tersebut untuk memastikan semua aspek terangkum secara menyeluruh, termasuk: penyaringan, pengesahan pembayaran, pengurusan kecairan, transformasi mesej dan kemas kini status masa nyata ke pengesan SWIFT gpi.
  • Pelanjutan waktu operasi telah ditentusahkan dengan pembayaran masuk yang diproses semasa dan di luar waktu perniagaan di Australia.
  • Pembayaran SWIFT gpi terpantas dalam percubaan tersebut telah dihantar dari China dan diterima oleh akaun benefisiari akhir di Australia melalui NPP dalam masa 18 saat.
  • Pembayaran ujian terpantas dari Singapura dan Thailand juga telah dikreditkan kepada benefisiari akhir di Australia melalui NPP dalam masa 30 saat.
  • Semua pembayaran yang dihantar semasa percubaan telah diproses hujung ke hujung dalam masa 60 saat.

En. Eddie Haddad, Pengarah Urusan SWIFT, Asia Pasifik, berkata: "Keputusan ini menunjukkan dua prasyarat penting yang diperlukan untuk merealisasikan perkhidmatan pembayaran merentas sempadan di rantau ini. Pertama sekali, kami dapat melanjutkan tetingkap untuk pemprosesan pembayaran merentas sempadan di luar waktu perniagaan tradisional. Kedua, dengan menghubungkan pembayaran SWIFT gpi merentas sempadan dengan sistem pembayaran masa nyata domestik, kami dapat mencapai pembayaran merentas sempadan yang lebih pantas dalam kalangan institusi yang lebih meluas. Penghubungan ini telah dicapai oleh pihak bank yang menyertai seperti National Australia Bank yang memproses pembayaran masuk SWIFT gpi sebagai pembayaran segera NPP semenjak itu."

En. Paul Franklin, Pengurus Besar, Pembayaran, National Australia Bank Limited, berkata: "NAB berbangga kerana memainkan peranan sebagai pemimpin dalam pembuktian konsep pemprosesan segera SWIFT untuk pembayaran merentas sempadan ke dalam NPP yang dijalankan baru-baru ini. Kami telah menunjukkan keupayaan kepada pelanggan tentang kelebihan mengakses dana dalam masa beberapa saat dan telah mengurangkan masa pemprosesan hujung ke hujung secara dramatik. Ini telah memberi kami peluang untuk menunjukkan bahawa keupayaan penjelasan 24/7 melalui NPP kami boleh digunakan untuk memproses pembayaran antarabangsa ke bank yang lain di luar waktu perniagaan RTGS tradisional, yang menyediakan kemungkinan waktu potongan (cut-off) yang lebih lambat, yang khususnya berguna untuk pembayaran yang dimulakan dari zon waktu Asia. Kejayaan rintis ini ialah hasil usaha gabungan daripada pihak bank yang mengambil bahagian dalam percubaan tersebut dan keinginan bersama untuk menyampaikan pengalaman pembayaran yang lebih baik kepada pelanggan."

Walaupun percubaan awal ini berfokus pada pembayaran ke Australia melalui NPP, penemuan daripada percubaan telah digunakan untuk memuktamadkan perkhidmatan pembayaran merentas sempadan segera SWIFT gpi baharu, yang telah direka untuk menskala dan bergabung dengan sistem pembayaran masa nyata yang lain di serata dunia. SWIFT sedang berbincang dengan beberapa operator pembayaran masa nyata domestik dan pengawal selia tentang cara untuk menghubungkan koridor pembayaran dengan gpi. Perkhidmatan tersebut akan menggunakan semula infrastruktur SWIFT gpi yang sedia ada, menambah peraturan perniagaan tambahan untuk menyingkirkan halangan perniagaan residual dalam rantaian pembayaran dan dengan itu, mengelakkan keperluan untuk pelaburan tambahan dalam infrastruktur merentas sempadan baharu.

Semenjak perkhidmatan tersebut dilancarkan pada Januari 2017, SWIFT gpi telah digunakan oleh lebih daripada 270 institusi kewangan secara aktif, dengan mencatatkan lebih daripada USD100 bilion dalam mesej SWIFT gpi dihantar setiap hari. Separuh daripada pembayaran SWIFT gpi telah dikreditkan kepada benefisiari akhir dalam masa kurang daripada 30 minit, kebanyakan transaksi selesai dalam masa beberapa saat serta hampir 100% pembayaran gpi telah dikreditkan dalam masa 24 jam. Lebih 30% daripada semua pembayaran pelanggan SWIFT kini dihantar dengan gpi. Menjelang akhir tahun 2020, SWIFT akan melanjutkan manfaat perkhidmatan gpi ini merentas kesemua 10,000 bank dalam seluruh rangkaian globalnya.

*Antara pihak bank yang turut serta dalam percubaan pembayaran merentas sempadan segera tersebut ialah National Australia Bank, Australia and New Zealand Banking Group, Bangkok Bank, Bank of China, China Construction Bank, Commonwealth Bank, DBS Bank, Industrial and Commercial Bank of China, KASIKORNBANK, Siam Commercial Bank, Standard Chartered Bank dan United Overseas Bank. 

Untuk kegunaan media – Petikan jurucakap daripada pihak bank:

En. Luke Perkins, Ketua Produk Perkhidmatan Penjelasan, ANZ:
"Keputusan percubaan tersebut menunjukkan bahawa kita boleh mencapai pembayaran merentas sempadan hampir masa nyata secara konsisten. Untuk pelanggan kami, ini bukan sahaja menawarkan pelaksanaan pembayaran yang pantas, tetapi juga pentingnya, keupayaan untuk mengatasi halangan zon waktu secara realistik dan membebaskan landskap pembayaran."

En. Sun Shangbin, Timbalan Pengurus Besar Jabatan Penjelasan, Bank of China:
"Berdasarkan pembayaran segera domestik gpi, SWIFT kini bekerjasama dengan beberapa bank global dalam membina perkhidmatan pembayaran masa nyata merentas sempadan. Perkhidmatan tersebut akan meningkatkan kecekapan merentas sempadan, menawarkan pengalaman perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk pelanggan. Bank of China merupakan salah satu pihak bank yang terlibat dalam inovasi gpi sejak permulaannya dan kami teruja untuk meneruskan penglibatan kami bersama pihak bank lain, dalam usaha untuk menambah baik kecekapan pembayaran merentas sempadan serta tahap perkhidmatan secara berterusan."

En. Albert Naffah, Pengurus Besar, Pembangunan dan Strategi Pembayaran, Commonwealth Bank of Australia:
"Eksperimen ini telah menunjukkan bahawa dengan menghubungkan SWIFT, NPP serta platform perbankan teras masa nyata kami, pelanggan kami dapat menerima pembayaran merentas sempadan dalam akaun mereka dalam masa 60 saat. Dengan membangunkan platform perbankan teras masa nyata yang pertama di Australia, kami telah mendayakan pelanggan kami untuk bersiap sedia dan memanfaatkan perdagangan 24x7x365 di serata dunia."

En. Atul Bhuchar, Ketua Pembayaran Kumpulan, Perkhidmatan Transaksi Global, DBS Bank:
"DBS meneruskan usaha untuk menerajui transformasi pembayaran serta percubaan yang berjaya ini telah menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan menuju ke pembayaran merentas sempadan segera. Dengan bekerjasama dengan SWIFT dalam inisiatif ini, kami mengambil langkah-langkah proaktif dalam membantu menakrifkan kerangka kerja pembayaran global serta mewujudkan perbezaan dalam perjalanan mentransformasikan pembayaran pelanggan."

En. Peng Hua, Timbalan Pengurus Besar, Jabatan Pengurusan Operasi, ICBC:
"ICBC berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam ujian pembayaran merentas sempadan segera ini. Keputusannya amat menggalakkan dan kami teruja untuk melaksanakan serta mempromosikan program ini selepas pelancarannya. Perkhidmatan tersebut akan menawarkan pelanggan ICBC pengalaman pembayaran merentas sempadan yang ditambah baik, termasuk pembayaran merentas sempadan yang lebih pantas secara signifikan serta waktu pemprosesan yang dilanjutkan.

En. Silawat Santivisut, Timbalan Presiden Eksekutif, KASIKORNBANK:
"Pembayaran gpi yang lebih pantas mendorong persaingan yang hebat dalam perniagaan pembayaran antarabangsa dan kami dapat melihat bahawa pihak bank dan ejen turut bersaing sesama lain untuk menawarkan kemudahan serta kelajuan saluran industri yang telah dipertingkatkan. Pembayaran masa nyata sudah menjadi perkara biasa dalam penjelasan domestik, tetapi ujian tersebut telah menunjukkan bahawa hasil yang sama juga boleh dicapai dengan transaksi antarabangsa serta ini merupakan prospek yang mengujakan."

