omniture

VFS Global Menang Kontrak Sediakan Khidmat Visa Jerman di 14 Negara Asia Pasifik

VFS Global
2018-10-29 11:13 393

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 29 Oktober 2018/PRNewswire/ --

  • VFS Global berkhidmat untuk Kerajaan Jerman selama 13 tahun, sejak tahun 2005 

VFS Global dianugerahkan dengan Kontrak Serantau bagi menyediakan perkhidmatan visa Jerman di rantau Asia Pasifik, oleh Jabatan Luar Negeri Persekutuan Kerajaan Jerman. Menurut kontrak baharu ini, VFS Global akan mengendalikan Pusat-pusat Permohonan Visa Jerman di 36 lokasi baharu merentas 14 negara.

Penduduk-penduduk Brunei, Fiji, Kemboja, Laos, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Papua New Guinea, Singapura, Vietnam, Indonesia, Filipina, P.R. China dan Thailand tidak lama lagi akan berpeluang memohon visa Jerman melalui VFS Global.

VFS Global dijangka memulakan operasi di Pusat-pusat Permohonan Visa baharu semasa suku pertama tahun 2019. Republik Rakyat China sahaja akan menyaksikan penambahan pusat permohonan di 15 bandar, seraya mengukuhkan lagi akses perkhidmatan visa Jerman di seluruh negara.

Selain kemudahan-kemudahan ini, VFS Global akan turut menawarkan Perkhidmatan Biometrik Mudah Alih di 24 lokasi seluruh rantau berkenaan. Perkhidmatan Biometrik Mudah Alih membolehkan pemohon menghantar dokumen dan maklumat biometrik mereka dari lokasi pilihan mereka, sebagai contoh dari rumah atau pejabat mereka, tanpa perlu mengunjungi Pusat Permohonan Visa.

Zubin Karkaria, Ketua Pegawai Eksekutif, VFS Global Group berkata, "Kami amat berterima kasih kepada kerajaan pelanggan yang menunjukkan kepercayaan mereka terhadap kebolehan kami untuk mengekalkan tahap kecemerlangan tertinggi dalam perkhidmatan visa. Dengan kontrak baharu ini, pemohon-pemohon visa Jerman merentas 14 negara di Asia Pasifik dapat menikmati perkhidmatan visa yang lancar dan cekap di pusat-pusat VFS Global dan memanfaatkan perkhidmatan inovatif seperti perkhidmatan visa 'di depan pintu'."

Chris Dix, Ketua - Pembangunan Perniagaan, VFS Global, berkata, "VFS Global kini mengendalikan 59 Pusat Permohonan Visa Jerman merentas 16 negara - kontrak baharu ini akan menjadikan jumlah negara yang mempunyai pusat-pusat permohonan yang dikendalikan oleh VFS Global kepada 30 negara. Kami yakin bahawa pemohon-pemohon di negara-negara dengan operasi baharu akan menghargai ciri kebolehcapaian lebih baik dan kesenangan perkhidmatan visa yang ditawarkan."

Sementara itu, pada bulan Ogos dan September, VFS Global menandatangani kontrak baharu dengan tujuh kerajaan pelanggan yang lain bagi menyediakan perkhidmatan visa di pelbagai wilayah, yang memperkukuhkan perakuan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan penyumberan luar permohonan visa.

Latar Belakang VFS Global  

VFS Global ialah pakar perkhidmatan penyumberan luar dan teknologi yang terbesar di dunia untuk kerajaan dan misi diplomatik di seluruh dunia. VFS Global, beribu pejabat di Dubai, UAE, berasal dari Switzerland dan merupakan sebuah syarikat portfolio EQT, sebuah firma ekuiti persendirian yang terkemuka di dunia dan beribu pejabat di Stockholm, Sweden.

Dengan 2763 Pusat Permohonan, operasi di 141 negara merentas lima benua dan lebih 182 juta permohonan yang diproses setakat 30 September 2018, VFS Global merupakan rakan kongsi dipercayai oleh 61 kerajaan pelanggan.

Perhubungan Media:
Sukanya Chakraborty
sukanyac@vfsglobal.com 
communications@vfsglobal.com  

Sumber: VFS Global

Source: VFS Global
Keywords: Travel New products/services