omniture

Rohde & Schwarz Kekal di Landasan yang Betul untuk capai Pertumbuhan

Rohde & Schwarz
2018-10-29 21:00 372

MUNICH, 29 Oktober 2018/PRNewswire/ --

Rohde & Schwarz dapat mengimbau kembali kejayaan tahun fiskal 2017/2018, menerusi keuntungan besar dalam pesanan masuk dan pendapatan. Melalui kecekapan terasnya dan penyelesaian termaju, kumpulan teknologi yang berpangkalan di Munich itu menangani topik-topik masa depan utama seperti komunikasi, maklumat dan sekuriti, bagi membantu menjamin dunia yang lebih selamat dan terhubung.

Bagi tahun fiskal 2017/2018 (Julai hingga Jun), Rohde & Schwarz melepasi paras dua bilion euro untuk pendapatan buat julung kalinya. Pada nilai EUR 2.04 bilion, pendapatan adalah 6.7 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, manakala pesanan masuk meningkat sebanyak 7.4 peratus kepada EUR 2.21 bilion. Bilangan kakitangan seluruh dunia meningkat daripada sekitar 10,500 kepada 11,500 pada 30 Jun 2018. Keputusan syarikat untuk menumpu pada pasaran-pasaran utama yang mengalami pertumbuhan tinggi pada masa depan menerusi empat tonggak strategiknya, iaitu ujian dan ukuran, siaran dan media, aeroangkasa | pertahanan | sekuriti dan rangkaian serta keselamatan siber membuahkan hasil.

Tangani isu-isu masa depan 

Rohde & Schwarz telah mengaturkan kesemua bidang perniagaannya untuk menghadapi cabaran masa depan. Dengan menumpu pada segmen-segmen pasaran dengan pertumbuhan tinggi iaitu komunikasi, maklumat dan sekuriti, portfolio produknya yang termaju dan prestasi perniagaan yang kukuh, syarikat ini memandang ke hadapan menuju tahun-tahun akan datang dengan penuh yakin.

Sila dapatkan maklumat terperinci di sini:
https://www.rohde-schwarz.com/about/news-press/details/news-library/news-library_229347.html?change_c=true

Perhubungan Akhbar: 

Eropah (ibu pejabat): Monika Roth, +49-89-4129-12232, press@rohde-schwarz.com

Sumber: Rohde & Schwarz

Source: Rohde & Schwarz
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Sales reports