omniture

Microland Umum Perkongsian Dengan Nutanix Perkukuh Portfolio Awan Hibrid

Microland
2018-10-25 12:45 809

BANGALORE, India, 25 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

Raih Status Penyepadu Sistem Global dan Rakan Kongsi Perunding Ulung

Microland, selaku pemecut digital untuk perusahaan global, hari ini mengumumkan hasratnya untuk membawakan beban kerja baharu kepada infrastruktur tertumpu hiper dan penggunaan awan perusahaan melalui perkongsian global dengan Nutanix.

Sebagai Penyepadu Sistem Global, Microland akan membangunkan, mereka bentuk dan melaksanakan strategi-strategi IT transformasi untuk pelanggan yang ingin memaksimumkan prestasi IT mereka dan meningkatkan ketangkasan perniagaan. Perkongsian Microland dengan Nutanix, peneraju bagi pengkomputeran awan perusahaan, akan membantu membangunkan pusat data tentuan perisian dan membawakan kuasa awan kepada pelanggan perusahaannya.

Sebagai rakan kongsi, Microland mencapai status Ulung, yang merupakan tahap tertinggi dalam program Rakan Kongsi Perunding Nutanix (NCP). Pensijilan ini membolehkan Microland menyediakan perkhidmatan profesional terkemuka kepada pelanggan Nutanix yang menggunakan set peralatan penyerahan termaju perkhidmatan Nutanix. Menjadi sebahagian daripada ekosistem Nutanix dapat memberi peluang kepada Microland untuk mereka bentuk dan melaksanakan penyelesaian canggih, memanfaatkan perkhidmatan dan amalan terbaik Nutanix.

"Sebagai rakan kongsi ulung Nutanix, Microland akan menggunakan peralatan perkhidmatan, templat, kaedah dan latihan Nutanix bagi mendorong kecekapan perkhidmatan dan meningkatkan keuntungan dalam ekosistem Pelanggan," kata Karthikeyan Krishnan, Naib Presiden Kanan - Penyelesaian Global dan Ketua Perniagaan ASEAN, Microland. "Perkongsian ini bertujuan untuk mempercepatkan landskap teknologi Pelanggan secara digital dengan menyediakan seni bina yang mudah digunakan dan berskala web termasuk beban kerja kognitif NextGen, beban kerja misi kritikal, seperti pangkalan data, infrastruktur web dan aplikasi perusahaan utama. Saya yakin perkongsian ini akan membantu kami memberikan kualiti perkhidmatan tertinggi dan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan kepada Pelanggan dalam perjalanan transformasi digital mereka."

"Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama Microland," kata Rodney Foreman, Naib Presiden Jualan Saluran Global, Nutanix. "Syarikat merupakan salah satu rakan kongsi GSI kami yang paling bernilai di seluruh dunia dan akan membantu kami membina momentum kami bersama pelanggan perusahaan besar, khususnya di rantau ASEAN."

Latar Belakang Microland: 

Microland mempercepatkan usaha perjalanan transformasi digital untuk perusahaan global dengan mendayakan mereka dalam menyediakan hasil perniagaan bernilai tinggi kepada Pelanggan mereka. Beribu pejabat di Bangalore, India, Microland mempunyai lebih 3,800 ahli profesional merentas pejabat-pejabatnya di Australia, Eropah, India, Timur Tengah dan Amerika Utara. Microland membolehkan perusahaan global menjadi lebih tangkas dan inovatif menerusi penyepaduan antara teknologi baru muncul dan aplikasi kecerdasan pengautomatan, analitik dan prediktif dalam proses perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut: https://www.microland.com

Sumber: Microland

Source: Microland
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Contracts