omniture

The Consumer Goods Forum dan Fair Labor Association Gesa Kerjasama Lebih Besar Tangani Isu Buruh Paksa dalam Industri Minyak Sawit

The Consumer Goods Forum
2018-11-08 01:57 1048

PARIS, 8 November 2018 /PRNewswire/ --

Laporan FLA tonjol cabaran serius dalam pasaran Indonesia dan Malaysia

Malaysia dan Indonesia merupakan pengeluar utama minyak sawit, bersama-sama mencatatkan 86 peratus daripada pengeluaran global dan menggunakan hampir 3.5 juta pekerja, sebahagian besar pendatang dari wilayah dan negara jiran yang lebih miskin.

Laporan baharu daripada Fair Labor Association (FLA), yang ditugaskan oleh Kumpulan Kerja Kelapa Sawit The Consumer Goods Forum (CGF), bertujuan untuk memahami risiko buruh paksa di seluruh sektor di kedua-dua negara dan mengkaji peranan yang boleh dimainkan oleh syarikat-syarikat barangan pengguna bagi menamatkan isu ini.

Penunjuk Buruh Paksa

Penyelidikan baharu daripada Fair Labor Association dan CGF mendapati bahawa sektor minyak sawit di Indonesia dan Malaysia masing-masing menunjukkan beberapa penunjuk buruh paksa, seperti amalan pemaksaan termasuk ancaman; keganasan dan kurang kejelasan terma dan syarat pekerjaan; pergantungan kepada majikan; kurang perlindungan oleh negeri/polis; perhambaan hutang; yuran pengambilan yang tinggi; dan masa kerja lebih masa tanpa rela. Risiko buruh paksa paling tinggi ditentukan sebagai dalam kalangan pekerja tuaian dan penyelenggaraan, termasuk mereka yang menggunakan racun perosak dan baja, pekerjaan yang membawa risiko kesihatan dan keselamatan yang lebih tinggi juga.

Peter Freedman, Pengarah Urusan The Consumer Goods Forum, berkata, "Tiga tahun yang lalu, CGF, sebagai platform global untuk memacu perubahan positif merentas industri pengguna, mewujudkan program kerja untuk membantu membasmi buruh paksa dari rantaian nilai di seluruh dunia - yang pertama seumpamanya. Kami mengalu-alukan laporan FLA yang memberikan kami pandangan mendalam dan cadangan praktikal baharu yang akan membantu kami mempercepatkan usaha. Buruh paksa ialah masalah global yang endemik, dan satu-satunya penyelesaian adalah dengan bekerja bersama-sama syarikat minyak sawit, agensi pengambilan pekerja, perniagaan dan kerajaan."

Sharon Waxman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FLA, berkata: "Tinjauan Fair Labor Association mengenai sektor minyak sawit di Malaysia dan Indonesia mengesahkan bahawa buruh paksa ialah satu cabaran sistemik dan sangat rumit yang mesti ditangani dengan pantas. Kami berharap laporan kami menghasilkan perbincangan dan tindakan bersepadu untuk menangani punca-punca yang menyebabkan pekerja buruh paksa dalam pengeluaran minyak sawit. FLA bekerjasama dengan The Consumer Goods Forum, anggota CGF, dan pihak-pihak berkepentingan yang berfikiran sealiran untuk mengenal pasti dan melaksanakan penyelesaian yang akan menamatkan buruh paksa dan melindungi pekerja di seluruh dunia."

Mengurangkan risiko buruh paksa

Laporan ini mengetengahkan peranan kritikal syarikat yang dapat dimainkan dalam mengurangkan risiko buruh paksa dalam pengeluaran minyak sawit dengan memanfaatkan kepimpinan industrinya untuk merangsang aksi kolektif anggotanya. Bidang utama peluang termasuk:

  • Advokasi kepada kerajaan, syarikat dan pembekal Indonesia dan Malaysia.
  • Memupuk pelbagai pihak berkepentingan, dialog sektoral dan kerjasama serantau.
  • Penyelidikan dan perkongsian pengetahuan dalam kalangan ahli CGF, pengusaha rantaian bekalan, dan lain-lain.
  • Penambahbaikan metodologi penilaian sedia ada.
  • Penambahbaikan skim persijilan, mekanisme, dan piawaian buruh paksa yang sedia ada.
  • Memastikan komitmen untuk menangani buruh paksa daripada ahli CGF dan pembekal mereka.

