omniture

Hikvision Sertai FIRST, Forum Pasukan Keselamatan dan Tindakan Insiden

Hikvision Digital Technology
2018-11-07 23:36 386

Keahlian pamerkan komitmen berterusan syarikat terhadap keselamatan siber

HANGZHOU, China, 7 November 2018 /PRNewswire/ -- Hikvision, pengeluar peralatan keselamatan terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa Pusat Tindakan Keselamatan Hikvision (HSRC) kini merupakan ahli Forum Pasukan Keselamatan dan Tindakan Insiden (FIRST), pemimpin dunia yang diiktiraf dalam tindak balas insiden.

FIRST merupakan gabungan antarabangsa pasukan tindakan insiden komputer yang dipercayai yang bekerjasama mengendalikan insiden keselamatan komputer dan mempromosikan program pencegahan insiden. Keahlian penuh di FIRST akan meningkatkan usaha berterusan Hikvision untuk meningkatkan tindak balas insidennya dan menyampaikan amalan terbaik, dan membolehkan HSRC berkolaborasi dengan lebih daripada 400 pasukan ahli FIRST dari 90 negara. Ahli FIRST termasuk syarikat seperti CISCO, Intel, IBM dan Microsoft.

"Hikvision bangga menyertai gabungan usaha keselamatan siber global dan menyumbang pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami untuk menggalakkan persekitaran elektronik yang lebih selamat dan terjamin di seluruh dunia," kata Dr. Wang Bin, Ketua Pegawai Jabatan Keselamatan Makmal Maklumat Rangkaian dan Keselamatan Rangkaian Hikvision. "Hikvision komited untuk terus meningkatkan kecekapan dan prestasi dalam tindak balas insiden, dan menyediakan pelanggan global dengan produk dan perkhidmatan yang paling selamat."

Pada bulan Oktober HSRC mengambil bahagian dalam Simposium Serantau FIRST Asia-Pasifik di Shanghai. Encik Wan Li, ketua HSRC, berkongsi kajian kes mengenai IoT Botnet dalam Zaman Pasca-Mirai dan menyeru tindakan kolaborasi pengeluar peralatan, komuniti keselamatan, pengawal selia dan pihak berkepentingan lain untuk menangani cabaran-cabaran baharu.

Hikvision mengambil serius keselamatan siber dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai di dalam negara-negara tempat ia beroperasi. Dengan rekod kepatuhan pengawalseliaan yang ketat, produk Hikvision memenuhi piawaian utama industri untuk keselamatan dan jaminan termasuk ISO 270001, ISO 9001: 2008, CMMI Tahap 5, dan AICPA SOC. Selain itu, modul enkripsi Hikvision IPC dan NVR telah diberikan pensijilan untuk Piawaian Pemprosesan Maklumat Persekutuan (FIPS) 140-2, piawaian kerajaan A.S. yang ditubuhkan oleh National Institute of Standards and Technology (NIST).

Latar Belakang Hikvision:

Hikvision merupakan penyedia utama kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, robotik dan teknologi baru muncul, dan merupakan pengeluar pengawasan video terbesar di dunia. Mempunyai tenaga kerja R&D yang besar dan berkemahiran tinggi, Hikvision mengeluarkan rangkaian lengkap produk dan penyelesaian menyeluruh untuk pelbagai pasaran menegak. Di luar keselamatan, produk Hikvision menyediakan data penting dan perisikan perniagaan untuk pengguna akhir, yang dapat digunakan untuk membolehkan kejayaan komersial dan operasi yang lebih cekap. Dengan komitmen kepada kualiti dan keselamatan produk-produknya, Hikvision menggalakkan rakan-rakan untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Hikvision.

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications