omniture

Kerajaan India, Mission Innovation & Rocky Mountain Institute Lancar Global Cooling Prize

Rocky Mountain Institute
2018-11-13 21:27 122

NEW DELHI, 13 November 2018 /PRNewswire/ -- Kerajaan India, Mission Innovation dan Rocky Mountain Institute hari ini melancarkan Global Cooling Prize, satu pertandingan peringkat antarabangsa untuk mencari teknologi penyejukan kediaman dengan impak iklim sekurang-kurangnya lima kali ganda lebih rendah berbanding unit-unit penyaman udara bilik biasa. Lebih US$3 juta akan dianugerahkan sepanjang tempoh dua tahun pertandingan berkenaan.

 

"Kerajaan India menyokong cabaran inovasi ini yang bertujuan untuk membangunkan teknologi mampan dan cekap bagi menyediakan keselesaan terma kepada semua dan mengundang pemohon-pemohon dari seluruh dunia untuk memohon menyertai Global Cooling Prize," kata Dr. Harsh Vardhan, Menteri Kesatuan Sains & Teknologi, Sains Bumi, Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim di Sidang Kemuncak Inovasi Penyejukan Global di New Delhi.

Hadiah ini disokong oleh Kerajaan India, Mission Innovation dan akan dilaksanakan oleh Rocky Mountain Institute, Conservation X Labs, Alliance for an Energy Efficient Economy dan CEPT University. Gabungan Hadiah ini akan membantu mengenal pasti teknologi penyejukan inovatif dan menyokong inkubasi, pengkomersialan dan akhirnya penerimaan besar-besaran di seluruh dunia.  

"Teknologi yang dibangunkan melalui Global Cooling Prize berpeluang menawan pasaran US$20 bilion dan mengubah pasaran global ke arah yang lebih baik," kata Iain Campbell, Felow Kanan, Rocky Mountain Institute.

Pemanasan suhu global, pertumbuhan populasi, peningkatan pendapatan dan urbanisasi akan menjurus kepada peningkatan lima kali ganda yang mengejutkan terhadap permintaan tenaga untuk penyaman udara di negara-negara bukan OECD, menurut satu laporan baharu oleh Rocky Mountain Institute yang dikeluarkan hari ini. Laporan berkenaan, 'Menyelesaikan Cabaran Penyejukan Global' mendapati bahawa langkah-langkah yang masih tidak berubah meskipun penting adalah tidak mencukupi untuk menangani impak tenaga dan emisi daripada pertumbuhan penyaman udara bilik yang diunjurkan dan menggesa penyelesaian impak iklim lima kali ganda lebih rendah.

"Sekiranya kita tidak melakukan sesuatu berhubung impak penyaman udara global yang semakin meningkat terhadap iklim kita hari ini, ia akan menggagalkan percubaan terbaik kami untuk memenuhi matlamat Perjanjian Paris terhadap emisi," kata Sir Richard Branson, Duta Global Cooling Prize.

Teknologi yang berjaya boleh mencegah sehingga 100 gigaton emisi karbon menjelang tahun 2050 dan meletakkan dunia di laluan yang dapat mengurangkan sehingga 0.5˚C pemanasan global menjelang tahun 2100, menurut laporan berkenaan.

Hubungan media
Nick Steel
nsteel@rmi.org  
+1 347 574 0887

Latar Belakang Rocky Mountain Institute
Rocky Mountain Institute (RMI)—sebuah pertubuhan bebas bukan untung yang ditubuhkan pada tahun 1982—mengubah penggunaan tenaga global untuk mencipta masa depan rendah karbon yang bersih, makmur dan selamat.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=D_NEavNUQlM

Source: Rocky Mountain Institute
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Consumer Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics HVAC Oil/Energy Utilities Awards Conservation/Recycling Not for profit Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)