Untuk mengambil tindakan dan mengurangkan risiko ini, CGF juga telah membangunkan pelan tindakan berdasarkan saranan dalam laporan FLA, menunjukkan dan menegaskan kembali tekadnya untuk bekerjasama bagi menangani isu buruh paksa dalam sektor ini.

Olaf Koch, Ketua Pegawai Eksekutif METRO AG, dan Pengerusi Bersama Lembaga Pengarah CGF, berkata, "Dalam dunia kelestarian, isu alam sekitar yang berkaitan dengan minyak sawit telah lama membayangi isu hak asasi manusia. Terima kasih kepada laporan terkini yang ditugaskan oleh CGF, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa masalah ini wujud. Dengan sokongan FLA dan ahli-ahli CGF kami, sudah tiba masanya untuk memacu perubahan positif mengenai isu ini dan mula melaksanakan Prinsip-prinsip Industri Utama tentang Kerja Paksa dan mengikuti pelan tindakan yang baru diterbitkan. Kita perlu bertindak hari ini. "

Marc Engel, Ketua Pegawai Jaringan Rantaian Bekalan di Unilever, berkata, "Sebagai anggota CGF, kami yakin bahawa perniagaan perlu bekerjasama. Apabila bercakap tentang membanteras tenaga kerja paksa, tiada masa untuk disia-siakan dan penting bagi kami untuk tetap berjaga-jaga dalam menangani punca sebenarnya. Secara kolektifnya, kami mahukan kajian menyeluruh yang bebas mengenai cabaran sosial yang berterusan dalam industri sawit di Indonesia dan Malaysia. Oleh kerana Unilever merupakan salah satu pembeli minyak kelapa sawit yang utama, penemuan laporan FLA sangat berharga dan akan membantu memantapkan usaha kami untuk mengakhiri buruh paksa di seluruh dunia. Kami akan terus bekerjasama bersama ahli CGF dan pihak berkepentingan lain untuk memacu pelaksanaan Prinsip-prinsip Industri Utama CGF dan mendorong perubahan positif. "

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha CGF dalam membanteras buruh paksa, lawati http://www.tcgfsocial.com

Latar Belakang The Consumer Goods Forum 

The Consumer Goods Forum ("CGF") ialah rangkaian industri berasaskan pariti yang didorong oleh ahli-ahlinya untuk menggalakkan amalan dan piawaian penggunaan global yang mengurus industri barangan pengguna di seluruh dunia. Ia menghimpunkan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan kanan kira-kira 400 peruncit, pengeluar, penyedia perkhidmatan, dan pemegang kepentingan lain merentas 70 negara, dan ia mencerminkan kepelbagaian industri dalam geografi, saiz, kategori dan format produk. Syarikat anggotanya mempunyai jualan gabungan sebanyak EUR 3.5 trilion dan secara langsung menggunakan hampir 10 juta orang, dengan 90 juta lagi pekerjaan yang dianggarkan di sepanjang rantaian nilai. Ia ditadbir oleh Lembaga Pengarahnya, yang terdiri daripada lebih daripada 50 Ketua Pegawai Eksekutif pengilang dan peruncit. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.theconsumergoodsforum.com.

Latar Belakang Fair Labor Association 

Fair Labor Association menggalakkan dan melindungi hak pekerja dan memperbaiki keadaan tempat kerja dengan memudahkan kerjasama antara perniagaan, pertubuhan masyarakat madani, kolej dan universiti. FLA menjalankan pemantauan telus dan bebas untuk memastikan bahawa piawaian buruh yang ketat dikekalkan di mana sahaja ahli gabungan FLA memasarkan produk mereka, mengenalpasti punca penyebab ketidakpatuhan dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah tempat kerja. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.fairlabor.org .

 

Source: The Consumer Goods Forum
Keywords: