omniture

Kaleido Lancar Pasaran Rantaian Blok dengan Perkhidmatan Pasang-dan-Main dan Program Perkongsian Penyelesaian

ConsenSys
2018-11-10 16:45 596

Peneraju platform rantaian blok Kaleido, dengan kerjasama ConsenSys dan Amazon Web Services, melancarkan platform susunan penuh pertama dengan pasaran perkhidmatan pasang-dan-main, penyepaduan dan perisian rakan kongsi bagi mempercepatkan projek-projek rantaian blok perusahaan daripada pembuktian-konsep kepada jaringan perniagaan pengeluaran langsung.

LISBON, Portugal, 10 November 2018 /PRNewswire/ -- Web Summit -- Kaleido, sebuah syarikat ConsenSys, dengan kerjasama Amazon Web Services, membantu perusahaan-perusahaan menerobos peringkat pembuktian-konsep kepada rangkaian rantaian blok pengeluaran langsung menerusi pengumuman langkah utama ke hadapan yang seterusnya. Kaleido Marketplace yang baru dilancarkan memperluas Awan Perniagaan Rantaian Bloknya untuk menjadi platform perusahaan susunan penuh pertama yang tersedia hari ini. Pasaran baharu ini melibatkan alatan dan perkhidmatan yang dipercayai daripada Kaleido, AWS dan ahli-ahli program perkongsian baharu, kesemuanya ditawarkan sebagai pasang-dan-pakai.

Setiap penerima pakai Kaleido Marketplace menyatakan bahawa ia dapat menghapuskan 80 peratus kod tersuai yang diperlukan untuk membangunkan projek rantaian blok mereka. Pelanggan-pelanggan kini mendapat akses kepada penyepaduan AWS natif, perkhidmatan popular seperti dompet HD untuk privasi dan pendaftaran ID untuk identiti organisasi, selain produk-produk industri seperti Chainlink untuk oracle kontrak pintar, Viant untuk pengurusan rantaian bekalan, OpenLaw dan Clause.io untuk kontrak undang-undang waktu nyata dan banyak lagi—kesemuanya hanya dengan menekan satu butang.

Dengan nilai tambah perniagaan teknologi rantaian blok dijangka melebihi $3.1 trilion menjelang tahun 2030 (Gartner), mudah untuk difahami mengapa rantaian blok merupakan salah satu teknologi yang paling banyak dibincangkan dalam perniagaan hari ini. Bahkan, 84 peratus eksekutif berkata syarikat-syarikat mereka "terlibat secara aktif" dengan rantaian blok apabila disoal selidik oleh PwC pada Ogos 2018. Walau bagaimanapun, setakat ini, kebanyakan syarikat bergelut untuk membangunkan penyelesaian rantaian blok yang lengkap dan bersedia untuk proses pengeluaran, diburukkan lagi oleh kekurangan kemahiran dan bakat berkaitan rantaian blok dalam seluruh industri.

Sejak dilancarkan pada Mei lalu, Kaleido membantu organisasi-organisasi mencipta lebih 1,000 rangkaian rantaian blok menerusi Awan Perniagaan Rantaian Bloknya. Kini, Kaleido melangkah maju lebih jauh dengan menawarkan susunan penuh pertama keupayaan rantaian blok yang diperlukan untuk membangunkan penyelesaian yang lengkap, berupaya untuk berada dalam keadaan pengeluaran langsung dan memastikan penyelesaian berfungsi.

"Kami telah menyaksikan corak penggunaan yang berjaya tatkala rangkaian perusahaan dikeluarkan dan kami telah memasukkan amalan-amalan terbaik ini ke dalam perkhidmatan Kaleido Marketplace untuk benar-benar membantu memudahkan penerimaan rantaian blok dan menghapuskan beberapa kepakaran rantaian blok khusus yang diperlukan," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi Kaleido, Sophia Lopez.

