PepsiCo, Procter & Gamble, Dow, Danone, Unilever dan The Coca-Cola Company Berhasrat Ganding Bahu Inkubasi dan Labur dalam Penyelesaian di Asia Selatan dan Asia Tenggara
NEW YORK dan SINGAPURA, 26 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Circulate Capital, firma pengurusan pelaburan yang mengkhusus untuk menginkubasi dan membiayai syarikat-syarikat dan infrastruktur yang mencegah plastik lautan, hari ini mengumumkan bahawa ia menjangka untuk menerima pembiayaan sebanyak US$90 juta untuk strategi-strateginya bagi memerangi plastik lautan daripada beberapa syarikat barangan pengguna dibungkus dan kimia yang terkemuka di dunia, termasuk PepsiCo (NASDAQ: PEP), pelabur pertama; Procter & Gamble (NYSE: PG), Dow (NYSE: DWDP), Danone (EPA: BN), Unilever (NYSE: UN) dan The Coca-Cola Company (NYSE: KO). Circulate Capital menjangkakan untuk memformalkan perjanjian muktamad dengan pihak-pihak ini pada awal tahun 2019.
Circulate Capital, pelabur-pelabur pengasas jangkaan dan Ocean Conservancy, sebuah organisasi advokasi alam sekitar bukan untung terkemuka yang berusaha melindungi lautan dunia, akan mengadakan satu acara bersama semasa Persidangan Lautan Kita (Our Ocean Conference) di Bali, Indonesia pada 29 Oktober, yang mana mereka akan memberi gambaran keseluruhan tentang model pelaburan unik Circulate Capital, yang diwujudkan untuk mencipta perubahan sistem berkekalan yang diperlukan untuk menangani krisis plastik lautan.
Misi Circulate Capital adalah untuk menunjukkan kebolehlaburan sektor-sektor pengurusan sisa dan kitar semula bagi menarik berbilion-bilion dolar modal pelaburan institusi yang diperlukan untuk menskalakan syarikat-syarikat kitar semula dan pengurusan sisa bersepadu serta infrastruktur di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara, wilayah-wilayah yang dikenal pasti menyumbang secara tidak seimbang kepada pencemaran plastik lautan yang khususnya disebabkan oleh kekurangan insfrastruktur sisa kritikal oleh mereka untuk mengurus masalah tersebut. Model pelaburan Circulate Capital berusaha untuk menggerakkan modal pelaburan institusi melalui struktur-struktur kewangan yang menggabungkan dana konsesi dan kebajikan dengan modal pelaburan kadar pasaran dengan tujuan untuk mengurangkan risiko dan menunjukkan bahawa pelaburan dalam sektor pemulihan sumber akhirnya akan memberi pulangan kewangan yang menarik.
"Kami berusaha untuk memangkinkan perubahan sistem dengan menyingkirkan modal sebagai penghalang kepada pembangunan infrastruktur sisa dan kitar semula yang kritikal, dan pengumuman pembiayaan hari ini merupakah satu langkah besar ke arah mencapai matlamat ini," kata Rob Kaplan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Circulate Capital. "Pelabur-pelabur institusi tidak bersedia untuk memberi peruntukan kepada sektor ini atas alasan 'keciciran pertengahan' – entiti-entiti terbukti yang menunjukkan rekod prestasi kebolehuntungan dan menawarkan rancangan prospek pelaburan yang mantap. Melalui jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang terkemuka di dunia, sebilangan besarnya merupakan pesaing langsung, kami dapat memanfaatkan modal jangka panjang mereka dan pengetahuan teknikal untuk menyediakan akses kepada modal institusi yang diperlukan dalam jangka masa lebih panjang."
"PepsiCo ingin membantu mencipta, memperbaharui semula dan mengatur semula seluruh ekosistem yang mewujudkan dan memulihkan pencemaran plastik lautan," kata Dr. Mehmood Khan, Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Saintifik PepsiCo. "Kami menyertai Circulate Capital sebagai pembiaya pertama kerana kami berkongsi visi berinspirasi mereka untuk membangunkan ekonomi pusingan yang mana kita boleh mengambil plastik lama dan menukarkannya menjadi sumber baharu yang boleh diguna semula untuk bahan-bahan masa depan. Inilah yang diingini oleh pengguna, ia merupakan tindakan terbaik yang dapat dilakukan untuk bumi dan lautan serta ia juga bagus untuk perniagaan."
