omniture

Perlindungan Iklim dalam Pengangkutan: Persidangan Antarabangsa Mobiliti Boleh Diperbaharui "Bahan Api Masa Depan 2019" - Program Tersedia Dalam Talian

German Bioenergy Association (BBE)
2018-10-26 09:30 570

BERLIN, 26 Oktober 2018/PRNewswire/ --

Program untuk Persidangan Antarabangsa Mobiliti Boleh Diperbaharui kali ke-16 "Bahan Api Masa Depan" di http://www.fuels-of-the-future.com, yang bakal berlangsung pada 21/22 Januari 2019 di Berlin, kini tersedia secara dalam talian.

Rundingan berhubung perjanjian iklim global di Katowice pada Disember 2018 (COP24) menandakan satu pencapaian penting yang selanjutnya menuju ke arah matlamat bercita-cita tinggi untuk mengehadkan pemanasan global dan mengurangkan emisi gas rumah hijau. Bagaimana sektor pengangkutan, dengan memanfaatkan rangkaian penuh pembangunan teknologi yang berpatutan, dapat menyumbang untuk mencapai objektif-objektif mitigasi perubahan iklim? Peningkatan kepelbagaian teknologi pacuan, berserta pengeluaran dan penggunaan bahan api boleh diperbaharui, menjadi cabaran kepada mobiliti boleh diperbaharui yang lestari, namun demikian turut memberi kunci untuk mencapai sasaran berkenaan.

Program yang luas ini menawarkan pelbagai topik yang berkaitan untuk meningkatkan perlindungan iklim dalam trafik individu dan barangan berat, selain dalam bidang penerbangan dan perkapalan.

Pada hari perasmian, tumpuan akan diberikan pada mobiliti, yang diletakkan antara keutamaan yang bercanggah melibatkan perlindungan iklim, kecekapan ekonomi dan penerimaan pengguna. Dalam sesi plenari, wakil-wakil daripada Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur Digital Persekutuan, Parlimen Eropah, pertanian Eropah, industri petroleum dan automotif serta komuniti saintifik akan membincangkan prospek-prospek masa depan untuk sektor pengangkutan.

Pada hari kedua persidangan, 11 forum akan menilai spektrum luas topik-topik yang merangkumi semua aspek tenaga boleh diperbaharui dalam sektor mobiliti: pakar-pakar Jerman dan antarabangsa akan membentangkan perkembangan terkini tentang pembangunan teknikal, penyelidikan, pensijilan, analisis pasaran dan aliran dagangan selain turut terlibat dalam perbincangan bersama peserta-peserta persidangan. Forum-forum ini, sama seperti forum pempamer dengan reruai pameran, akan turut menawarkan skop bagi tujuan pertukaran profesional dan perangkaian.

Hubungi:
Persatuan Biotenaga Jerman (BBE)
Telefon: +49(0)228/81002-22
hartmann@bioenergie.de

Sumber: German Bioenergy Association (BBE)

Source: German Bioenergy Association (BBE)
Keywords: Environmental Products & Services Transportation Trade show news