omniture

Zoomlion bakal Lancar Lapan Platform Pembinaan Udara Baharu

Inovasi Baharu Tunaikan Janji Syarikat untuk Bangunkan Produk yang Selamat, Cekap dan Selesa
Zoomlion
2018-11-01 21:51 292

CHANGSHA, China, 1 November 2018 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion), salah satu pengeluar jentera pembinaan terkemuka di China, akan melancarkan lapan model platform kerja udara baharu.

Zoomlion to launch three new aerial construction platform lines, including straight arm aerial work platform, scissor lift platform, and crank arm lift platform.
Zoomlion to launch three new aerial construction platform lines, including straight arm aerial work platform, scissor lift platform, and crank arm lift platform.

Zoomlion akan melancarkan enam platform lif gunting dalam rangkaian dikuasakan bateri hidraulik, elektrik dan litium dengan ketinggian antara 6-12 meter (19-39 kaki) dan beban kerja maksimum sebanyak 350 kilogram (772 paun). Menekankan ciri keandalan, keringkasan dan kecekapan, semua produk baharu daripada Zoomlion direka bagi memenuhi piawaian seluruh dunia dengan tumpuan khas diberi pada keselamatan dan keselesaan pengguna.

"Peralatan pembinaan udara ialah kategori produk baharu yang diusahakan oleh Zoomlion selama bertahun-tahun. Terhasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) tanpa henti dan pengoptimuman berterusan, kami percaya produk-produk baharu ini akan memenuhi piawaian keselamatan operasi dan kestabilan prestasi kami yang diharapkan dan dihargai oleh pelanggan-pelanggan," kata Ren Huili, Pengurus Besar Zoomlion Aerial Work Machinery Company.

Produk-produk baharu yang dibangunkan oleh Zoomlion termasuk:

  • Platform lif lengan engkol ZA14J - Sesuai untuk bekerja dalam ruang yang sempit dan kecil, ia dapat mencapai ketinggian 13.72 meter (45 kaki) dengan amplitud mengangkat maksimum 7.62 meter (25 kaki). Ia merupakan produk lif lengan engkol 14-meter pertama dengan kapasiti muatan berat dan berganda di China dan dapat membawa 30% lebih daripada produk yang setanding dengannya.
  • Platform kerja udara lengan lurus ZT26J - Dilengkapi dengan kawalan mikrogerakan yang meneraju industri, kelajuan pengembangan minimumnya ialah 20 millimeter sesaat dan dapat berada pada kedudukan mendatar 1.5 darjah.

Kedua-dua platform menggunakan cesi rentas desa empat roda dengan kebolehgredan maksimum 45% bagi menampung senario pembinaan yang berbeza. Zoomlion menggunakan reka bentuk modular apabila membangunkan platformnya, termasuk layar cucur terbang, enjin dan pengawal bagi meningkatkan prestasi peralatan.

Pasaran jentera kerja udara China berkembang kira-kira 40% setiap tahun dan Zoomlion berkembang maju daripada pengeluar peralatan kepada pembekal perkhidmatan pembuatan, menggabungkan pembangunan produk yang inovatif dan pembuatan pintar bagi menerima revolusi teknologi.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat menjual hampir 800 produk canggih daripada 49 rangkaian produk mencakupi sembilan kategori utama. Zoomlion ialah syarikat jentera pembinaan Cina pertama yang disenaraikan dalam kedua-dua bursa saham Shenzhen dan Hong Kong.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://en.zoomlion.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181031/2285067-2

Source: Zoomlion
Related Links:
Keywords: Machinery Mining/Metals New products/services