omniture

Tanla Kekalkan Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Airtel Sanjay Kapoor sebagai Penasihat Kanan dan Mentor Strategi Pertumbuhannya

Tanla Solutions Limited
2018-10-29 15:32 291

HYDERABAD, GURGAON dan MUMBAI, India, 29 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

Tanla Solutions Ltd. (BSE: 532790) (NSE: TANLA) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa En. Sanjay Kapoor telah dikekalkan oleh Syarikat sebagai 'Penasihat Kanan dan Mentor', dengan objektif utamanya adalah untuk memberi pandangan strategik berhubung Pertumbuhan perniagaan, Pembangunan jenama, Pempelbagaian dan Input teknikal dalam membuat keputusan korporat. Baru-baru ini, Tanla mengambil alih Karix Mobile daripada GSO pada nilai Rs. 340 Kr.

generated by system

Sanjay ialah seorang pemimpin telekomunikasi yang diiktiraf di seluruh dunia, serta merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi operasi-operasi India & Asia Selatan di Bharti Airtel antara tahun 2010 dan 2013 selain telah menghabiskan masa selama hampir 20 tahun sebagai pemimpin perniagaan dalam pasaran telekomunikasi India. Selepas Airtel, Kapoor menyandang jawatan sebagai Pengerusi pembuat telefon bimbit India, Micromax pada tahun 2014 selama hampir setahun. Kini beliau meneruskan pelbagai kerjaya termasuk dalam Keusahawanan, Perundingan serta keahlian lembaga untuk syarikat-syarikat di India dan luar negara. Baru-baru ini, beliau dilantik sebagai ahli Lembaga Saudi Telecom serta turut memberi khidmat nasihat kepada pelbagai syarikat peringkat awal tentang Strategi.

"Kami sememangnya berasa teruja kerana adanya Sanjay untuk menasihati kami. Kepakaran domain beliau yang kukuh, digandingkan dengan pengetahuan industri yang luas, akan menjadi suatu yang berharga kepada syarikat untuk bergerak maju. Melalui pengalaman luas beliau dan jaringan hubungan dalam industri, kami percaya bahawa beliau akan memainkan peranan penting dalam hala tuju strategik kami tatkala kami memajukan kemasukan kami ke dalam domain dan teknologi baharu," kata Uday Reddy, Pengerusi dan Pengarah Urusan, Tanla Solutions.

Sanjay Kapoor berkata, "Tanla ialah sebuah syarikat penyelesaian telekomunikasi berpotensi tinggi yang dipimpin oleh usahawan bijak, Uday Reddy. Transformasi mereka jelas terlihat melalui langkah mereka untuk membangunkan dan meluaskan kepimpinan global secara organik dan tidak organik. Visi mereka untuk membangunkan penyelesaian berasaskan awan futuristik menerusi teknologi-teknologi canggih akan membezakan mereka dengan rakan setara semasa. Saya berasa sukacita untuk membantu Uday dan pasukan bagi membangunkan Tanla sebagai pemimpin yang tidak tercabar dalam segmen Komunikasi Awan."   

Latar Belakang Tanla 

Tanla ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Hyderabad, India, ditubuhkan pada tahun 1999. Tanla merupakan peneraju global dalam domainnya sebagai salah satu penyedia Komunikasi Awan terbesar, mengendalikan lebih 120 bilion komunikasi perniagaan setiap tahun. Tanla menginovasi cara dunia berkomunikasi, terus meninggikan piawaian melalui tahap kelajuan yang dipertingkat, kemudahan dan keringkasan penyelesaian Komunikasi Awan, mengguna pakai teknologi-teknologi canggih bagi memenuhi keperluan bijak pelbagai kumpulan pelanggan, bermula daripada syarikat-syarikat perusahaan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi merentas geografi.

Hubungi
Perhubungan media: marketing@tanla.com  

Sumber: Tanla Solutions Limited

Source: Tanla Solutions Limited
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements