omniture

PSP Investments dan Tishman Speyer sempurnakan jualan hartanah pejabat utama Paris kepada Société Générale Insurance

PSP Investments
2018-11-08 21:10 119

LONDON, PARIS dan MONTRÉAL, 8 November 2018 /PRNewswire/ -- Tishman Speyer, salah satu pemilik, pembangun, pengendali dan pengurus dana yang utama di dunia bagi hartanah kelas pertama di seluruh dunia, serta Public Sector Pension Investment Board ("PSP Investments"), salah satu pengurus pelaburan pencen terbesar Kanada, hari ini mengumumkan penjualan Tour Pacific kepada Société Générale Insurance dengan amaun yang tidak didedahkan.

PSP Investments dan Tishman Speyer memperoleh bangunan pejabat berkeluasan 53,000 meter persegi, yang terletak di kawasan perniagaan La Défense Paris pada tahun 2013. Susulan program pengubahsuaian dan baik pulih secara meluas yang mengubah menara pejabat berusia 20 tahun ini menjadi bangunan yang moden dan cekap, mereka berjaya menyewakan kira-kira 50,000 meter persegi kepada lebih 30 penyewa termasuk CA Technologies, McAfee, Whirlpool, Manhattan Associates, RSA, NTT dan Accenture.

Penyewa-penyewa Tour Pacific mendapat faedah daripada reka bentuk yang ikonik dan moden, akses langsung kepada cahaya semula jadi dan taman atas bumbung, selain kemudahan-kemudahan baharu seperti ruang istirehat, pusat persidangan dan ruang kecergasan. Bangunan ini juga mempunyai sambungan yang baik dengan hab-hab pengangkutan utama, menjadikannya mudah diakses dengan bas, metro, kereta api dan trem. Bangunan ini diperakui oleh HQE Exploitation Excellent dan Wired Certified Platinum.

"Tishman Speyer amat berbangga dengan sumbangan kami terhadap transformasi Tour Pacific," kata Philippe Joland, Pengarah Urusan Kanan, Presiden Tishman Speyer France SAS. "Matlamat kami adalah untuk menarik pelanggan ke segmen berkeluasan 800-3,000 meter persegi dengan mewujudkan bangunan pejabat yang amat menarik yang mempunyai perkhidmatan dan kemudahan baharu, sekaligus menyediakan persekitaran kerja yang hebat buat pengguna akhir. Kami juga percaya bahawa pengurusan aset ini secara langsung dapat mencipta nilai tambahan melalui pembangunan hubungan yang unik dengan para penyewa. Tour Pacific menjadi aset jangka panjang yang berkualiti tinggi dengan profil teras seperti yang dibuktikan menerusi jualan kepada Société Générale Insurance."

"Tour Pacific merupakan satu kes contoh  kebolehan PSP untuk menyelaraskan dirinya dengan rakan-rakan kongsi terbaik dalam kelasnya bagi melaksanakan strategi-strategi penciptaan nilai taktikal dalam pasaran global teras," kata Stéphane Jalbert, Pengarah Urusan, Hartanah (Eropah dan Asia Pasifik) di PSP Investments. "Tour Pacific dimodenkan melalui pengubahsuaian komprehensif bagi memenuhi kehendak dan jangkaan penyewa masa kini, sekaligus memanfaatkan reka bentuk bangunan yang unik dan subpasaran La Défense yang rancak."

Latar Belakang PSP Investments
Public Sector Pension Investment Board (PSP Investments) ialah salah satu pengurus pelaburan pencen terbesar di Kanada dengan aset bersih sebanyak CAD$153 bilion setakat 31 Mac 2018. Ia mengurus pelbagai portfolio global yang terdiri daripada pelaburan dalam pasaran kewangan awam, ekuiti persendirian, hartanah, infrastruktur, sumber asli dan hutang persendirian. Ditubuhkan pada tahun 1999, PSP Investments mengurus simpanan bersih dalam dana pencen untuk Perkhidmatan Awam persekutuan, Angkatan Kanada, Polis Berkuda Diraja Kanada dan Pasukan Simpanan. Beribu pejabat di Ottawa, PSP Investments mempunyai pejabat perniagaan utamanya di Montréal, dan pejabat-pejabat di New York dan London. Untuk maklumat lanjut, layari investpsp.com atau ikuti kami melalui Twitter dan LinkedIn.

Latar Belakang Tishman Speyer ( tishmanspeyer.com )
Tishman Speyer ialah pemilik, pembangun, pengendali dan pengurus dana yang utama bagi hartanah kelas pertama di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1978, Tishman Speyer bergiat aktif di seluruh Amerika Syarikat, Eropah, Amerika Latin dan Asia, membina dan mengurus ruang pejabat, kediaman dan jualan ulung dalam 28 pasaran global utama untuk penyewa-penyewa yang terkemuka dalam industri. Firma memperoleh, membangunkan dan mengendalikan portfolio yang melibatkan lebih 167 juta kaki persegi dengan nilai keseluruhan kira-kira sebanyak US $88 bilion yang mencakupi 406 aset. Aset-aset istimewa termasuk Rockefeller Center Bandar Raya New York, Torre Norte São Paulo, The Springs di Shanghai, Lumière di Paris dan OpernTurm di Frankfurt. Tishman Speyer kini mempunyai projek-projek dalam peringkat pembangunan yang berbeza di Boston, Brasília, Frankfurt, Gurgaon, Hyderabad, Los Angeles, Bandar Raya New York, Paris, Rio de Janeiro, San Francisco, São Paulo, Shanghai, Shenzhen dan Washington, DC. Firma ini turut mengendalikan portfolio melibatkan hartanah pejabat terkemuka di Berlin, Chicago dan London.

Latar Belakang Societe Generale Insurance
Societe Generale Insurance merupakan tumpuan dalam strategi pembangunan Societe Generale Group, bersinergi dengan semua jaringan pengedaran peruncitan dan perbankan swastanya di Perancis dan luar negara. Societe Generale Insurance turut mengusahakan peluasan model pengedarannya melalui pembangunan perkongsian luar. Berada di Perancis menerusi Sogecap, Antarius, Sogessur dan Oradea Vie, serta di 10 negara di luar negara, Societe Generale Insurance menawarkan rangkaian penuh produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan individu, pelanggan profesional dan korporat dalam Simpanan Insurans Hayat, Simpanan Persaraan dan Perlindungan Peribadi. Memanfaatkan kepakaran 2,600 kakitangannya, Societe Generale Insurance meraih pendapatan sebanyak 11.8 bilion euro pada tahun 2017. Ia mengurus 114 bilion euro bagi akaun yang belum diselesaikan dan 22 juta kontrak. Sogecap diberi penarafan A- oleh Standard & Poor's. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengikuti kami di Twitter @SG_Assurances atau layari laman sesawang kami: http://www.assurances.societegenerale.com.

Untuk maklumat lanjut: PSP Investments, Verena Garofalo, +1 514 218 3795, media@investpsp.com; Tishman Speyer, Caroline Simon, +33 1 53 70 74 65, Caroline.simon@image7.fr

Source: PSP Investments
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Insurance Real Estate New products/services Real estate transactions