omniture

UAF Perkenal Penapis Udara Alam Sekitar Mencabar Termaju

Universal Air Filter
2018-11-09 10:45 132

Penapis OSP Series 2 Lindungi Barangan Elektronik Rumit daripada Debu, Hujan dan Kabut Garam

ST. LOUIS, 9 November 2018 /PRNewswire/ -- Universal Air Filter, peneraju bagi penapisan udara elektronik dan perlindungan EMI, memperkenalkan keluaran masa depan Series 2 Outside Plant Filter (OSP) miliknya. Menawarkan klasifikasi UL900 dengan aliran udara yang dipertingkat, OSP Series 2 memberi perlindungan daripada debu, hujan bawaan angin dan kabut garam.

Universal Air Filter's Series 2 Outside Plant Filter
Universal Air Filter's Series 2 Outside Plant Filter

"Pelanggan-pelanggan kami membangunkan aplikasi yang perlu berfungsi dalam pelbagai keadaan," kata Dan Krupp, Presiden UAF. "Menerusi prestasinya, tekanan jatuh yang rendah, pematuhan UL dan reka bentuk anjal, OSP Series 2 mewujudkan banyak pilihan reka bentuk baharu bagi membolehkan peralatan beroperasi dalam persekitaran yang mencabar."

OSP Series 2 menambah baik penapis OSP UAF yang sedia ada yang dipercayai oleh penyedia telekomunikasi terkemuka dunia, pengeluar peralatan penjanaan kuasa, pengeluar papan tanda interaktif dan berpuluh-puluh pembangun 'Internet Komunikasi Benda' pada masa kini. "Penapis OSP UAF memberi perlindungan daripada pencemar air dan bawaan udara yang hebat untuk produk-produk seperti paparan kios interaktif bagi tujuan berkomunikasi dengan penduduk dan pengunjung di bandar-bandar seluruh dunia," kata Chris Picha, Ketua Jurutera Mekanikal UAF. "Kami berasa teruja dengan penambahbaikan Penapis OSP Siri ke-2 ini."

Penapis OSP tersuai mengelakkan debu, air, hujan bawaan angin dan kabut garam daripada kurungan elektronik dengan menggunakan sistem penyejukan udara langsung. Kabinet-kabinet untuk aplikasi telekomunikasi, papan tanda digital dan aplikasi kuasa kini boleh menggunakan sistem penyejukan berlohong udara luar berbanding penukar haba udara-ke-udara gelung tertutup yang mahal dan tidak cekap.

Penapis OSP mematuhi piawaian industri termasuk UL 900, GR 487, NEMA dan penarafan kurungan IP. Selain penapis OSP yang telahpun tersedia, UAF mempunyai penyelesaian pencegah air yang lain. UAF Quadrafoam dengan jejaring hidrofobik memberi kerintangan air dalam pemasangan berprofil rendah. Untuk persekitaran dalaman dan luaran yang lain, UAF menawarkan portfolio bahantara turas dalam pemasangan berbingkai yang tahan lama – logam atau propilena rencat nyala yang fleksibel.

UAF sudah bersedia untuk menawarkan sokongan kejuruteraan dengan seleksi bahantara turas, bantuan spesifikasi reka bentuk, model CAD 3D dan untuk mengukur saiz dan memberi spesifikasi kepada prototaip - semuanya secara percuma!

Latar Belakang UAF dan Filtration Group:
Beribu pejabat di Sauget, Illinois, UAF ialah bahagian Kualiti Udara Dalaman daripada Filtration Group, syarikat penapisan yang terkemuka di dunia. Filtration Group ialah jenama yang diiktiraf di seluruh dunia, menawarkan perkhidmatan kepada banyak syarikat yang paling dikenali di dunia di seluruh Amerika Utara, Eropah dan juga Asia.

Kunjungi UAF di Electronica 2018 bertempat di Munich, Jerman, 13 - 16 November, atau klik untuk memohon maklumat lanjut atau menjadualkan pertemuan.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/780727/Universal_Air_Filter_Series_2_Outside_Plant_Filter.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/780726/Universal_Air_FIlter_Logo.jpg

Source: Universal Air Filter
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC Retail New products/services Trade show news Future Events