omniture

BYFX HK Tandatangani Perjanjian Induk ISDA bersama Barclays

BYFX HK Co., Limited
2018-10-29 08:00 737

HONG KONG, 29 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- BYFX HK Co., Limited ("BYFX HK", CE No. BHK360) mengumumkan ia telah menandatangani satu Perjanjian Induk ISDA dengan Barclays Bank PLC ("Barclays").

BYFX HK mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat memeterai Perjanjian Induk ISDA, yang membolehkan kedua-dua syarikat melakukan transaksi FX. Dengan Barclays sebagai salah satu broker FXnya, BYFX HK kini mendapat akses kepada kecairan pengusaha-pengusaha antara bank. BYFX HK menjangkakan bahawa ini akan membolehkan pelanggan-pelanggannya meniagakan dagangan FX lani mereka dengan lebih cekap; dan ini hasilnya akan mengukuhkan kedudukan BYFX HK dalam industri FX.

"Saya benar-benar percaya bahawa pemeteraian Perjanjian Induk ISDA oleh BYFX HK dengan Barclays akan meningkatkan kecairan dan harga untuk pelanggan kami. Kami berasa teruja untuk melancarkan lebih banyak produk FX pada masa depan," kata Ketua Pegawai Eksekutif BYFX HK, Zhu Zhen.

Latar Belakang BYFX HK 
BYFX HK Co., Limited ialah subsidiari SBI Holdings, Inc, meliputi penyelesaian kecairan dan perkhidmatan perdagangan yang amat selamat dan komprehensif untuk Spot FX (www.byfx.com.hk). BYFX HK dibenarkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong, Nombor CE BHK360. SBI Group diiktiraf sebagai perintis Teknologi Kewangan dan kewangan dalam talian di Jepun dengan lebih 230 syarikat [1] di seluruh dunia. SBI Holdings, Inc tersenarai dalam Bursa Saham Tokyo (TYO:8473) dan telah mengumpul lebih 23.9 juta [2] pelanggan pada September 2018.

[1] Laporan Tahunan SBI Group 2018 (Setakat Mac 2018)

[2] Keputusan Kewangan SBI Holdings, Inc (Tahun fiskal berakhir pada Mac 2019)

Perhubungan Media:
BYFX HK Co., Limited
info@byfx.com.hk 
+852 3900 1588

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180119/2036563-1LOGO

Source: BYFX HK Co., Limited
Keywords: Banking/Financial Service Contracts Licensing/marketing agreements