omniture

Forum Tuole 2018 buka tirai di Panzhou

Tuole Forum
2018-11-16 20:15 227

PANZHOU, China, 16 November 2018 /PRNewswire/ -- Pada 9 November 2018, Forum Tuole Kerjasama Kapasiti Pengeluaran Antarabangsa China-ASEAN & Pameran Pelaburan Luar Negara China 2018 (Forum Tuole 2018) berlangsung di Tuole Village, Bandar Panzhou, Wilayah Guizhou, China, menerusi penyertaan daripada pegawai-pegawai, utusan diplomatik, pakar-pakar dan usahawan-usahawan dari lebih 20 wilayah dan negara. Lu Yongzheng, Naib Gabenor Kerajaan Rakyat Wilayah Guizhou mengumumkan pembukaan forum ini.

Forum Tuole ialah persidangan antarabangsa pertama yang diadakan di bandar peringkat daerah China sejak China menjalin hubungan dialog bersama ASEAN. Sejak dimulakan pada tahun 2016, forum Tuole telah mencapai hasil seperti Konsensus TuolePelan Tindakan Persekutuan Industri & Perdagangan Guizhou-ASEAN dan Rancangan Pembangunan Pelancongan Pergunungan Guizhou-ASEAN. Panzhou telah menandatangani 12 perjanjian kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan jumlah keseluruhan kira-kira sebanyak 7.5 bilion RMB dengan 10 negara ASEAN, mencakupi pelbagai bidang yang luas termasuk pembuatan, bahan binaan, produk elektronik dan pelancongan. Dengan menganjurkan Pameran ASEAN dan Pertukaran Perdagangan Ekonomi, Pelancongan dan Budaya Subkawasan Rantau Besar Mekong, Panzhou melanjutkan kerjasama pelancongan dengan lebih 20 agensi pelancongan Asia Tenggara, membina Taman Perindustrian Guizhou-ASEAN dan membawa masuk lebih 30 perusahaan.

Tuole Forum
Tuole Forum

"Kami menyasarkan untuk mencapai pertukaran China-ASEAN, kerjasama saling menguntungkan dan kemakmuran bersama daripada Tuole," kata Li Gang, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran CPC Liupanshui dan Datuk Bandar Liupanshui dalam majlis perasmian berkenaan. Liupanshui akan terus memperkukuh pertukaran dan kerjasama dengan negara-negara "Jalur dan Jalan" melalui Forum Tuole, bagi membangunkan forum tersebut menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama di China dan ASEAN.

Jaime Casafranca, Menteri Kaunselor bagi Kedutaan Peru di China, menghadiri majlis perasmian Forum Tuole 2018 dan berkata bahawa beliau berharap dapat mengukuhkan kerjasama dengan China dengan memperhebatkan perdagangan dua hala dan mencari titik pertumbuhan ekonomi baharu. "China ialah rakan dagangan terbesar Peru dan merupakan destinasi pelaburan mineral," kata Jaime. Dalam sembilan bulan pertama tahun 2018, eksport berdaftar Peru bernilai 10.16 bilion dolar A.S. ke China.

Panzhou, bandar tuan rumah Forum Tuole ialah pintu masuk barat wilayah Guizhou. Dengan sejarah dan budaya yang telah lama bertapak, Panzhou, dahulunya menjadi medan perang utama bagi "Gerakan Tiga Barisan Depan Pertempuran", ialah nod yang penting bagi pengangkutan, tenaga, logistik perniagaan dan pelancongan di wilayah Yunnan-Guizhou, tapak tenaga di selatan China dan "pusat ginkgo purba dunia".

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181112/2296712-1

Source: Tuole Forum
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news