omniture

Ejen-ejen pelancongan utama berhimpun di London bincang dan promosi pusat peranginan tropika Cina Sanya

Sanya Tourism Development Commission
2018-11-14 19:17 349

Bandar pantai terajui pembangunan pelancongan kawasan tropika di China

LONDON, 14 November 2018 /PRNewswire/ -- Pada 5 November, seminar bertemakan pelancongan Sanya "Kenali Kawasan Tropika China", diselia oleh Jabatan Pelancongan, Budaya, Radio, Televisyen dan Sukan Wilayah Hainan dan dianjurkan bersama-sama Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Sanya dan CNBC, platform berita perniagaan dan kewangan yang terkenal di peringkat antarabangsa, diadakan di kawasan World Travel Market's Asia di ExCel London. Ejen-ejen pelancongan terkemuka dan golongan profesional dari seluruh dunia, termasuk eksekutif-eksekutif daripada Thomas Cook, TUI China dan Ctrip, berhimpun untuk menumpu pada apa yang dapat ditawarkan oleh Sanya sebagai destinasi perjalanan, membincangkan kelebihan-kelebihan membangunkan pelancongan di kawasan-kawasan tropika China serta mengenal pasti trend-trend berhubung pembangunan pelancongan kawasan tropika China dalam beberapa seminar bertema.

Topik-topik acara termasuk "Apakah perbezaan antara Sanya dan bandar-bandar Asia Tenggara lain," "Sama ada Sanya telah berkembang menjadi destinasi pelancongan mewah" dan "Apakah peluang-peluang pelancongan antarabangsa yang dapat ditawarkan menerusi kemasukan tanpa visa selama 30 hari ke Sanya untuk para pengembara dari 59 negara".

Wang Ke, Pengarah Bahagian Pemasaran Antarabangsa daripada Jabatan Pelancongan, Budaya, Radio, Televisyen dan Sukan Wilayah Hainan, berkata dalam satu temubual bahawa, di bawah kepimpinan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, wilayah tersebut menyokong pembangunan seluruh pulau Hainan menjadi zon perdagangan bebas rintis, di samping beransur-ansur meneroka dan terus menggalakkan penubuhan pelabuhan perdagangan bebas. Sanya menerajui bandar-bandar Cina lain dari segi jumlah wang yang dibelanjakan di kawasan tempatan oleh pengunjung-pengunjung antarabangsa. Bandar ini mempunyai 33 penerbangan terus ke bandar-bandar di luar China termasuk perkhidmatan Sanya-London. Selain lebih 50 jenama hotel global yang telahpun berkembang ke Sanya, termasuk Atlantis, Marriott dan InterContinental. Thomas Cook Sanya Branch, agensi pelancongan usaha sama yang dilancarkan oleh Thomas Cook dan konglomerat Cina Fosun International, ditubuhkan secara rasmi di Sanya pada 15 Oktober 2018. Tujuan Sanya mengendalikan mesyuarat dan perbincangan panel adalah untuk berkongsi dengan seluruh dunia tentang faedah-faedah daripada pertumbuhan ekonomi wilayah Hainan, diterajui oleh sektor yang pantas berkembang di bandar tersebut, iaitu sektor pelancongan. 

Ketua Pegawai Eksekutif TUI China Dr. Guido Brettschneider, Pengarah Inbound & MICE di Thomas Cook China Kris Van Goethem, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Centre for International Business Development (CIBD) Maggie Ma, Ketua Pegawai Eksekutif Ctrip Customised Travel Kane Xu serta Pengurus Besar Shangri-La's Sanya Resort and Spa Rudolf Gimmi, antara golongan profesional industri yang lain, menyampaikan ucapan dasar di acara ini. Selain itu, Dr. Brettschneider, En. Van Goethem dan Cik Xu, bagi pihak penyedia perkhidmatan perjalanan Cina dan antarabangsa utama, berkongsi data dari segi populariti pilihan pelancongan yang paling banyak dicari yang ditawarkan oleh Sanya dan bandar-bandar lain di wilayah Hainan melalui platform mereka.

Penyedia-penyedia perkhidmatan perjalanan Cina dan antarabangsa selain tetamu-tetamu lain di acara ini menunjukkan minat yang kukuh terhadap model pelancongan kawasan tropika China melalui perbincangan dalam acara bertemakan "Kenali Kawasan Tropika China". Sanya, satu-satunya destinasi pantai tropika di China, menjadi destinasi popular dalam kalangan pengunjung Eropah. Para jemputan ke acara tersebut umumnya menyatakan keyakinan mereka terhadap masa depan industri pelancongan Sanya, menerusi banyak rancangan yang diumumkan bagi mempromosi Sanya melalui pelbagai saluran pemasaran dan mengaturkan lawatan ke bandar tersebut. Di samping itu, Sanya merancang untuk melancarkan kempen-kempen yang menyasarkan pengunjung-pengunjung antarabangsa melalui platform-platform media utama termasuk CNBC, dengan tujuan untuk mengukuhkan kedudukan bandar tersebut sebagai destinasi pusat peranginan pilihan.

Source: Sanya Tourism Development Commission
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Hotels and Resorts Travel