Pn. Apiphan Charoenanusorn, Timbalan Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Produk Pinjaman Runcit, Pembayaran Runcit, dan sektor Pengurusan Fasiliti, Siam Commercial Bank:
"Siam Commercial Bank telah menjadikan teknologi inovatif dan pembangunan perkhidmatan satu keutamaan dalam usaha mencipta semula bank sebagai platform digital serba boleh yang mentransformasikan pengalaman kewangan ke tahap yang lebih tinggi. Baru-baru ini, kami telah mengambil bahagian dalam ujian rintis dengan SWIFT untuk menawarkan pemindahan wang merentas sempadan masa nyata. Dengan Platform Pembayaran Baharu (New Payments Platform, NPP) yang mempercepatkan pembayaran, inovasi ini sejajar dengan dasar Peta Jalan Pembayaran Digital kami. Perkhidmatan baharu ini akan meningkatkan kecekapan pemindahan wang merentas sempadan, serta membolehkan pembayaran dihantar dan diterima hampir masa nyata. Perkhidmatan ini juga dijangka menambah baik pengalaman pelanggan, sama ada bagi mereka yang bekerja di luar negara di lokasi contohnya Singapura atau Malaysia dan ingin menghantar wang pulang ke rumah, atau mereka yang ingin menghantar pembayaran untuk pendidikan, e-dagang atau import serta eksport Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME).

En. Shirish Wadivkar, Pengarah Urusan & Ketua Global – Produk Perbankan Koresponden, Standard Chartered Bank:
"Menghubungkan rangkaian pembayaran setempat masa nyata baharu menggunakan SWIFT gpi membolehkan kami menyampaikan pembayaran antarabangsa yang sangat pantas kepada semua pelanggan kami dengan standard gpi emas yang sama untuk ketelusan, data pembayaran kaya dan kebolehkesanan. Pendanaan merentas sempadan yang tepat pada masanya memberi manfaat kepada semua pelanggan – sama ada runcit, komersial, korporat dan institusi serta kami di Standard Chartered, ahli pengasas SWIFT gpi, percaya bahawa ini cuma permulaannya!"

En. Frederick Chin, Pengarah Urusan dan Ketua Kumpulan Perbankan Borong, UOB:
"Penyertaan UOB dalam inisiatif gpi masa nyata SWIFT menunjukkan komitmen kami terhadap pelanggan untuk menawarkan penyelesaian kewangan tanpa sempadan, boleh dipercayai, cekap dan berkesan. Dengan masa pemprosesan pembayaran telah dikurangkan daripada sehari kepada beberapa saat, pelanggan kami akan dapat mengurus aliran tunai dan modal kerja mereka dengan cara yang lebih baik melalui kepastian yang lebih tinggi untuk menepati keperluan mereka dari aspek perniagaan serta kewangan merentas sempadan."

Hubungan Media:
Jaime Lee
+852 2107 8860
jaime.lee@swift.com

Perihal SWIFT gpi

Inovasi pembayaran global SWIFT merupakan perubahan terbesar dalam pembayaran merentas sempadan sepanjang 30 tahun yang lalu dan merupakan standard baharu. SWIFT gpi telah menambah baik secara dramatik pengalaman pelanggan dalam pembayaran merentas sempadan dengan meningkatkan kelajuan, ketelusan dan penjejakan hujung ke hujung. Beratus-ratus daripada jutaan pembayaran merentas sempadan pada hari ini dihantar menggunakan standard gpi baharu tersebut dan pembayaran telah dibuat dengan pantas, lazimnya dalam beberapa minit atau saat.

SWIFT gpi membenarkan korporat menerima perkhidmatan pembayaran yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri utama berikut:

  • Penggunaan dana yang lebih cepat pada hari yang sama dalam zon waktu penerima ahli gpi
  • Ketelusan yuran
  • Pengesanan pembayaran hujung ke hujung
  • Maklumat penghantaran wang yang dipindah tidak terpinda

Sebagai inisiatif, SWIFT gpi melibatkan industri perbankan global dan komuniti fintech untuk berinovasi dalam bidang pembayaran merentas sempadan di samping mengurangkan kos pejabat mereka. Sejak pelancarannya pada Januari 2017, gpi telah menambah baik secara dramatik pengalaman pembayaran merentas sempadan untuk korporat di lebih 700 koridor negara. Ciri-ciri utama perkhidmatan gpi termasuk peraturan menambah baik peraturan perniagaan dan melindungi penjejakan pangkalan data dalam awan yang boleh diakses melalui API.

Berterima kasih kepada SWIFT gpi, korporat boleh mengembangkan perniagaan antarabangsa mereka, menambah baik perhubungan penyedia dan mencapai kecekapan perbendaharaan yang lebih baik. Secara keseluruhannya, hampir 50% pembayaran SWIFT gpi dikreditkan kepada benefisiari dalam masa 30 minit dan hampir 100% pembayaran dalam masa 24 jam. Transaksi yang mengambil masa lebih lama lazimnya melibatkan pertukaran asing, penyemakan pematuhan atau pengesahan pengawalaturan yang lebih rumit.

Selain lebih daripada 270 institusi kewangan yang telah menggunakan gpi, lebih daripada 55 infrastruktur pasaran pembayaran telah bertukar pembayaran gpi, membolehkan pertukaran dan penjejakan domestik. Infrastruktur pasaran pembayaran memainkan peranan yang penting untuk memudakan penjejakan hujung ke hujung pembayaran merentas sempadan kerana sebaik sahaja pembayaran antarabangsa disampaikan di negara destinasi, pembayaran tersebut lazimnya diselesaikan melalui infrastruktur pembayaran tempatan.

Perihal SWIFT

SWIFT merupakan koperasi milikan ahli global dan peneraju sedunia penyedia perkhidmatan pemesejan kewangan. Kami menyediakan platform untuk pemesejan dan standard untuk berkomunikasi, dan kami menawarkan produk serta perkhidmatan untuk memudahkan akses dan penyepaduan, pengenalpastian, analisis serta pematuhan pengawalaturan.

Platform pemesejan, produk dan perkhidmatan kami menyambungkan lebih daripada 11,000 organisasi perbankan serta sekuriti, infrastruktur pasaran dan pelanggan korporat di lebih daripada 200 negara dan wilayah. Walaupun SWIFT tidak menyimpan dana atau mengurus akaun bagi pihak pelanggan, kami membolehkan komuniti pengguna global kami berkomunikasi dengan selamat, bertukar mesej kewangan mengikut standard secara utuh, dengan itu menyokong aliran kewangan tempatan dan global, serta perdagangan di seluruh dunia.

Sebagai penyedia mereka yang boleh dipercayai, kami tidak henti-henti mengejar kecemerlangan operasi; kami menyokong komuniti kami dalam menangani ancaman siber; dan kami sentiasa mencari pelbagai cara untuk mengurangkan kos, mengurangkan risiko dan menyingkirkan ketidakcekapan operasi secara berterusan. Produk dan perkhidmatan kami menyokong akses serta penyepaduan komuniti kami, kecerdasan perniagaan, data rujukan dan keperluan pematuhan jenayah kewangan. SWIFT juga menyatukan komuniti kewangan – di peringkat sedunia, serantau dan setempat – untuk membentuk amalan pasaran, mentakrifkan standard serta membahaskan isu-isu kepentingan atau kebimbangan bersama. Rancangan lima tahun SWIFT yang strategik, iaitu SWIFT2020, mencabar SWIFT untuk terus melabur dalam bidang keselamatan, keutuhan dan perkembangan platform pemesejan terasnya, di samping melakukan pelaburan tambahan dalam perkhidmatan yang sedia ada serta menyampaikan penyelesaian yang baharu serta inovatif.

Beribu pejabat di Belgium, tadbir urus antarabangsa dan penyeliaan SWIFT memperkukuhkan perwatakan global serta neutral struktur koperasinya. Rangkaian pejabat global SWIFT memastikan kedudukan yang aktif dalam semua pusat kewangan utama.

Untuk mendapat maklumat lanjut, lawati www.swift.com atau ikuti kami di Twitter: @swiftcommunity dan LinkedIn: SWIFT.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160127/8521600559Logo

Source: S.W.I.F.T.SCRL
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services