omniture

Penyelesaian pempakejan tersuai UNIPAC raih pengiktirafan

UNIPAC CO.,LTD.
2018-11-21 09:00 619

Dengan tapak pengeluaran kendiri terbesar di Korea dan mesin acuan suntikan bersaiz super, UNIPAC sediakan bekalan kepada syarikat-syarikat korporat tempatan dan antarabangsa

DAEGU, Korea Selatan, 21 November 2018 /PRNewswire/ -- UNIPAC CO.,LTD., yang membangunkan dan mengeluarkan pempakejan plastik (palet, bekas), menerima pengiktirafan untuk penyelesaian pempakejan tersuainya.

UNIPAC CO.,LTD.
UNIPAC CO.,LTD.

Sebagai kilang pempakejan plastik kendiri yang terbesar di Korea yang berkeluasan 46,280 m2, UNIPAC mengendalikan mesin pengacuan suntikan bersaiz super seberat 7000 tan, sebagai persiapan untuk mendepani persaingan antarabangsa. UNIPAC membangunkan kelebihan daya saingnya sebagai sebuah syarikat kimia yang mengkhusus dalam pengacuan plastik yang hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk menghasilkan pempakejan plastik yang mesra alam.

Sistem penyelesaian tersuai unik UNIPAC membolehkan pempakejan disesuaikan kepada setiap pelanggan yang telah menerima maklum balas yang positif. Kini, UNIPAC bekerjasama dengan Samsung SDI, LG chemicals, SK chemicals, Lotte Chemical, Daerim, Samyang, Hyundai Mobis, Kumho Petrochemical dan Hanwha. Ia juga merupakan syarikat pempakejan plastik Korea yang pertama memeterai perjanjian perkongsian eksklusif dengan Sumitomo Seika Polymers Korea Jepun, bagi menyediakan kesemua bekalan pempakejan.

Produk-produk plastik UNIPAC (www.upac.co.kr) memenuhi pelbagai piawaian dan tujuan industri, memenuhi spesifikasi piawaian serantau untuk Eropah dan Asia, selain beberapa bahan berpaten. Kadar pengeluaran OEM tinggi yang dapat dijayakan menerusi skala pengeluaran terbesar di Korea, membawa kepada kumpulan pelanggan yang kukuh.

Selain palet, siri kotak jumbo, kotak plastik bersaiz super besar yang dapat menampung produk pertanian dan keperluan industri yang lain, merupakan produk utama yang lain di UNIPAC. Siri kotak tersebut popular di peringkat tempatan dan antarabangsa memandangkan ia menggunakan bahan-bahan PPC berkualiti tinggi yang selamat untuk agen cecair dan bahan kimia, serta berupaya mengedar, menyimpan dan mengangkut dengan berkesan makanan dan produk pertanian serta bahan-bahan mentah industri yang lain.

UNIPAC ialah satu-satunya pengeluar tong sampah paras 1100L di Korea. Pelaburan berterusan UNIPAC dalam teknologi mesra alam telah membawa kepada pengumpulan sisa makanan yang sistemik dan produk-produk berkaitan seperti kontena isihan kitar semula dan penyangga sampah untuk sistem pengumpulan automatik.

Seorang pegawai UNIPAC mengulas: "UNIPAC menyediakan penyelesaian pempakejan menyeluruh bermula dengan mereka bentuk kepada produk akhir, memenuhi ciri-ciri setiap industri, menyediakan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang memenuhi kehendak semua pelanggan." Beliau menambah, "Kami menyasarkan untuk meluaskan kumpulan pasaran kami di luar Korea; menerusi pengalaman lama kami dan teknologi terkini dalam pempakejan plastik, termasuk produk mesra alam, kami bersedia untuk menembusi pasaran global termasuk Asia dan Australia."

Untuk maklumat lanjut:
UNIPAC(www.upac.co.kr), info@upac.co.kr

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181112/2296620-1

Source: UNIPAC CO.,LTD.
Related Links:
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Green Technology Paper/Forest Products/Containers Transportation