omniture

Nanfang Media Group perkenal dokumentari mikro baharu tayang kehidupan harian ekspatriat di Guangdong

Nanfang Media Group
2018-10-27 04:08 482

GUANGZHOU, China, 27 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Ekspo Antarabangsa Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 Guangdong 2018 akan berlangsung dari 25 hingga 28 Oktober, menandakan peluang penting untuk wilayah ini mempromosi pertukaran budaya dan kerjasama komersial seluruh dunia. Satu dokumentari mikro "Guangdong's Expats: A Day in the Life", diterbitkan oleh Nanfang Media Group, dibawakan julung kalinya di ekspo ini, yang merakamkan kehidupan harian 5 warga asing yang tinggal di Guangdong.

 

Berlainan dengan kebanyakan dokumentari yang menumpu pada eksploitasi berani, "Guangdong's Expats: A Day in the Life",  merupakan hasil usaha selama hampir 6 bulan daripada Nanfang Media Group, salah satu kumpulan media yang terkemuka di China Selatan, bertujuan untuk berkongsi pengalaman hidup pelbagai individu dan menyelami perasaan mereka tentang perubahan kehidupan ketika mereka tinggal di Guangdong.

Menjejakkan kaki ke Guangdong pada tahun 2012, Mauro Marchesan, seorang juruterbang Itali daripada China Southern Airlines, berjaya merealisasikan impian beliau untuk belajar Kung Fu. Beliau menjadi perantis kepada mahaguru Wing Chun di Foshan dan mula mempelajari seni mempertahankan diri.

Penyerang pasukan Brazil Alan Garvaloh pernah bermain hampir dalam seratus perlawanan dan memenangi lapan kejohanan untuk Guangzhou Evergrande sejak Januari 2015. Di bandar China Selatan yang indah inilah Alan dan keluarga beliau menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Berkelulusan dari Harvard Medical School, Dr. Abraham Nick Morse menjadi ketua jabatan uroginekologi di Pusat Perubatan Wanita dan Kanak-kanak Guangzhou pada tahun 2016.

Aly Baby, seorang warga Mali yang telah menetap di China selama 8 tahun, bekerja dalam sektor e-dagang rentas sempadan di Guangzhou selepas menamatkan pengajian dari Jinan University, yang kini merupakan universiti Cina yang mempunyai bilangan pelajar antarabangsa terbanyak.

Lincoln Lam, seorang cef Singapura, berhijrah ke Guangdong untuk mencari cabaran dua tahun lalu. Awalnya beliau mengabdikan diri untuk belajar Masakan Kantonis, kini beliau merupakan seorang cef eksekutif di Guangzhou Ritz Carlton Hotel.

Sepanjang 40 tahun lalu sejak Reformasi dan Dasar Buka Pintu China, ramai warga asing menetap di Guangdong. Setakat Jun 2018, terdapat 110,000 ekspatriat yang berdaftar di wilayah berkenaan.

Sebagai lokasi antarabangsa yang moden, wilayah Guangdong terkenal dengan ciri keterbukaan, keterangkuman, kepelbagaian dan kemudahan yang menyenangkan untuk perdagangan. Semakin ramai warga asing tertarik untuk tinggal dan bekerja di sini. Mereka telah mewujudkan kehidupan legenda dan berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah dengan Guangdong.

Video - http://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/Guangdong_20181025.mp4

Source: Nanfang Media Group
Keywords: Art Entertainment Film & Motion Picture Publishing/Information Service Travel Broadcast feed announcements