omniture

MassMutual Ventures Lancar Dana USD 50 Juta untuk Pelaburan di Asia Tenggara

MassMutual
2018-11-08 23:42 147

MMV Asia Tenggara bakal labur dalam 10 daripada 15 syarikat baharu di rantau ini sepanjang 3 tahun akan datang 

BOSTON dan SINGAPURA, 8 November 2018 /PRNewswire/ -- Meluaskan capaian pelaburannya, MassMutual Ventures (MMV) hari ini mengumumkan penubuhan dana bernilai USD 50 juta - MassMutual Ventures Asia Tenggara (MMV SEA) - yang akan membuat pelaburan dalam 10 daripada 15 syarikat baharu di seluruh rantau ini sepanjang tempoh tiga tahun akan datang.

MMV SEA, berpangkalan di Singapura, menyasarkan pelaburan pusingan Siri A dan Siri B dalam segmen kesihatan digital, teknologi kewangan, teknologi insurans dan perisian perusahaan. Pembiayaan MMV SEA disediakan melalui akaun pelaburan am milik syarikat induk Massachusetts Mutual Life Insurance Company (MassMutual).

Pembiayaan baharu ini menjadikan jumlah modal di bawah pengurusan untuk MMV yang berusia empat tahun - dana berfokus pulangan yang melabur dalam modal benih yang dinamik dan inovatif untuk syarikat-syarikat peringkat pertumbuhan di Amerika Utara, Eropah, Israel dan kini Asia Tenggara -  kepada USD 250 juta. MMV SEA akan turut bekerjasama dengan MassMutual International, sebuah syarikat induk insurans antarabangsa MassMutual, dengan memanfaatkan hubungannya di rantau ini, bagi mengenal pasti pelaburan dan peluang berpotensi untuk syarikat-syarikat portfolio MMV.

"Dana baharu ini menekankan komitmen kami untuk membangunkan platform MassMutual Ventures yang benar-benar bersifat global, yang akan mengenal pasti syarikat-syarikat baharu yang berjaya, yang selari dengan strategi pelaburan berhemat MassMutual, menyediakan pulangan terbaik untuk syarikat kami," kata Doug Russell, Pengarah Urusan MMV yang akan memantau operasi MMV SEA. "Tatkala modal usaha niaga terus mengalir melalui semua sektor di seluruh dunia, kami bersedia untuk memanfaatkan produk, penyelesaian dan trend global."

"Penubuhan MassMutual Ventures Asia Tenggara mengukuhkan ketekalan MassMutual terhadap rantau ini, meluaskan jejak kami ke Singapura dan banyak kawasan utama yang lain di seluruh Asia Tenggara," kata Eddie Ahmed, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MassMutual International. "Melalui modal berdedikasinya dan pasukan yang mempunyai pengetahuan yang jelas tentang iklim pelaburan di sini, kami tidak sabar-sabar menantikan banyak peluang yang menarik dan inovatif."

MMV SEA dipimpin oleh dua Pengarah Urusan - Ryan Collins dan Anvesh Ramineni - kedua-duanya merupakan ahli-ahli profesional pelaburan yang berpengalaman di rantau ini dan akan dipertanggungjawabkan dengan penyumberan dan pelaksanaan peluang-peluang pelaburan.

"Dengan ekonomi digital yang berkembang pesat dan pembangunan berterusan ekosistem syarikat baharu, iklim pelaburan di Asia Tenggara menawarkan peluang-peluang yang begitu hebat," kata Collins.

Ramineni menambah, "MassMutual Ventures memiliki rekod pencapaian cemerlang dalam mengenal pasti syarikat-syarikat yang berpotensi mengubah industri. Kami berharap dapat meneruskan kejayaan berkenaan."

Sebelum menyertai MMV SEA, Collins merupakan Ketua Asia di inkubator LOFT Manulife, membangunkan model-model dan teknologi-teknologi perniagaan baharu dalam perkhidmatan insurans serta pelaburan. Sebelum LOFT, beliau merupakan Pengarah Urusan Asia di Essentia Analytics, sebuah syarikat SaaS analitik data. Pernah menyandang jawatan Pengarah Eksekutif di Goldman Sachs di Tokyo dan Hong Kong, Collins pernah memberi khidmat nasihat dan melaksanakan pelbagai transaksi pasaran modal di seluruh Asia Pasifik. Beliau berkelulusan BSc dalam Sains Komputer dan MSc dalam Psikologi.

Baru-baru ini, Ramineni merupakan Ketua Pasukan Pelaburan di OpenSpace Ventures (dahulunya NSI Ventures), Singapura, yang mana beliau merupakan ahli pengasas firma berkenaan dan mengetuai pelaburan dalam 12 syarikat. Sebelum berkhidmat di OpenSpace, beliau merupakan jurubank pelaburan TMT di Citigroup Global Markets, Hong Kong, yang mana beliau mengusahakan mandat khidmat nasihat kewangan strategik dan melaksanakan transaksi M&A dan pasaran modal utama di seluruh Asia. Ramineni berkelulusan ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan Elektronik & Komunikasi serta MBA yang berpengkhususan dalam bidang Kewangan.

Latar Belakang MassMutual Ventures
MassMutual Ventures (MMV) ialah dana modal usaha niaga berfokus pulangan yang melabur dalam modal benih untuk syarikat-syarikat peringkat pertumbuhan di Amerika Utara, Eropah, Israel dan Asia Tenggara. Tumpuan bidang-bidang pelaburan utama kami termasuk teknologi kewangan, teknologi insurans, keselamatan siber, analitik data, kesihatan digital dan perisian perusahaan. Kami memimpin atau menyertai sindikasi-sindikasi pelaburan dalam syarikat-syarikat yang bersedia untuk mencipta nilai perusahaan signifikan melalui inovasi terbeza dan pelaksanaan tertumpu. Kini, MassMutual Ventures mengurus USD 250 juta dalam dua dana iaitu MMV berpangkalan di Boston dan MMV SEA, beribu pejabat di Singapura.

Massachusetts Mutual Life Insurance Company (MassMutual) ialah syarikat induk MMV. Usahawan-usahawan yang berminat untuk bekerjasama dengan MMV boleh menghubungi terus pasukan pelaburan di ventures@massmutual.com. Usahawan-usahawan yang berminat untuk bekerjasama dengan pasukan MMV SEA boleh menghubungi terus pasukan pelaburan di mmvsea@massmutual.com.

Hubungi:
Michael McNamara
+1 413 744 3917
michaelmcnamara@massmutual.com

Ary Kim
ary.kim@bm.com  
+65 9623 6837

Source: MassMutual
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion