omniture

ACUVUE® OASYS dengan Transitions™ Light Intelligent Technology™ Dinamakan sebagai 'Ciptaan Terbaik 2018' TIME

Essilor International
2018-11-19 06:11 891

Kanta sentuh pertama seumpamanya[i] betulkan penglihatan dan beradaptasi terhadap keadaan cahaya berubah-ubah untuk tingkatkan keselesaan dan prestasi dalam kehidupan harian  

PINELLAS PARK, Florida, 19 November 2018 /PRNewswire/ -- TIME telah memilih ACUVUE® OASYS dengan Transitions™ Light Intelligent Technology™ sebagai salah satu 'Ciptaan Terbaik 2018', menerusi inovasi rintis penggamit perhatian rangkuman tahunannya di seluruh dunia. Dibangunkan melalui perkongsian strategik antara Johnson & Johnson Vision dan Transitions Optical, sebuah Syarikat Essilor International, hasil inovasi ini membawakan kategori kanta sentuh serba baharu yang menyediakan pemakai kanta sentuh dengan pembetulan penglihatan dan mengurangkan cahaya terangii,iii untuk penglihatan yang melegakan sepanjang hari.iv,v

ACUVUE® OASYS dengan Transitions™ Light Intelligent Technology™ - dihasilkan untuk gaya hidup yang moden dan aktif - membantu mengurangkan pendedahan terhadap cahaya terang di kawasan tertutup dan kawasan luar, termasuk menapis cahaya biruvi dan menghalang sinar UV yang dapat memberi kesan pada keselesaan, penglihatan dan kesihatan mata.† ‡ vii,viii,ix,x,xi  Kanta-kanta tersebut dapat membantu mata mengurus jenis cahaya berbeza pada keamatan dan kecerahan berbeza sepanjang hari. Menggabungkan kekuatan dan kepakaran setiap syarikat, kanta sentuh tersebut dihasilkan daripada penyelidikan mendalam terhadap keperluan gaya hidup pengguna.

Transitions Optical telah lama menjadi peneraju dalam teknologi pengurusan cahaya, menguasai tentang cahaya selama lebih 28 tahun. Ia mempunyai sejarah panjang melibatkan inovasi produk dan perkongsian strategik yang telah mendayakan syarikat untuk membawa kemajuan baharu, mengembangkan kategori fotokroma dan memperkenalkan faedah-faedah adaptasi cahaya kepada lebih ramai pesakit. Lebih sedekad diperlukan untuk menggabungkan teknologi Transitions adaptif-cahaya revolusioner dengan kanta sentuh termaju ini. Hasilnya ialah kanta-kanta yang memberi faedah yang pertama seumpamanya, melangkaui sekadar pembetulan penglihatan agar menjadi selincah penggunanya dalam kehidupan harian mereka.

"Kami berasa amat bangga dapat melihat ACUVUE® OASYS dengan Transitions™ Light Intelligent Technology™ dipilih oleh majalah TIME sebagai salah satu 'Ciptaan Terbaik 2018'. Inovasi ini akan merevolusikan kanta sentuh dan fotokroma dengan memperkenalkan faedah-faedah adaptasi cahaya kepada lebih ramai pesakit," kata Chrystel Barranger, presiden Essilor Photochromics dan Transitions Optical. "Menangani keperluan yang belum dipenuhi kepada pemakai kanta sentuh, inovasi ini menyumbang kepada pencapaian misi kami untuk memberi penglihatan yang baik kepada setiap individu di muka bumi ini."

Kanta sentuh boleh guna semula selama dua minggu ini, yang akan dipasarkan oleh Johnson & Johnson Vision Care, Inc., terus beradaptasi daripada jernih kepada gelap dan jernih semula, membantu untuk menyesuaikan mata kepada cahaya yang berubah-ubah dengan lebih baik berbanding yang dilakukan secara sendiri.vii ACUVUE OASYS dengan Transitions mula bertukar gelap sejurus ia terdedah kepada sinar UV atau HEV, hasil daripada Transitions Light Intelligent Technology, yang menjadi gelap dalam 45 saat dan beransur hilang daripada gelap kepada jernih dalam 90 saat apabila keluar dari kawasan luar ke kawasan tertutup vii Apabila aktif sepenuhnya, kanta-kanta tersebut dapat menghalang sehingga 70 peratus cahaya nampak dan menapis cahaya di kawasan tertutup, meskipun dalam keadaannya yang paling jernih.vii Ciptaan revolusioner ini direka bagi menawarkan tahap perlindungan UV tertinggi yang disediakan pada kanta sentuh dan merupakan satu-satunya kanta sentuh yang menyediakan perlindungan 100% terhadap sinar UVB. † ‡ vii, viii

