omniture

MGI Perkenal Penjujuk Daya Pemprosesan Ultra Tinggi Rintis, MGISEQ-T7

BGI
2018-10-29 16:08 530

Penjujuk Paling Berkuasa Setakat Ini

SHENZHEN, China, 29 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- MGI, subsidiari BGI Group, memperkenalkan model penjujuk genetik terbaharunya, MGISEQ-T7, yang meningkatkan secara meluas kelajuan, daya pemprosesan dan kefleksibelan, di Persidangan Genomik Antarabangsa ke-13 (ICG-13) di Shenzhen. Penjujuk MGI paling berkuasa setakat ini, MGISEQ-T7 dibangunkan dengan pemeringkatan sel-aliran empat kali ganda inovatif yang membolehkan operasi serentak namun berasingan bagi 1 hingga 4 sel aliran dalam satu proses. Teknologi proprietari MGI yang digunakan dalam T7 memberikan ketepatan yang lebih tinggi dan meningkatkan kecekapan melalui penaiktarafan kepada sel aliran, cecair serta sistem biokimia dan optik. Komputer super untuk industri sains hayat, MGISEQ-T7 membawa kapasiti pengeluaran penjujuk ke suatu tahap baharu dengan output harian data mencecah sehingga 6Tb.

Jian Liu, Executive Vice President of MGI, unveiled MGISEQ-T7
Jian Liu, Executive Vice President of MGI, unveiled MGISEQ-T7

"Kini, pelanggan mendapat kefleksibelan lengkap untuk pelbagai pilihan penjujukan dalam satu mesin," kata Ketua Pegawai Eksekutif MGI, Feng Mu.

Inovasi-inovasi MGISEQ-T7 termasuk:

Platform Quad-Flowcell unik, sokong operasi berasingan 1-4 cip
Platform sel aliran-kuad membolehkan berbilang sel aliran dengan panjang bacaan dan aplikasi berbeza diproses secara berasingan pada bila-bila masa dalam satu proses. Platform ini menyokong penjujukan genom keseluruhan, penjujukan eksom ultra mendalam, penjujukan epigenom dan pengesanan gen tumor panel luas.

Kelajuan penjujukan meningkat 50%
MGISEQ-T7 berfungsi lebih pantas berbanding mana-mana penjujuk lain setakat ini. PE150 mengambil masa kurang daripada 24 jam pada muatan penuh untuk siap.

Ketumpatan cip tunggal meningkat 20%
Ketumpatan cip MGISEQ-T7 meningkat sebanyak 20%. Data tahap terabait dapat dihasilkan dengan cip tunggal.

Rakan kongsi dan pelanggan seluruh dunia yang telah menggunakan platform MGI mengiktiraf kelebihan berbezanya, termasuk penyelidik-penyelidik daripada RIKEN, Mayo Clinic, Karolinska Institutet, Curetis dan Weill Cornell Medicine.

"MGI ialah syarikat pertama yang dapat mencapai penjujukan genom tanpa kesilapan yang berpatutan dan penting," kata Dr. George Church, Profesor Genetik, dan Sains Hayat serta Teknologi Harvard dan MIT.

MGISEQ-T7 yang ultra pantas dengan daya pemprosesan ultra tinggi dapat menyiapkan WGS sehingga 60 genom manusia dalam satu hari, menerobos sempadan bagi apa yang dapat dilakukan oleh penjujuk generasi seterusnya. MGISEQ-T7 mempercepatkan pembangunan projek-projek genomik seluruh negara, memandangkan T7 dapat menyiapkan penjujukan 10,000 genom dalam setahun. 

Presiden BGI Group Jian Wang berkata kajian sedemikian akan memberi manfaat kepada umat manusia di mana-mana jua. "Misi MGI adalah untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181025/2279483-1

Source: BGI
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services