omniture

Syarikat Teknologi Perjalanan Sojern Umum Pusingan Pembiayaan Dipimpin Oleh TCV

Sojern
2018-11-14 21:34 165

Sojern perluas perniagaannya dengan jenama-jenama perjalanan seluruh dunia dan percepatkan penembusan dalam pasaran baharu

SAN FRANCISCO, 14 November 2018 /PRNewswire/ -- Sojern, syarikat teknologi perjalanan yang terkenal dengan data laluan-kepada-belian pengembaranya dan penyelesaian pemasaran dan pengedaran perjalanan inovatif, hari ini mengumumkan bahawa firma ekuiti pertumbuhan TCV memimpin pusingan pembiayaan sebanyak $120 juta dalam Sojern.

Sojern berharap dapat memajukan pertumbuhan pesat dan kejayaan pelaksanaannya selama bertahun-tahun—baru-baru ini mencatatkan keberuntungan selama 13 suku tahun berturut-turut—bagi mempercepatkan pembangunan penyelesaian untuk pelanggannya, termasuk 93 peratus daripada syarikat perjalanan Fortune 500 dunia dan beribu-ribu penyedia hartanah hotel bebas dan pelancongan tempatan. Sebagai sebahagian daripada transaksi, rakan kongsi am TCV Woody Marshall menyertai Lembaga Pengarah Sojern. TCV mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang teknologi perjalanan dan pemasaran menerusi pelaburan-pelaburan dalam Airbnb, Expedia, HomeAway, TripAdvisor, SiteMinder, ExactTarget, Act-On dan Ariba.

Sojern menawarkan model boleh diskala untuk mendorong tempahan melalui gabungan paparan programatik, video, sosial, mudah alih dan pengiklanan natif yang disesuaikan bagi mendekati audiens perjalanan tatkala mereka melalui proses perancangan dan penelitian perjalanan akan datang. Syarikat mengikuti trend-trend dalam pemasaran perjalanan dengan teliti, memperoleh Rakan Kongsi Pemasaran Facebook dan Instagram Adphorus pada lewat tahun 2017, mencuba TV terhubung dan menjadikan audiens waktu nyatanya tersedia kepada pelanggan-pelanggan utama melalui tawaran programatik dalaman.

"Di Sojern, kami bermatlamat untuk mengenali kesemua pengembara dunia dan membawa mereka daripada impian kepada destinasi. Pasukan kami meneroka laluan-kepada-belian pengembara agar kami dapat membantu pelanggan kami memenangi pertandingan untuk tempahan. Kami memanfaatkan pandangan ini untuk memacu $13 bilion dalam tempahan setakat ini, dengan matlamat untuk mengubah pemasaran digital menjadi pengedaran digital," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sojern Mark Rabe. "Melalui perkongsian baharu dengan TCV ini, kami berasa teruja untuk terus memacu kecekapan dalam hampir ~$100 bilion yang dibelanjakan oleh jenama-jenama perjalanan di seluruh dunia."

Woody Marshall berkata, "Kami telah menyaksikan peningkatan pesat Sojern dalam segmen teknologi perjalanan selama beberapa tahun dan kami berasa kagum dengan kedudukan kepimpinan Sojern dalam segmen tersebut dan modelnya yang unik dan boleh diskala bagi mempengaruhi pengembara seluruh dunia. Kebolehan Sojern untuk membentuk konsep pengalaman pemasaran yang lebih baik untuk organisasi-organisasi perjalanan dan pelaksanaan mantap mereka sepanjang dekad lalu, selain strategi perniagaan inovatif mereka, pasukan eksekutif yang kukuh dan budaya syarikat yang menginspirasikan menjadikan mereka padanan yang sesuai buat kami."

Latar Belakang Sojern
Sojern (www.sojern.com) ialah penyedia utama penyelesaian pemasaran digital dan audiens waktu nyata untuk industri perjalanan. Sojern mengkhusus dalam data laluan-kepada-belian pengembara selama lebih sedekad dan menyampaikan $13 bilion tempahan untuk pelanggan setakat ini. Diiktiraf sebagai 500 Syarikat Paling Pesat Berkembang Utama Deloitte Technology selama 5 tahun berturut-turut, ibu pejabat Sojern terletak di San Francisco dengan 13 lokasi global.

Latar Belakang TCV
Ditubuhkan pada tahun 1995, TCV menyediakan modal kepada syarikat-syarikat swasta dan awam yang berada pada peringkat pertumbuhan dalam industri teknologi. Sejak ditubuhkan, TCV melabur sebanyak lebih $10 bilion dalam syarikat-syarikat teknologi terkemuka dan membantu membimbing Ketua-ketua Pegawai Eksekutif melalui lebih 115 IPO dan pemerolehan strategik. Pelaburan-pelaburan melibatkan Airbnb, Altiris, AxiomSL, Believe Digital, Dollar Shave Club, EtQ, ExactTarget, Expedia, Facebook, Fandango, GoDaddy, HomeAway, LinkedIn, Netflix, Rent the Runway, Sitecore, Splunk, Spotify, TourRadar, Varsity Tutors dan Zillow. Ibu pejabat TCV terletak di Menlo Park, California, dengan pejabat-pejabat berada di New York dan London. Untuk maklumat lanjut tentang TCV, termasuk senarai lengkap pelaburan TCV, layari www.tcv.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/249299/sojern_logo.jpg  

Source: Sojern
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Venture Capital Data Analytics