omniture

Publicis.Sapient Lantik Sarah Adam-Gedge sebagai Pengarah Urusan Australia

Publicis.Sapient
2018-11-23 05:00 1151

SYDNEY, 21 November 2018 /PRNewswire/ -- Publicis.Sapient, hab transformasi perniagaan digital Publicis Groupe, menumpu untuk bekerjasama dengan pelanggan-pelanggan bagi memajukan prestasi perniagaan mereka dan mengekalkan perkaitan pasaran, hari ini mengumumkan pelantikan Sarah Adam-Gedge sebagai Pengarah Urusan, Australia.


Adam-Gedge ialah pemimpin terbukti dengan pengalaman eksekutif selama tiga dekad dalam memimpin firma-firma teknologi dan perundingan dalam pasaran. Terdahulu, beliau menyertai Avanade Australia, yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan sebelumnya merupakan Rakan Pengurusan dan Naib Presiden Perkhidmatan Perniagaan Global di IBM selain memegang jawatan-jawatan kanan di PwC dan Arthur Andersen. Adam-Gedge pernah memimpin pembangunan dan pelaksanaan pelbagai penglibatan transformasi perusahaaan digital untuk pelanggan-pelanggan termasuk Treasury Wine Estates, NBN, Commonwealth Bank (CBA), Open Universities Australia, MMG, AGL Energy dan Stockland.

Pelantikan tersebut dibuat pada detik penting dalam evolusi Publicis.Sapient di Australia, tatkala ia berkembang bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk rakan kongsi yang membantu pelanggan memastikan mereka berjaya memperbaharui semula dan mengubah perniagaan mereka untuk era digital. Adam-Gedge akan bertanggungjawab untuk membina hubungan ini bagi mencipta nilai eksponen untuk pelanggan dengan merungkai pertumbuhan dan meningkatkan kecekapan. Beliau akan memacu reputasi Publicis.Sapient ke hadapan dalam pasaran kerana membawakan inisiatif-inisiatif transformasi pelanggan melalui kombinasi uniknya antara teknologi, sains data, kreativiti dan kepakaran industri mendalam.

Adam-Gedge akan melapor diri kepada Nigel Vaz, Ketua Pegawai Eksekutif Publicis.Sapient International dan Ketua Global Publicis Groupe untuk transformasi perniagaan digital. Beliau menyertai Pasukan Kepimpinan Antarabangsa Publicis.Sapient dan akan bekerja bersama-sama kepimpinan Publicis.Sapient Australia sedia ada.

"Sarah ialah bakat luar biasa yang mempunyai reputasi kukuh dalam membina dan mengembangkan perniagaan Australia. Pengalaman dan kekuatan beliau dalam bidang teknologi dan perundingan, hubungan jawatan tertinggi yang mantap serta reputasi peribadi dalam pasaran menjadikan beliau sebagai individu sempurna untuk membawa Publicis.Sapient ke tahap seterusnya di Australia dan bagi mempercepatkan perniagaan pelanggan kami demi memastikan mereka berjaya menjalani transformasi untuk era digital. Saya teruja dengan pengalaman dan kepelbagaian perspektif yang akan ditambah oleh beliau ke dalam pasukan kami," kata Nigel Vaz.

Sarah Adam-Gedge mengulas: "Saya berasa gembira untuk menyertai Publicis.Sapient pada detik yang amat penting dalam evolusinya dan untuk membantu membina reputasi bagi membantu perniagaan-perniagaan mencipta semula dan mengubah syarikat-syarikat mereka untuk kekal bersaing dengan dunia yang pesat berubah. Sebagai sebahagian daripada Publicis Groupe, menerusi komitmennya terhadap kreativiti dan teknologi dalam perkhidmatan melibatkan penglibatan pelanggan yang unggul. Saya berharap dapat membantu mencetuskan impak penting kepada pelanggan-pelanggan kami."

Latar Belakang Publicis.Sapient
Publicis.Sapient, hab transformasi perniagaan digital Publicis Groupe, membantu pelanggan memacu pertumbuhan dan kecekapan serta mengembangkan cara mereka bekerja, dalam dunia yang mana tingkahlaku pengguna dan teknologi memangkinkan perubahan sosial dan komersial pada kadar kemajuan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Dengan 19,000 kakitangan dan lebih 100 pejabat di seluruh dunia, kepakaran kami mencakupi teknologi, sains data, perundingan dan kreativiti membolehkan kami menyediakan inisiatif-inisiatif transformasi kompleks yang dapat mempercepatkan perniagaan pelanggan kami melalui penciptaan produk dan perkhidmatan yang diharapkan oleh pelanggan mereka. Untuk maklumat lanjut, layari www.publicis.sapient.com. 

Hubungi

Craig Smith        

Publicis.Sapient

+ 44 (0)7554 000820

csmith@sapient.com

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/787999/Sarah_Adam_Gedge.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/655800/Publicis_Sapient_Logo.jpg

Source: Publicis.Sapient
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Personnel announcements