omniture

Pameran Canton ke-124 Catatkan Pusing Ganti US$29.8 bilion, Jadi Tuan Rumah Lebih 70,000 Pembeli Baharu

Pameran Canton
2018-11-13 12:40 541

GUANGZHOU, China, 13 November 2018 /PRNewswire/ -- Edisi ke-124 Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton, atau "Pameran") telah melabuhkan tirainya setelah mencatatkan peningkatan ketara dalam pesanan eksport ke negara-negara dalam Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China. Jumlah pusing ganti eksport mencecah 206.5 bilion yuan (US$29.8 bilion), dengan 77,733 pembeli baharu menghadiri Pameran, melonjak sebanyak 2.34%, dan pembeli-pembeli dari negara-negara dan wilayah-wilayah di sepanjang BRI meningkat sebanyak 0.16% kepada 84,578 pembeli.

124th Canton Fair Records US$29.8 billion In Turnover, Hosts More than 70,000 New Buyers
124th Canton Fair Records US$29.8 billion In Turnover, Hosts More than 70,000 New Buyers

Pameran ini menjadi tuan rumah kepada sejumlah 189,812 pembeli dari 215 negara dan wilayah, manakala tujuh daripada sepuluh pembeli utama merupakan negara-negara dan wilayah-wilayah BRI seperti India dan Rusia. Pesanan eksport daripada negara-negara dan wilayah-wilayah berkenaan meningkat 2.7% kepada US$9.63 bilion, menyumbang sebanyak 32.3% daripada jumlah nilai pesanan yang dibuat, mewakili peningkatan 2.7% berbanding tahun sebelumnya.

Xu Bing, Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre, berkata, "Peningkatan bilangan pembeli dari negara-negara sedang membangun dan pasaran-pasaran baru muncul di Pameran berkenaan memperlihatkan struktur yang dioptimum dan kualiti pembeli yang semakin bertambah baik." Kepelbagaian pembeli global dapat membantu perusahaan mengukuhkan pasaran tradisional dengan cekap, meninjau pasaran baru muncul dan berpotensi serta mengoptimumkan susun atur mereka dalam pasaran antarabangsa.

Nilai pusing ganti untuk produk jentera dan elektronik mencecah US$16.187 bilion, produk perindustrian ringan mencecah US$7.299 bilion, manakala bagi tekstil dan pakaian pula mencecah US$1.514 bilion.

Pembeli-pembeli daripada sektor-sektor elektronik dan perkakas rumah menyumbang sebanyak 40.2% daripada jumlah kehadiran. Para pembeli yang tercari-cari barangan pengguna menyumbang sebanyak 31.3% daripada jumlah keseluruhan. Pembeli-pembeli hiasan rumah, cenderamata dan jentera masing-masing menyumbang sebanyak 28.28%, 26.82% dan 26.37%.

Sebanyak 110 daripada 250 penjual utama dunia menyertai Pameran, dengan 9 daripada 10 yang terbaik hadir termasuk Wal-Mart, Costco, Kroger, Schwartz, Carrefour, Home Depot, Wallgreens, Amazon dan Aldi. Pembeli-pembeli yang mengambil bahagian dalam Perkhidmatan Penyumberan Multinasional termasuk US Harbor Freight, Staples, Lifetime Brands, KESKO Group, Auchan dan Lock & Lock Co., Ltd.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China ("Pameran Canton"), diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf paling tinggi, bersaiz paling besar dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal usul pembeli paling luas dan turut memperoleh pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181112/2296554-1

Source: Pameran Canton
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Trade show news