Kanta-kanta tersebut menerima kelulusan 510(k) untuk pengecilan cahaya terang daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. pada April tahun ini. Kanta-kanta tersebut dijangka untuk dilancarkan di A.S. dan pasaran-pasaran terpilih lain pada separuh pertama tahun 2019.

Latar Belakang Transitions Optical 
Transitions Optical ialah penyedia utama bagi kanta fotokroma (adaptif pintar) seluruh dunia, menjadi yang pertama berjaya mengeluarkan dan mengkomersialkan kanta adaptif plastik pada tahun 1990. Hasil daripada pelaburan gigihnya terhadap penyelidikan, pembangunan dan teknologi, Transitions Optical menawarkan pelbagai jenis kanta kaca mata dan produk perlindungan, menetapkan piawaian baharu untuk prestasi termaju bagi menyediakan keselesaan visual yang semakin baik dan perlindungan daripada cahaya biru berbahaya secara optimum serta sentiasa menghalang 100% sinar UVA dan UVB.

Kepimpinan produk, tumpuan pengguna dan kecemerlangan operasi menjadikan jenama Transitions® sebagai salah satu jenama pengguna yang paling diiktiraf dalam bidang optik. Untuk maklumat lanjut tentang syarikat dan Transitions®Light Intelligent Technology™, layari Transitions.com atau TransitionsPRO.com.

Transitions Optical ialah subsidiari milik penuh Essilor International.

Latar Belakang Essilor
Essilor International (Compagnie Générale d'Optique) ("Essilor") ialah syarikat optik oftalmik yang terkemuka di dunia. Essilor mereka bentuk, mengeluarkan dan memasarkan pelbagai jenis kanta bagi meningkatkan dan melindungi penglihatan. Misinya adalah untuk meningkatkan kehidupan dengan menambah baik penglihatan. Bagi menyokong misi ini, Essilor memperuntukkan lebih €200 juta untuk penyelidikan dan inovasi setiap tahun, menerusi komitmen untuk terus membawa produk baharu yang lebih berkesan kepada pasaran. Jenama-jenama utamanya termasuk Varilux®, Crizal®, Transitions®, Eyezen™, Xperio®, Foster Grant®, Bolon™ dan Costa®. Ia turut membangunkan dan memasarkan peralatan, instrumen dan perkhidmatan kepada ahli-ahli profesional penjagaan mata.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.essilor.com.

Latar Belakang Johnson & Johnson Vision
Di Johnson & Johnson Vision, kami mempunyai cita-cita yang berani: untuk mengubah trajektori kesihatan mata di seluruh dunia. Melalui syarikat-syarikat operasi kami, kami menyediakan inovasi yang membolehkan ahli-ahli profesional penjagaan mata mencipta hasil yang lebih baik untuk pesakit-pesakit mereka sepanjang hayat mereka, menerusi produk dan teknologi yang dapat menangani keperluan yang belum dipenuhi termasuk salah bias, katarak dan mata kering. Dalam komuniti-komuniti dengan keperluan paling tinggi, kami berkolaborasi untuk meluaskan akses kepada penjagaan mata berkualiti dan kami komited untuk membantu orang ramai untuk melihat dengan lebih baik, berhubung dengan lebih baik dan menjalani kehidupan dengan lebih baik. Kunjungi kami di www.jjvision.com. Ikuti @JNJVision di Twitter dan Johnson & Johnson Vision melalui LinkedIn.