"P&G kekal komited untuk memainkan peranan kami dalam membantu menghentikan aliran plastik ke lautan dan kami sedia maklum bahawa perkongsian dan kolaborasi diperlukan bagi melakukan kemajuan yang bermakna. Kami berasa bangga untuk menyertai rakan pelabur kami dan pasukan Circulate Capital untuk bersama-sama berusaha mewujudkan inovasi dan pelaburan yang diperlukan bagi menyelesaikan isu global yang kritikal ini," kata Naib Presiden Kelestarian Global Procter & Gamble, Virginie Helias.
"Inisiatif Circulate Capital adalah penting kerana ia memperkasa penduduk tempatan di wilayah yang paling banyak menerima impak daripada sisa tersebut untuk membangunkan penyelesaian yang boleh diambil tindakan dan boleh diskala dalam komuniti-komuniti mereka," kata Diego Donoso, presiden perniagaan Dow Packaging and Specialty Plastics. "Terdapat ramai orang yang mempunyai idea dan penyelesaian untuk menangani cabaran sisa ini dan Dow berbangga kerana dapat membantu memberi modal bagi membolehkan idea-idea berkenaan menjadi penyelesaian."
"Sewaktu kami bekerja keras untuk memastikan pempakejan kami direka agar bersifat pusingan, hakikatnya ia tidak boleh diguna semula, dikitar semula atau dijadikan kompos tanpa adanya sistem pengurusan sisa yang berkesan," kata Katharina Stenholm, Ketua Pegawai Kitaran dan Perolehan Danone. "Pembiayaan sering menjadi penghalang untuk pelaksanaan infrastruktur pengurusan sisa yang betul, khususnya di negara-negara yang mana sistem-sistem formal tidak wujud atau sedang dibangunkan. Melabur dalam Circulate Capital akan melengkapi hala tuju kami dengan sempurna dan akan menyokong visi kami ke arah sistem pusingan sepenuhnya yang mana pempakejan kami dapat diguna semula, dikitar semula atau dijadikan kompos dengan selamat dan tidak akan sama sekali menjadi sisa atau pencemaran."
"Kami berbangga kerana dapat memainkan peranan utama dalam menangani sisa pempakejan, namun demikian kami tidak boleh melakukan hal ini sendirian. Meninggalkan model penggunaan lurus 'ambil-buat-buang' kepada suatu yang bersifat pusingan seperti yang dirancang akan memerlukan model-model perniagaan baharu, pelaburan dalam inovasi dan pembangunan infrastruktur," kata David Blanchard, Ketua Pegawai R&D Unilever. "Kolaborasi dengan Circulate Capital ini dan rakan-rakan kongsi lain merupakan satu langkah penting dalam merealisasikan pelaburan yang diperlukan untuk mempercepatkan dan meluaskan penyelesaian bermakna demi mencegah sisa plastik."
"Di Coca-Cola, kami percaya bahawa setiap pakej mempunyai nilai dan jangka hayat melangkaui penggunaan pertamanya, dan atas sebab inilah kami membentuk semula pendekatan kami terhadap pempakejan pada dasarnya dengan matlamat bercita-cita tinggi yang berani untuk mengumpul dan mengitar semula botol atau tin bagi setiap satu produk yang kami jual menjelang tahun 2030," kata Bea Perez, Naib Presiden Kanan Coca-Cola, Ketua Komunikasi, Ketua Hal Ehwal Awam, Kelestarian dan Aset Pemasaran. "Bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi lain dan organisasi-organisasi, program Dunia Tanpa Sisa (World Without Waste) global kami bertujuan untuk membantu mencipta dan melaksanakan infrastruktur pengumpulan dan pengitaran semula yang berkesan, agar botol-botol kosong dapat digunakan semula. Melabur dalam Circulate Capital membawakan kami semua lebih dekat kepada perubahan yang diperlukan untuk menjadikan pencemaran plastik satu sejarah. Kami percaya ini merupakan tindakan terbaik untuk diambil demi kebaikan bumi dan komuniti kita."
"Ocean Conservancy telah menjejaki serpihan marin selama lebih tiga dekad melalui International Coastal Cleanup tahunan kami dan kami telah melihat sendiri bagaimana plastik menjadi bahan utama dalam senarai bahan yang mencemarkan pantai dan laluan air kita," kata Chever Voltmer, Pengarah Inisiatif Plastik di Ocean Conservancy. "Dengan anggaran lapan juta tan metrik plastik memasuki lautan saban tahun kami memerlukan bantuan daripada semua pihak untuk menyelesaikan masalah ini, termasuk sektor swasta. Atas sebab inilah kami begitu bersemangat untuk bekerjasama dengan Circulate Capital dan rakan-rakan kongsi korporat tahun lalu untuk melancarkan sebuah firma pelaburan yang ingin melabur dalam penyelesaian pengurusan sisa yang amat diperlukan; dan kami berasa amat bangga untuk menyertai mereka ketika membuat pengumuman pembiayaan ini."
Strategi Circulate Capital untuk mencegah plastik lautan masa depan mencerminkan pendekatan komprehensif unik yang melangkaui sekadar penyediaan modal pelaburan kepada para usahawan. Melalui Incubator Network oleh Circulate Capital dan SecondMuse, seperti yang diumumkan pada 20 September 2018 di Sidang Kemuncak Perkongsian Lautan G7 di Halifax, Kanada, Circulate Capital turut menggunakan dana amal dan awam serta bantuan teknikal untuk menyokong dan membangunkan entiti-entiti awam dan bukan untung demi melaksanakan pendekatan baharu dan membina kapasiti yang dapat menyokong komitmen modal institusi yang besar.
Kaplan menambah: "Strategi inovatif Circulate Capital dapat menangani jurang-jurang kritikal dalam modal yang diperlukan, termasuk pelaburan, kerja amal dan modal insan, demi mewujudkan ekosistem yang terdiri daripada inovasi, pelaburan, keusahawanan dan perkongsian awam-swasta bagi menyelesaikan masalah ini. Model ini bergantung pada perkongsian dengan penginovasi-penginovasi tempatan yang melaksanakan penyelesaian di lapangan dalam komuniti sumber dan memberi insentif kepada generasi usahawan sosial baharu demi membangunkan rancangan baharu untuk projek-projek berpotensi."
Butiran Acara Persidangan Lautan Kita
Circulate Capital dan Ocean Conservancy merancang untuk menganjurkan acara sampingan di Persidangan Lautan Kita pada 29 Oktober, 'Plastik Lautan: Peranan Modal Pemangkin' pada jam 12:30 tengah hari. Rob Kaplan daripada Circulate Capital dan Susan Ruffo, Pengarah Urusan, Inisiatif Antarabangsa untuk Ocean Conservancy, akan membincangkan tentang kepentingan modal pemangkin dalam menyelesaikan krisis plastik lautan. Pelabur-pelabur pengasas yang dijangkakan termasuk PepsiCo, Procter & Gamble, Dow, Unilever dan The Coca-Cola Company merancang untuk turut hadir. En. Kaplan akan turut disertai oelh wakil-wakil daripada kerajaan India dan usahawan pengurusan sisa Indonesia, selain ketua-ketua daripada SecondMuse dan McKinsey.org, yang merupakan rakan-rakan kongsi dalam The Incubator Network oleh Circulate Capital dan SecondMuse yang dilancarkan baru-baru ini, satu inisiatif baharu untuk mempercepatkan penyelesaian sisa plastik lautan melalui jalinan kerjasama dengan inkubator-inkubator sedia ada bagi membangunkan ekosistem pengurusan sisa dan penginovasi kitar semula.
Latar Belakang Circulate Capital
Circulate Capital ialah sebuah firma pengurusan pelaburan yang mengkhusus untuk menginkubasi dan membiayai syarikat-syarikat dan infrastruktur yang mencegah plastik lautan. Kami menumpu pada pencegahan sisa plastik salah urus di negara-negara yang terletak di Asia Selatan dan Asia Tenggara, wilayah-wilayah yang menyumbang secara tidak seimbang kepada pencemaran plastik lautan khususnya disebabkan oleh mereka biasanya kekurangan infrastruktur sisa kritikal untuk mengurus masalah tersebut. Kami ditubuhkan melalui kolaborasi bersama Closed Loop Partners serta Ocean Conservancy, dan pelabur-pelabur pengasas kami dijangka melibatkan PepsiCo, pelabur pertama; Procter & Gamble, Dow, Danone, Unilever dan The Coca-Cola Company. Kami turut disokong oleh banyak syarikat barangan produk pengguna dan kimia terkemuka yang lain, organisasi-organisasi antara kerajaan dan persatuan-persatuan termasuk 3M, Majlis Kimia Amerika, Kimberly-Clark, Perkongsian dalam Pengurusan Alam Sekitar untuk Laut Asia Timur (PEMSEA) serta World Plastics Council.
Latar Belakang Ocean Conservancy
Ocean Conservancy berusaha melindungi lautan daripada cabaran-cabaran global paling besar masa kini. Bersama-sama rakan-rakan kongsi kami, kami mencipta penyelesaian berasaskan sains demi lautan yang sihat serta hidupan liar dan komuniti yang bergantung padanya. www.oceanconservancy.org
Perhubungan Media:
Cindy Stoller
Confluence Partners
917-331-0418
cstoller@confluencepartners.com