omniture

Cambium Networks Umum Suis Perusahaan cnMatrix Sediakan Rangkaian Berwayar/Tanpa Wayar Seragam Pinggir Pintar Diurus Awan

Cambium Networks
2018-11-05 23:00 214

Suis gred perusahaan tingkatkan prestasi rangkaian dan jadikan pengurusan mudah

ROLLING MEADOWS, Illinois, 5 November 2018 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian rangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan ketersediaan Suis Perusahaan cnMatrix™

Cambium Networks cnMatrix
Cambium Networks cnMatrix

"Pengurus-pengurus IT perusahaan, Penyedia Perkhidmatan Terurus (MSP) dan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) memerlukan penyelesaian gred perusahaan berpatutan yang dapat memenuhi kehendak pengguna akhir," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Suis perusahaan cnMatrix dan sistem pengurusan awan cnMaestro™ menyediakan pengurusan rangkaian berwayar/tanpa wayar seragam yang ringkas, selamat, diurus awan dan berpatutan."

Suis cnMatrix menampilkan:

  • Pengautomatan Berasaskan-Dasar: Kebolehan memprofilkan peranti dan mengkonfigurasi port suis secara automatik berdasarkan dasar tertakrif untuk jenis peranti
  • Silih Dasar Auto: Tingkatkan keselamatan dengan menyilih keluar konfigurasi port dinamik secara automatik apabila peranti memutuskan sambungannya
  • Segmentasi Rangkaian: Menyediakan persekitaran yang selamat untuk sumber-sumber rangkaian kritikal dengan menempatkan peranti secara automatik dalam segmen rangkaian yang sesuai mengikut profil
  • Kesedaran Tanpa Wayar: Mendayakan pengautomatan dasar, pengawasan mudah dan penyelesaian masalah merentas rangkaian berwayar/tanpa wayar seragam
  • Kebolehlangsungan Lapangan: Parameter operasi serupa membolehkan operasi penuh apabila sambungan kepada infrastruktur awan terputus
  • Pengurusan Awan: Platform pengurusan berasaskan awan bebas cnMaestro menyediakan pengurusan kitaran hayat yang beraneka, konfigurasi dan kawalan serta perkhidmatan keselamatan; yang juga dapat disediakan melalui pilihan penempatan di premis.

"Perusahaan-perusahaan berusaha mengurus kerumitan rangkaian dengan pandangan seragam terhadap seluruh rangkaian dan menerusi dasar-dasar bersama merentas rangkaian berwayar dan tanpa wayar," kata Rohit Mehra, Naib Presiden, Infrastruktur Rangkaian, IDC. "Pensuisan gred perusahaan diurus awan, bersama-sama seni bina tanpa wayar perusahaan, dapat menyediakan rangkaian akses seragam sambil mengurangkan ancaman pelanggaran peraturan keselamatan dan menambah baik pengautomatan menerusi konfigurasi berasaskan dasar yang menyingkirkan konfigurasi manual yang cenderung membuat kesilapan."

"cnMatrix diurus awan beralih bersama-sama dengan penyelesaian Wi-Fi Perusahaan cnPilot bagi menyediakan keupayaan Pinggir Pintar yang dapat meningkatkan prestasi rangkaian sekaligus mengurangkan masa dan kos dalam menggunakan serta mengurus rangkaian berwayar/tanpa wayar seragam," kata Rad Sethuraman, Naib Presiden Pengurusan Barisan Produk untuk Cambium Networks. "Penyelesaian Pinggir Pintar menyediakan pengautomatan berasaskan dasar yang memudahkan operasi dan meningkatkan tahap keselamatan. Rangkaian ini lebih berdaya tahan terhadap gangguan dan pengguna kekal terhubung."

Suis cnMatrix kini tersedia daripada para penjual semula global Cambium Networks yang disenaraikan di sini.

Cambium Networks mengehoskan webinar secara langsung bagi memperkenalkan penyelesaian suis cnMatrix. Acara ini berlangsung secara percuma pada jam 9 pagi Waktu Tengah AS pada hari Selasa, 27 November. Daftar untuk menghadiri webinar di sini.

Latar Belakang Cambium Networks

Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan bersama orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. https://www.cambiumnetworks.com/.

Hubungi Perhubungan Awam:
Sara Black
Bospar
213.618.1501
sara@bospar.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/779472/Cambium_Networks_cnMatrix.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/117974/cambium_networks_logo.jpg

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications