omniture

Trina Solar bekalkan 17MW kepada sistem PV terapung terbesar di Eropah

Trina Solar Limited
2018-10-31 16:22 493

CHANGZHOU, China, 31 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Trina Solar Limited ("Trina Solar" atau "syarikat"), penyedia penyelesaian menyeluruh yang terkemuka untuk tenaga solar, hari ini mengumumkan bahawa ia membekalkan 17MW modul PV kepada loji PV terapung yang terbesar di Eropah.

Projek PV "O'MEGA 1" dibangunkan oleh Akuo Energy, pengeluar bebas yang terkemuka bagi tenaga boleh diperbaharui di Perancis, di bawah kekangan tertentu daripada tender CRE4.1 Perancis, dimenangi melalui modul jejak karbon rendah Trina Solar. Apabila beroperasi kelak, loji yang terletak di Piolenc (Vaucluse) akan menghasilkan 100% tenaga boleh diperbaharui merangkumi penggunaan lebih 4,700 isi rumah. Loji tersebut tersebar di kawasan hartanah berkeluasan 17 hektar dan akan mencegah emisi kira-kira 11,100 tan CO2 setahun.

"O'MEGA 1" dikuasakan oleh lebih 46,000 unit modul monohabluran PERC dwikaca TSM-DEG14.20(II) Trina Solar dalam versi jejak karbon rendahnya. Modul DUOMAX M Plus menawarkan prestasi hasil pengeluaran tinggi untuk ladang solar berskala utiliti besar. Tersedia dengan penarafan 1500V UL/IEC yang utama dalam industri, kecekapan tertinggi dan ketumpatan kuasa tinggi DUOMAX M Plus memastikan hasil pengeluaran tenaga maksimum di samping mampu bertahan terhadap keadaan alam sekitar yang mencabar. Struktur dwikacanya yang tahan lasak yang diperbuat daripada kaca dan penkapsulan solar berkualiti tinggi dapat melindungi sel solar daripada kelembapan kuat sepanjang hayatnya, mencegah kehilangan tenaga daripada PID (degradasi teraruh berpotensi).

Eric Scotto, Presiden dan pengasas bersama Akuo Energy menyimpulkan: "O'MEGA 1 menandakan berbilang penampilan pertama untuk Akuo Energy: stesen kuasa solar terapung pertama di Perancis; kali pertama kumpulan tersebut membuka modal suatu projek kepada individu; dan pembiayaan bank biasa yang pertama untuk solar terapung. Melalui projek kemasyarakatan ini, kami bertindak sebagai pengusaha global dalam peralihan tenaga dan kami berharap agar dapat menjadikan loji ini sebagai contoh untuk diikuti. Kami berasa amat berbangga kerana dapat bergabung dengan semua pengusaha ini yang menjadikannya sebagai projek contoh dan menginspirasikan."

Gonzalo de la Vina, Ketua Perniagaan Modul Eropah di Trina Solar, berkata: "Kami berbesar hati kerana dipilih oleh Akuo untuk sistem solar terapung yang terbesar di Eropah. Projek ini yang dibangunkan di bawah kekangan tertentu daripada tender CRE4.1 Perancis menggunakan penyelesaian teknikal yang menjimatkan dan berdaya saing, berdasarkan modul PERC monohabluran dwikaca CO2 rendah kami yang digabungkan dengan struktur terapung Ciel et Terre. Kami percaya projek ini akan membuka peluang untuk pembangunan projek-projek PV terapung yang selanjutnya di seluruh Perancis dan Eropah."

Pautan imej: http://bit.ly/2OVV29H  
Kapsyen: Sistem solar terapung terbesar Eropah, bertempat di Piolenc (Perancis), dikuasakan oleh 17MW modul PV Trina Solar.
Sumber: Akuo Energy  

Latar Belakang Trina Solar

Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh yang terkemuka di dunia bagi tenaga solar. Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar membangunkan penyelesaian PV pintar proprietari untuk stesen-stesen janakuasa besar serta penyelesaian komersial dan kediaman, sistem simpanan tenaga dan modul fotovolta. Sebagai penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian tenaga solar bersepadu, Trina Solar telah menerajui usaha untuk berkembang menjadi jenama dalam dunia IoT (internet komunikasi benda) tenaga dan komited untuk menjadi peneraju global dalam sektor baharu yang baru muncul ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services