"Hakikatnya adalah hanya kira-kira 10 peratus daripada projek rantaian blok perusahaan merupakan rantaian blok itu sendiri. Terdapat banyak aplikasi, data dan komponen infrastruktur lain yang diperlukan untuk memulakan proses pengeluaran," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kaleido, Steve Cerveny. "Saya amat teruja kerana kami mempunyai seluruh awan teknologi rantaian blok yang disepadukan terlebih dahulu untuk digunakan oleh pelanggan kami. Kaleido Marketplace ialah kedai sehenti untuk rantaian blok perusahaan semua benda."

Salah satu pelanggan Kaleido ialah Komgo, rangkaian perdagangan komoditi dan kewangan termaju yang terdiri daripada institusi-institusi global seperti Citi, ING, Koch Supply & Trading, MUFG Bank, Societe Generale, Credit Agricole Group, BNP Paribas, Shell dan lain-lain.

"Dengan membangunkan sistem rantaian blok terbuka, Komgo dapat memilih daripada protokol-protokol terbaik yang dibangunkan dalam seluruh ekosistem dan menggunakan blok binaan sedia ada untuk penyelesaian yang dioptimum," kata Souleïma Baddi, Ketua Pegawai Eksekutif Komgo. "Kini, dengan pembuktian konsep dan projek rintis di belakang kami, Kaleido akan membantu kami menyediakan produk-produk yang bersedia untuk proses pengeluaran kepada sejumlah besar peserta pada kadar yang amat pantas.

Kaleido turut melancarkan Program Perkongsiannya sejajar dengan pasaran berkenaan, menyediakan peluang-peluang penting kepada penyedia pihak ketiga untuk menyertai ekosistem ini dengan mempromosi penawaran mereka dalam Kaleido Marketplace, membenamkan Kaleido dalam penyelesaian rantaian blok mereka sendiri atau mempercepatkan penglibatan pelanggan dengan menggunakan Kaleido dalam perundingan mereka.

"Dengan adanya penyelesaian kontrak pintar sah kami yang dipromosi dalam Kaleido Marketplace dapat mewujudkan saluran segera bagi membawakan teknologi kami kepada audiens global selain akses segera untuk pelanggan baharu," kata Pengasas Bersama OpenLaw Aaron Wright.

Greenfence Consumer dan Radiant Earth merupakan rakan kongsi terbenam dan menggunakan Kaleido untuk meningkatkan rangkaian rantaian blok mereka sendiri; Greenfence membantu studio-studio Hollywood seperti Sony dan Fox merevolusikan pemasaran digital untuk peminat filem manakala Radiant Earth akan melengkapi NGO dengan imejan Bumi terbuka teragregat dan data geospatial. Dari segi perundingan pula, penyepadu-penyepadu sistem seperti ConsenSys Solutions kini menggunakan Kaleido untuk mempercepatkan penglibatan rantaian blok pelanggan mereka.

Awan Perniagaan Rantaian Blok Kaleido dan Pasaran baharu ini kini mula tersedia, cubalah secara percuma di Kaleido.io.

Latar Belakang Kaleido:
Kaleido, sebuah Perniagaan Perusahaan ConsenSys, mengkhusus untuk menjadikan rantaian blok benar-benar ringkas untuk organisasi-organisasi menggunakannya agar masyarakat kita akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada model dan teknologi terpencar. Kaleido berkolaborasi dengan Amazon Web Services untuk menawarkan Awan Perniagaan Rantaian Blok miliknya, satu platform SaaS semua-dalam-satu yang dibangunkan untuk Rantaian Blok Perusahaan. Untuk maklumat lanjut, layari www.Kaleido.io

Latar Belakang ConsenSys:
ConsenSys ialah peneraju global dalam pembangunan perkhidmatan dan aplikasi rantaian blok terpencar, diasaskan oleh Joseph Lubin, pencipta bersama Ethereum. Sebagai studio pengeluaran usaha niaga, projek-projeknya menangani setiap bahagian dalam ekosistem Ethereum termasuk: projek-projek infrastruktur penting (Infura), instrumen pembangun (Truffle), komponen-komponen penyepaduan teras (MetaMask), perkhidmatan (Diligence), aplikasi terpencar B2C (Grid+, Cellarius), penyelesaian perusahaan  (Kaleido) dan banyak lagi.

Source: ConsenSys
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics New products/services Blockchain