omniture

Industri Barangan Pengguna Ambil Langkah Bertindak terhadap Sisa Plastik

The Consumer Goods Forum
2018-10-29 16:50 352

PARIS, 29 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Lembaga The Consumer Goods Forum Keluarkan Kenyataan Akui Keperluan Industri untuk Bantu Kurangkan Sisa Plastik; Sokong Visi Komitmen Global Ekonomi Plastik Baharu Ellen MacArthur Foundation terhadap Ekonomi Pusingan Yang Mana Tiada Plastik Berakhir sebagai Sisa

Lembaga Pengarah The Consumer Goods Forum (CGF) hari ini mengeluarkan satu kenyataan yang menggesa industri barangan pengguna untuk memainkan peranan penting dalam menghapuskan sisa plastik di daratan dan lautan serta menyokong visi Ekonomi Plastik Baharu Ellen MacArthur Foundation. Kenyataan ini dikeluarkan menjelang Persidangan Lautan Kita yang berlangsung di Bali, Indonesia minggu ini, yang mana Emmanuel Faber, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Danone serta ahli Lembaga CGF akan menekankan peranan penting yang dapat dan harus dimainkan oleh industri bagi menangani sisa plastik. Kenyataan penuh adalah seperti di bawah:

"Sebagai Lembaga The Consumer Goods Forum, kami mengakui adanya keperluan yang mendesak untuk industri kami memainkan peranan penting dalam menangani isu sisa plastik. Kami komited untuk melaksanakan tindakan yang kompetitif dan kolaboratif dengan matlamat untuk menghapuskan sisa plastik di daratan dan lautan.

"Kami menyedari bahawa cabaran sisa plastik hanya akan dapat diselesaikan menerusi kolaborasi global antara syarikat-syarikat, kerajaan-kerajaan negara dan tempatan, organisasi-organisasi multinasional, industri kitar semula dan pengguna. Hasilnya, Lembaga The Consumer Goods Forum (CGF) menyokong visi Ekonomi Plastik Baharu Ellen MacArthur Foundation terhadap ekonomi pusingan yang mana tiada plastik berakhir sebagai sisa.

"Beberapa ahli CGF telahpun memajukan usaha yang tekal dengan matlamat dan objektif Ekonomi Plastik Baharu termasuk usaha-usaha untuk mengurangkan pempakejan yang bermasalah atau tidak perlu serta meningkatkan penggunaan pempakejan yang boleh dikitar semula atau diguna semula. Bagi melengkapi usaha-usaha oleh syarikat-syarikat ahli individu, CGF akan mengenal pasti bidang-bidang tertentu yang membolehkan kami berusaha secara kolaboratif dan prakompetitif bagi memajukan ekonomi pusingan untuk pempakejan plastik. Aspek tumpuan awal akan melibatkan pengoptimuman reka bentuk pempakejan, jalinan kerjasama dengan pihak-pihak lain untuk mendayakan sistem kitar semula dan guna semula serta mengilhamkan penglibatan pengguna."

Steve Rowe, Ketua Eksekutif Marks and Spencer, dan Penaja Bersama Lembaga bagi kumpulan kelestarian CGF, berkata, "Syarikat perlu mencari pendekatan baharu terhadap plastik dan menjadikannya mudah untuk pengguna mengurangkan penggunaan dan melebihkan kitar semula. CGF komited untuk menjadi peneraju perubahan ini tatkala kami mengurangkan jumlah plastik yang digunakan, memudahkan bahan yang kami gunakan, meningkatkan kadar kitar semula dan beralih kepada cara-cara baharu dan inovatif dalam menjalankan perniagaan."

Ian Cook, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Colgate-Palmolive, dan Pengerusi Bersama Lembaga CGF, berkata, "Cabaran sisa plastik adalah benar serta mendesak, dan ditangani paling baik melalui tindakan-tindakan tertentu yang dapat diambil oleh syarikat-syarikat CGF secara individu dan kolektif dengan kerjasama pihak kerajaan, NGO dan industri kitar semula. Kami komited untuk menjalankan peranan kami bagi memastikan plastik yang kita perlukan dapat diguna semula, dikitar semula atau dijadikan kompos dengan selamat dan menjimatkan."

Emmanuel Faber, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Danone, serta ahli Lembaga CGF, berkata, "Sokongan CGF menunjukkan bahawa industri barangan pengguna menggiatkan usaha untuk membantu menangani cabaran pempakejan plastik. Pengeluar dan peruncit bersama-sama dapat menyumbang untuk mencapai cita-cita bagi menghapuskan sisa dan membangunkan ekonomi pusingan terhadap plastik. Saya berharap lebih ramai ahli CGF akan menandatangani Komitmen Global Ekonomi Plastik Baharu dan dapat bekerjasama dengan mereka untuk memacu perubahan sistemik."

Mark Schneider, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé S.A., dan ahli Lembaga CGF, berkata, "Saya berasa bangga kerana Nestlé merupakan antara penandatanganan Komitmen Global Ekonomi Plastik Baharu. Ia menonjolkan rangka kerja hebat untuk memacu tindakan kolektif. Setiap usaha diambil kira."

Peter Freedman, Pengarah Urusan The Consumer Goods Forum, berkata, "Jelas bahawa cabaran besar sisa plastik hanya dapat ditangani sekiranya kita semua berganding bahu – syarikat, kerajaan, komuniti dan pengguna seluruh dunia. CGF ditubuhkan bagi mendorong kolaborasi seperti ini secara meluas. Khususnya, ahli-ahli kami komited untuk berganding bahu dalam tiga aspek yang mana kami berpendapat industri berkenaan dapat memberi sumbangan unik dari segi reka bentuk pempakejan, penglibatan pengguna dan sistem kitar semula. Kami berharap dapat turut berusaha bersama-sama pemegang kepentingan utama lain yang memainkan peranan penting dalam bidang ini dan mereka yang berkongsi matlamat jangka panjang kami untuk menghapuskan sisa plastik di daratan dan lautan."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Consumer Goods Forum, sila layari http://www.theconsumergoodsforum.com.

Pada 28 Oktober 2018, Lembaga CGF mengeluarkan satu kenyataan yang mengakui adanya keperluan untuk industri membantu mengurangkan sisa plastik dan menyokong visi Komitmen Global Ekonomi Plastik Baharu Ellen Macarthur Foundation terhadap ekonomi pusingan yang mana tiada plastik berakhir sebagai sisa.

Sumber: The Consumer Goods Forum

Source: The Consumer Goods Forum
Keywords: Banking/Financial Service