omniture

Anugerah Kreatif Muda JCS International Tahunan Kedua Disampaikan di Festival Televisyen Dunia Emmy Antarabangsa 2018

JCS International
2018-11-19 18:50 361

Presiden JCSI Michal Grayevsky Sampaikan Anugerah kepada Pembikin-pembikin Filem Muda yang Teroka Tema, "Bangkit Demi Keamanan"

NEW YORK, 19 November 2018 /PRNewswire/ -- Presiden JCS International Michal Grayevsky hari ini menyampaikan Anugerah Kreatif Muda JCS International tahunan kali kedua di Festival Televisyen Dunia Emmy Antarabangsa 2018. Ketiga-tiga pemenang - Raj Dutta dari India, Puti Puar dari Indonesia dan Shubham Upreti dari India, setiap seorang berjaya menghasilkan video klip luar biasa berdurasi 1 minit menerusi tema, "Bangkit Demi Keamanan" ("Stand Up for Peace").

Anugerah ini disampaikan kepada Cik Puar dan En. Dutta semasa Majlis Pingat Pencalonan di Festival Televisyen Dunia Emmy Antarabangsa, yang diadakan di Sofitel Hotel di pusat bandar New York. En. Upreti menerima anugerah tersebut tanpa hadir.

"Hari ini, kita meraikan individu-individu kreatif muda yang mana hasil kerja mereka mempromosi keamanan di seluruh dunia," kata Michal Grayevsky, Presiden JCS International, Ahli Lembaga International Academy dan Ketua Pegawai Komunikasi RSL Investments II Corporation. "Cabaran yang dihadapi oleh dunia kita amat besar, namun pemenang-pemenang luar biasa tahun ini memberi alasan kepada kita untuk terus berharap."

"Saya ingin melahirkan rasa syukur saya kepada Duta Ronald S. Lauder, atas kemurahan hati beliau yang memungkinkan anugerah ini menjadi kenyataan dan komitmen sekian lama beliau terhadap keamanan yang menjadi inspirasi buat kita semua," sambung Grayevsky.

CREDIT: Noa Grayevsky | Jury for 2018 JCS International Young Creatives Award: Michal Grayevsky, President, JCS International; First Lady of Panama Lorena Castillo Garcia De Varela; Patrick Connolly, SVP of Programming for AMC/SundanceTV Global; Amy Hargreaves, Actress & Producer; Mozhan Marnò, Actress & Producer; Ben Pyne, Independent Consultant, Pyne Media; Stephen Segaller, VP Programming, WNET Channel 13 and Daniel Wiedemann, Bureau Chief, Americas Office, TV Globo.

CREDIT: Noa Grayevsky | JCS International President Michal Grayevsky with Young Creatives Award winners Raj Dutta of India and Puti Puar of Indonesia
CREDIT: Noa Grayevsky | JCS International President Michal Grayevsky with Young Creatives Award winners Raj Dutta of India and Puti Puar of Indonesia
CREDIT: Noa Grayevsky  | Michal Grayevsky, President of JCS International and First Lady of Panama Lorena Castillo Garcia De Varela
CREDIT: Noa Grayevsky | Michal Grayevsky, President of JCS International and First Lady of Panama Lorena Castillo Garcia De Varela

Pemenang-pemenang Anugerah Kreatif Muda JCS International ialah Raj Dutta dari India bagi karya "Tea Shirt," yang memaparkan bagaimana kemurnian seorang kanak-kanak lelaki dapat mengingatkan kepada kita bahawa kita boleh memilih keamanan; Puti Puar dari Indonesia bagi karya "Peace is Action," satu karya animasi yang menunjukkan bagaimana kita dapat mencari keamanan dengan menentang kegiatan buli dalam talian; dan Shubham Upreti dari India bagi karya "Mr. Peace," yang menceritakan kisah tentang seorang lelaki yang jauh ditinggalkan oleh dunia yang pantas berkembang.

Anugerah Kreatif Muda JCS International dibuka kepada para peserta dari seluruh dunia berumur antara 18 dan 29 tahun. Tiga orang pemenang dipilih berdasarkan kriteria konsep, pelaksanaan, pembangunan watak dan daya kreativiti. Panel juri terdiri daripada: Michal Grayevsky, Presiden, JCS International; Wanita Pertama Panama Lorena Castillo Garcia De Varela; Patrick Connolly, Naib Presiden Kanan Pengaturcaraan untuk AMC/SundanceTV Global; Amy Hargreaves, Pelakon & Penerbit; Mozhan Marnò, Pelakon & Penerbit; Ben Pyne, Perunding Bebas, Pyne Media; Stephen Segaller, Presiden Kanan Pengaturcaraan, WNET Channel 13 dan Daniel Wiedemann, Ketua Biro, Pejabat Benua Amerika, TV Globo.

Hubungi: Office@MG745Fifth.com

Video - https://www.youtube.com/watch?v=HvFKSLDdMOc
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/786491/JCS_International.jpg
Foto -
https://mma.prnewswire.com/media/786492/JCSI_Puti_Puar___Michal_Grayevsky___Raj_Dutta.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/786493/JSCI_Michal_Grayevsky___Lorena_Castillo_de_Varela.jpg

Source: JCS International
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Awards