![]() |
![]() |
NICOSIA, Cyprus, 27 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Invest Cyprus, rakan kongsi Pelaburan negara bagi Republik Cyprus, VeChain Foundation, entiti undang-undang didaftarkan di Singapura dengan tumpuan untuk membangunkan penyelesaian rantaian blok awam, dan CREAM, entiti undang-undang didaftarkan di AS dengan fokus pada khidmat nasihat strategik dan pelaburan projek rantaian blok, mengumumkan bahawa pihak-pihak ini telah menandatangani satu MoU untuk kolaborasi strategik. Intipati MoU ini adalah untuk mewujudkan rangka kerja sebagai asas kerjasama dalam bidang teknologi rantaian blok dan senarai tindakan berkaitan. Kolaborasi ini menandakan perubahan menuju Cyprus yang makmur pada era digital seterusnya.
VeChain Foundation dan CREAM akan menubuhkan satu entiti bersama di Cyprus bagi membantu pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian rantaian blok. Bagi memudahkan era digital baharu melalui teknologi rantaian blok, kedua-dua pihak akan memberi cadangan kepada Invest Cyprus termasuk reformasi dasar yang mendayakan rantaian blok sebagai infrastruktur asas untuk operasi dan perkhidmatan kewangan.
Pihak-pihak ini akan bekerjasama untuk melaksanakan beberapa strategi pelaburan peringkat negara melibatkan kemajuan teknologi rantaian blok dan ekonomi dikuasakan rantaian blok. Kerjasama ini terjalin bagi menunjukkan penggunaan dalam kehidupan sebenar teknologi rantaian blok dalam perkhidmatan kewangan, pelaburan dan reformasi ekonomi bermula dengan banyak aspek masyarakat yang lain, dalam konteks dasar Kerajaan demi membangunkan era baharu teknologi rantaian blok di Cyprus.
Skop awal kolaborasi ini merangkumi 'blockchainization' dalam bidang-bidang yang akan diumumkan apabila projek matang. Kerjasama ini merupakan usaha tunggal terbesar dalam teknologi rantaian blok dan bertujuan untuk mengesyorkan reformasi yang telus, adil dan mematuhi AML dan KYC, undang-undang EU, peraturan dan amalan terbaik yang akan turut mencipta nilai dan pembangunan ekonomi di Cyprus.
"Rancangan yang dibuat di Cyprus harus membuka dunia kepada apa yang dapat dicapai dengan melabur dalam teknologi baharu. Invest Cyprus selaku penggalak peluang-peluang Pelaburan Cyprus dan penasihat kepada Kerajaan Cyprus dalam bidang pelaburan, melihat teknologi ini sebagai bersifat transformatif dan restoratif secara fiskal pada tahap infrastruktur. Kami melabur dalam pembangunan sektor teknologi kewangan, rantaian blok dan kami merancang untuk menjadi peneraju agar kami dapat memudahkan pelaburan dan pembangunan ekonomi di Cyprus dan rantau ini." – Michalis P. Michael, Pengerusi Invest Cyprus
"Sebagaimana teknologi rantaian blok mewakili sesuatu yang lebih besar daripada perniagaan dan wang, perkongsian ini mewakili kecekapan sebenar perubahan global yang menerapkan kepercayaan, ketelusan dan kesaksamaan dalam teras masyarakat kita. Bersama-sama rakan-rakan kongsi kami, kami teruja untuk menonjolkan nilai sebenar rantaian blok sebagai teknologi tambahan dan infrastruktur kepada dunia." - Sunny Lu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif VeChain
"Cyprus sebagai sebuah negara mewakili peluang hebat untuk menjadikan kepercayaan dan kesaksamaan suatu yang lazim dalam era digital seterusnya. Sebagai negara pertama yang menyokong sepenuhnya pembangunan teknologi rantaian blok, bersama-sama rakan kongsi kami, kami akan membantu negara menarik projek-projek dan bakat-bakat dari seluruh dunia bagi meningkatkan kerancakan perkembangan dalam membangunkan ekosistem daripada teknologi rantaian blok. Hasilnya, kami akan membantu projek-projek berkaitan rantaian blok untuk berada di negara yang mana ia akan disokong dan dilindungi oleh undang-undang untuk mencipta, membangun dan berkembang maju." – Jackson Fu, Pengasas Bersama dan Rakan Pengurusan CREAM
Latar Belakang Invest Cyprus
Invest Cyprus ialah rakan kongsi khusus pihak kerajaan yang bertanggungjawab untuk menarik dan memudahkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dalam sektor-sektor ekonomi utama. Sebagai ejen utama dalam mengukuhkan kedudukan Cyprus sebagai destinasi pelaburan bertaraf dunia, Invest Cyprus mempromosi secara proaktif penambahbaikan persekitaran kompetitif negara, menyokong reformasi dan pemaksimuman FDI, demi faedah ekonomi dan sosial Cyprus. Menerusi kolaborasi erat dengan semua pihak berkuasa kerajaan, institusi awam dan sektor swasta, Invest Cyprus ialah titik pertemuan pertama pihak pelabur.
Latar Belakang VeChain
Bermula pada Jun 2015, VeChain menyasarkan untuk menghubungkan teknologi rantaian blok kepada dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus yang komprehensif, model ekonomi yang mantap dan penyepaduan IoT. VeChain ialah pelopor bagi aplikasi dunia sebenar menggunakan teknologi rantaian blok awam yang menjalankan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong dan San Francisco.
Latar Belakang CREAM
CREAM ialah firma khidmat nasihat strategik dan pelaburan terkemuka yang menggunakan rantaian blok serta ekonomi kripto bagi menyerlahkan potensi perusahaan-perusahaan dan syarikat-syarikat baharu di seluruh dunia. CREAM ialah sebuah firma berpangkalan di AS dengan ahli-ahli profesional di Las Vegas, San Francisco, Shanghai, Belanda, Australia dan Singapura.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/774633/Invest_Cyprus.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/738233/Vechain_Logo.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/774632/CREAM_Logo.jpg