MILWAUKEE, 8 November 2018 /PRNewswire/ -- Pada tahun 1924, Babe Ruth membuat pukulan lari habis pertama beliau untuk musim tersebut keluar dari padang hasil balingan oleh pelempar Dewan Kemasyhuran Walter Johnson. Kayu Besbol Lari Habis (Home Run Bat) tersebut ditandatangani pada akhir permainan dan dihadiahkan kepada seorang senior sekolah menengah Phil Grossman.
Grossman ialah pemenang pertandingan memukul sepanjang tahun yang mendapat publisiti meluas tajaan LA Herald. Pemenang menerima kayu besbol sebenar yang digunakan oleh "The Babe" ketika membuat pukulan lari habis pertama beliau bagi musim 1924.
Imej Ruth menandatangani Kayu Besbol Lari Habis 1924 (ditunjukkan di sini) ini merupakan satu-satunya imej Ruth yang diketahui menurunkan tandatangan pada mana-mana kayu besbol dalam pakaian seragam. Selain gambar Ruth menandatangani kayu besbol tersebut, terdapat juga foto didokumentasi dengan Ruth melintasi tapak akhir selepas membuat pukulan lari habis dan menyingkirkan Johnson.
Terdapat berpuluh-puluh gambar dan artikel dalam buku skrap yang dihimpunkan oleh penerima Grossman. Buku skrap yang berharga ini disertakan dengan kayu besbol untuk dilelong.
Grossman mengabadikan Kayu Besbol Babe Ruth hingga akhir hayat beliau pada tahun 1986. Kayu besbol tersebut kemudiannya menjadi hak milik anak saudara lelaki Grossman, Mike Robinson. Malangnya, kayu besbol dan buku skrap yang dimiliki Robinson itu dicuri pada tahun 1989, namun demikian setelah 29 tahun mencari, baru-baru ini kayu besbol tersebut dapat dikesan dan dikembalikan kepada Robinson.
Kepentingan Babe Ruth dan Walter Johnson kepada sukan besbol tidak dapat disangkal lagi. Kedua-dua individu ini merupakan antara enam pemain besbol pertama yang disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Besbol.
Memorabilia Babe Ruth dianggap sebagai "Raja Barang Kumpul". Enam (6) daripada lima belas (15) item memorabilia sukan berharga paling tinggi yang pernah dijual adalah milik Babe Ruth.
Harga tertinggi yang pernah dibayar untuk mana-mana item memorabilia sukan ialah baju jersi 1920 Babe Ruth yang dijual di acara lelongan pada tahun 2012 dengan nilai $4,415,000.
Kayu besbol ini bukan sahaja item memorabilia sukan yang paling banyak direkodkan sepanjang zaman, ia juga mendapat pengesahan daripada pakar-pakar utama industri, serta menerima GU10 iaitu penilaian tertinggi seumpamanya.
Meskipun bidaan terendah/awal untuk kayu besbol ini ialah $3,000,000, namun para pengumpul telahpun membuat spekulasi bahawa Kayu Besbol Lari Habis 1924 Babe Ruth ini akan dijual pada harga yang lebih tinggi daripada jersi Babe Ruth 1920, seraya menjadikannya item memorabilia sukan yang paling berharga sepanjang zaman.
Lihat video Kayu Besbol Lari Habis 1924 Babe Ruth ini: www.1924baberuthbat.com/#video
Daftar untuk membida kayu besbol ini: http://sports.mearsonlineauctions.com/catalog.aspx?category=23
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/775181/Babe_Ruth_Home_Run_Bat.jpg