omniture

Misi Proya untuk ulang tahun ke-15: Biarkan dunia lihat "Kecantikan China"

Proya
2018-11-23 09:04 605

HANGZHOU, China, 23 November 2018 /PRNewswire/ -- Proya (SHA: 603605), syarikat kosmetik Nombor 1 dalam pasaran saham-A China, mengadakan sambutan ulang tahun ke-15 bertemakan "Gala Ulang Tahun ke-15 PROYA Mengindahkan Masa Depan" di Hangzhou pada 19 November.

Proya’s four ambassadors attend the celebration
Proya’s four ambassadors attend the celebration

Barisan tetamu terkenal menandakan lembaran seterusnya dalam dunia kecantikan Proya

Duta-duta jenama Proya, Li Yifeng dan Tang Yan, rakan jenama Proya Liu Yinglun, duta jenama Uzero Barbie Hsu serta barisan selebriti Cina yang ternama, antaranya, Harlem Yu, Jane Zhang, Yu Quan, Hua Shao, MoMo Wu, Fu Disheng, Lil Em dan Zhou Shen, hadir dalam majlis sambutan. Pengerusi Proya, Hou Juncheng, Ketua Pegawai Eksekutif Fang Yuyou dan naib pengurus besar Cao Liangguo membuat kemunculan mereka dengan mengenakan pakaian "Iron Man" bagi mengejutkan hadirin.

Proya founders make their entree decked out in “Iron Man” suits, announcing the formal opening of Proya Tower
Proya founders make their entree decked out in “Iron Man” suits, announcing the formal opening of Proya Tower

Presiden Cosmetica Italia, Renato Ancorotti dan datuk bandar bagi bandar Chartres, Perancis Didier Garnier, selain pemimpin-pemimpin berwibawa daripada industri kosmetik seluruh dunia, menyampaikan ucapan selamat mereka sempena ulang tahun ke-15 Proya dalam banyak bahasa.

Menara Proya dibuka, cipta mercu tanda baharu yang indah di Hangzhou

Dalam sambutan tersebut, apabila cap jari yang memancarkan tiga "Iron Men" disatukan pada layar besar, ciptaan semula maya bagi Menara Proya di tengah-tengah pentas dinaikkan secara perlahan-lahan, menandakan pembukaan rasmi bangunan tersebut.

Pembinaan Menara Proya, yang terletak di persimpangan Jalan Xixi dan Gudun, bermula pada 10 September 2015. Direka oleh firma seni bina berpangkalan di AS, NBBJ, Menara Proya menggabungkan bahan-bahan binaan yang berasal daripada sumber-sumber yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, selain reka bentuk yang hebat dan penting untuk budaya. Dengan 14 tingkat dari permukaan tanah dan 2 tingkat di bawahnya, Menara Proya melibatkan enam bangunan yang dikhususkan dan kawasan di sekelilingnya: sebuah bangunan yang menempatkan kompleks kecantikan, dewan pengalaman kosmetik tersendiri, pusat antipenuaan pembedahan plastik, galeri seni, dataran muzik ruang terbuka dan bangunan pejabat mewah, selain bangunan pejabat utama.

Spring Bud Plan dimulakan: keikhlasan kasih sayang yang abadi

Sebagai duta kasih sayang Spring Bud Plan, duta jenama Proya, Li Yifeng berserta kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam Spring Bud Plan, memulakan acara-acara kepentingan awam yang menjadi sebahagian daripada Proya & Spring Bud Plan.

Sejak ditubuhkan, Proya komited terhadap keperluan kecantikan sekaligus menjadikan "semangat kecantikan" sebagai tanggungjawab sosialnya. Selama bertahun-tahun, Proya aktif mengambil bahagian dalam kempen-kempen kebajikan awam termasuk menjalankan program-program kebajikan awam wanita dengan kerjasama UN Women, membantu membina Sekolah-sekolah Rendah Harapan sebagai sebahagian daripada Projek Harapan (Project Hope), memberi sumbangan kepada kawasan-kawasan yang dilanda gempa bumi dan mempromosi perlindungan terhadap alam sekitar.

Susulan 15 tahun mengalami pembangunan dan pertumbuhan yang pesat serta berpandangan jauh, Proya bukan sahaja memberi peluang kepada pengguna-pengguna untuk memahami potensi syarikat yang tidak terbatas, tetapi juga membolehkan mereka berasa bangga dengan produk-produk kosmetik buatan Cina. Menuju masa depan, Proya merancang untuk meneruskan usaha-usahanya bagi mencapai globalisasi dalam industri kosmetik China, agar dunia dapat melihat kuasa "Kecantikan China"!

Foto-https://photos.prnasia.com/prnh/20181120/2303990-1-a
Foto-https://photos.prnasia.com/prnh/20181120/2303990-1-b

Source: Proya
Related Stocks:
Shanghai:603605
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion