omniture

Antai Duduki Tempat ke-8 dalam Penarafan EMBA Global FT 2018

Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
2018-10-26 08:31 674

SHANGHAI, 26 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Penarafan MBA Eksekutif Global (EMBA) Financial Times (FT) 2018 telah dikeluarkan pada 15 Oktober lalu. Antai College of Economics and Management (Antai) di Shanghai Jiao Tong University (SJTU) menduduki tempat kelapan dan berjaya tersenarai dalam sepuluh terbaik bagi penarafan ini selama empat tahun berturut-turut dari tahun 2015 hingga tahun 2018. Mengikut kedudukan purata tiga tahun, program EMBA Antai menunjukkan prestasi yang mantap, menduduki tempat kelima dalam penarafan ini dan No.1 dalam senarai kolej-kolej bebas di seluruh dunia.

Antai Ranked Eighth in FT Global EMBA Ranking 2018
Antai Ranked Eighth in FT Global EMBA Ranking 2018

Pada 15 Oktober, Antai mengadakan sidang berita di Xuhui Campus, kampus asal SJTU. Pemimpin kolej, profesor, wakil alumi dan lebih 30 rakan media utama hadir dalam acara ini. "Sejak penyertaan pertamanya pada tahun 2013, program EMBA Antai menerima keputusan yang mantap dan menakjubkan dalam penarafan global selama enam tahun berturut-turut, yang memperlihatkan asas kukuh Antai yang dibina dalam sejarah selama berabad lamanya," kata Chen Fangruo, Dekan Antai. "Berdasarkan pencapaian-pencapaian terdahulu, kami akan terus melaksanakan strategi 'bermula dengan amalan pengurusan Cina, mendorong pembangunan sosial dan ekonomi ke hadapan serta memperhalusi teori pengurusan global' sebagai prinsip bimbingan, demi membangunkan Antai sebagai sekolah perniagaan bertaraf dunia."

Menurut Ren Jianbiao, Penolong Dekan dan Pengarah Program, kedudukan dalam penarafan FT memperlihatkan keupayaan akademik yang kukuh dan kekuatan keseluruhan Antai sepenuhnya. Sejak awal program, EMBA Antai komited untuk membina pasukan pengajar tahap tinggi yang terdiri daripada profesor-profesor dan tenaga pengajar alumni SJTU untuk beradaptasi dengan keadaan sebenar ekonomi dan perusahaan China serta menekankan hubungan kolej-industri. Bilangan profesor yang mengajar kursus-kursus teras dalam program EMBA semakin meningkat dan dapat menampung lebih 75% tugasan mengajar. Profesor-profesor alumni SJTU telah menjadi nama penting yang hebat dalam program ini.

Misi program ini adalah untuk membangunkan kepimpinan yang menonjolkan kurikulumnya. Bagi mencapai misi ini, semangat Gobi diperkenalkan dalam kursus-kursusnya bagi mendidik pemimpin untuk mendukung semangat Gobi. Selain itu, dalam semangat inovasi dan keusahawanan SJTU, program ini menyertakan empat modul pilihan, Inovasi Tambahan, Kewangan Tambahan, Internet Tambahan dan Eksplorasi SJTU, dengan kursus inovasi dan pengurusan keusahawaan sebagai kursus terasnya, disokong oleh tiga forum ternama: Keusahawan SJTU, Kem Latihan Internet tambahan dan Pembiaya SJTU bagi merealisasikan kombinasi antara perniagaan dan industri, dan pengindustrian pencapaian penyelidikan. Program ini menyediakan sokongan intelektual kepada syarikat-syarikat baharu dan menggalakkan pembangunan bakat-bakat dan usahawan-usahawan inovatif bagi menjadi pemimpin-pemimpin cemerlang dalam pelbagai bidang.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181024/2277933-1

Source: Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education