Maklumat Penting kepada Pemakai Kanta Sentuh: Kanta Sentuh Jenama ACUVUE® hanya disediakan berdasarkan preskripsi untuk pembetulan penglihatan sebagai kanta pakai harian dengan penggantian yang disyorkan selepas dua minggu. Ahli profesional penjagaan mata akan menentukan sama ada kanta sentuh adalah sesuai untuk anda. Meskipun jarang berlaku, masalah mata yang serius boleh terjadi semasa memakai kanta sentuh. Bagi mengelakkan masalah-masalah ini, ikuti jadual pemakaian dan penggantian serta arahan penjagaan kanta yang diberikan oleh doktor mata anda. Jangan memakai kanta sentuh sekiranya anda mengalami jangkitan mata atau mengalami ketidakselesaan mata, mata berair yang berlebihan, perubahan penglihatan, kemerah-merahan atau masalah mata yang lain. Sekiranya salah satu daripada keadaan ini berlaku, tanggalkan kanta dan hubungi doktor mata anda segera. Untuk maklumat lanjut tentang pemakaian, penjagaan dan keselamatan yang betul, berbincanglah dengan ahli profesional penjagaan mata anda dan mintalah Panduan Arahan Pesakit, hubungi 1-800-843-2020 atau kunjungi Acuvue.com.

†Membantu melindungi daripada transmisi radiasi UV berbahaya pada kornea dan dalam mata.

‡AMARAN: Kanta sentuh penyerap-UV BUKAN pengganti kepada kaca mata penyerap-UV perlindungan seperti gogal atau cermin mata hitam penyerap-UV kerana ia tidak melindungi sepenuhnya mata dan kawasan sekitarnya. Anda perlu terus menggunakan kaca mata penyerap-UV seperti yang diarahkan. CATATAN: Pendedahan jangka panjang terhadap radiasi UV merupakan salah satu faktor risiko yang dikaitkan dengan katarak. Pendedahan tersebut adalah berdasarkan sebilangan faktor seperti keadaan persekitaran (altitud, geografi dan litupan awan) serta faktor-faktor peribadi (tahap dan jenis aktiviti-aktiviti luar). Kanta sentuh penghalang-UV membantu memberi perlindungan daripada radiasi UV yang berbahaya. Walau bagaimanapun, kajian-kajian klinikal masih belum dijalankan untuk menunjukkan bahawa pemakaian kanta sentuh penghalang-UV dapat mengurangkan risiko terjadinya katarak atau gangguan mata yang lain. Dapatkan nasihat daripada pengamal penjagaan mata anda untuk maklumat lanjut.

ACUVUE OASYS® ialah tanda dagangan Johnson & Johnson Vision Care, Inc. 











i Siaran Akhbar FDA: FDA luluskan kanta sentuh pertama dengan teknologi adaptif-cahaya

ii Ditakrifkan sebagai perubahan keamatan tinggi / cahaya terang yang terdapat di dalam kawasan tertutup atau kawasan luar

iii Data JJV pada Fail 2018: Blaring Light Market Research

iv Ditakrifkan sebagai penglihatan yang selesa dalam keadaan cahaya terang.

v Data JJV pada Fail 2018: Data JJV pada Fail 2018: ACUVUE® OASYS dengan Klinikal Objektif Transitions™

vi Dikira setiap ISO-8980-3 untuk 380-460nm (Fungsi Bahaya Cahaya Biru, B(λ))  

vii Data JJV pada Fail 2018: Definisi ACUVUE® OASYS dengan Transitions™

viii Data JJV pada Fail 2018: Ciri-ciri Bahan Kanta Sentuh Jenama ACUVUE OASYS® dengan HYDRACLEAR® Plus dan kanta sentuh boleh guna semula yang lain

ix American Academy of Ophthalmology. What is Photokeratitis. Disediakan di: https://www.aao.org/eye-health/diseases/photokeratitis-snow-blindness. Diakses pada 22 Januari 2018.

x American Optometric Association. UV Protection. Disediakan di: https://www.aoa.org/patients-and-public/caring-for-your-vision/uv-protection. Diakses pada 22 Januari 2018.

xi Walls HL, Walls KL, Benke G. Eye Disease Resulting From Increased Use of Fluorescent Lighting as a Climate Change Mitigation Strategy. American Journal of Public Health. 2011;101(12):2222-2225.

Source: Essilor International
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Retail Awards