omniture

Suning International Perkenal Falsafah Kehidupan "Komuniti Global Kurator", Lancarkan Pengalaman Butik Pengumpulan, Penemuan dan Perkongsian

Suning Holdings Group
2018-11-26 09:44 1100

SHANGHAI, 26 November 2018 / PRNewswire / - Pada 22 November, Suning International melancarkan pamerannya di Salone del Mobile.Milano Shanghai 2018, dan sebagai rakan strategik utama acara memberikan ilustrasi komprehensif mengenai "Komuniti Kurator Global" dengan tema falsafah gaya hidup "Issue: 01 – Found Goods From Italy." Melalui senario pengalaman berbilang deria yang dikuasakan oleh runcit pintar dan pameran imersif yang sepadan dengan tuntutan peribadi pengguna bandar, Suning International berhasrat untuk mewujudkan pandangan asli dunia dengan berkongsi konsep semangat dan kurator. Dengan membawakan jenama-jenama butik yang pelbagai dan inspirasi kepada peminat gaya hidup Itali yang melawat pameran, Suning International meneroka peluang untuk berkembang dalam pasaran dan trend penggunaan gaya hidup Cina.

Suning International melancarkan pamerannya di Salone del Mobile.Milano Shanghai 2018
Suning International melancarkan pamerannya di Salone del Mobile.Milano Shanghai 2018

Dengan perkembangan kelas pertengahan, pengguna semakin menumpukan pada pengalaman membeli-belah berasaskan senario memandangkan mereka mencari lebih banyak produk premium di peringkat global. Membeli-belah bukan sahaja tingkah laku penggunaan, tetapi juga proses ekspresi diri, penerokaan dan perkongsian. Dengan fikiran sedemikian, Suning International berhasrat untuk mewujudkan "Komuniti Kurator Global", iaitu kumpulan orang, cerita, produk dan budaya yang memberi inspirasi. Ini membolehkan pengguna menjadi kurator kehidupan mereka sendiri dengan mengumpulkan cerita dan barangan dari seluruh dunia dan berkongsi kegembiraan memperolehi perkara yang dihargai dan menyulam setiap hari biasa dengan inspirasi.

Tetamu (dari kiri ke kanan): Steven ZHANG, Presiden Suning International; Young KIM, Rakan Kongsi dan Pengarah Kreatif Prophet Asia; Beryl HSU, profesional media; Alex Sun, profesional media, pencipta platform We Media "C'est La Vie"
Tetamu (dari kiri ke kanan): Steven ZHANG, Presiden Suning International; Young KIM, Rakan Kongsi dan Pengarah Kreatif Prophet Asia; Beryl HSU, profesional media; Alex Sun, profesional media, pencipta platform We Media "C'est La Vie"

Steven Zhang, Presiden Suning International, berkata, "Generasi muda ingin mengalami dunia dengan cara mereka sendiri. Suning International meneroka model hubungan baharu dengan para pengguna. Melalui senario pengalaman yang inovatif dan pengalaman membeli-belah yang dikongsi bersama, Suning International menyasarkan untuk menawarkan lebih daripada sekadar produk, memasukkan nilai pelbagai dimensi seperti budaya jenama, konsep reka bentuk dan ciri-ciri peribadi. Ini bukan sahaja membantu kami menganjurkan gaya hidup global yang menarik kepada pengguna, tetapi juga menjadikan pengguna peminat, pemberi promosi dan peserta bagi jenama."

Beryl Hsu, Ketua Pengarang IDEAT China, berkata, "Generasi pasca-85 hingga 95 kini menjadi kuasa pengguna utama, di mana pengguna pertengahan dan mewah memainkan peranan utama. Mereka ingin tahu tentang penerokaan perkara baharu dan bersedia untuk membayar hobi mereka. Mereka mengharapkan lebih banyak pengalaman di luar talian dan berminat dengan cerita jenama atau produk. Dengan memanfaatkan keutamaan pengguna, 'Isu: 01' mencipta ruang pengalaman dan bercerita yang menyenangkan."

Young Kim, Rakan Kongsi dan Pengarah Kreatif Prophet Asia, berkata, "Kami melaksanakan tinjauan untuk Indeks Kolerasi Jenama dan mendapati pengguna lebih menginginkan sesuatu yang melangkaui produk, mereka juga mahukan ikatan emosi dan inspirasi. Melalui paparan kurator produk, 'Issue: 01 ', projek oleh Suning membolehkan pengguna mengalami gaya kontinental yang halus."

Alex Sun, Ketua Pegawai Eksekutif Marie Claire China serta Pengasas We Media Platform "Sai LaVie" berkata, "Saya peminat gaya hidup kontinental dan telah mengumpul banyak barangan yang menarik. Sebenarnya, wujudnya sebuah kisah, memori, atau dialog dengan emosi anda sendiri di sebalik setiap barangan yang anda miliki."

Suning International membentangkan gaya hidup kontinental butik
Suning International membentangkan gaya hidup kontinental butik

Di Salone del Mobile.Milano Shanghai, Suning International menyajikan gaya hidup continental butik melalui kedua-dua paparan statik dan pengalaman interaktif. Dari perspektif kedua-dua lelaki dan wanita, sesi paparan statik menceduk detik-detik daripada satu hari biasa dua kurator mendokumentasikan pelbagai tempoh kehidupan seharian mereka, dari awal pagi hingga tengah malam. Ia mempamerkan reka bentuk dan kualiti yang indah dan romantis yang diwujudkan oleh beberapa jenama, termasuk Marvis, Proraso, Savinelli, Fabbri 1905, domo, Gabbiano, CECI, Versace Home, Sicis dan KIKO MILANO. Pengunjung juga boleh menemui unsur klasik biru dan hitam kelab bola sepak legenda FC Internazionale Milano, yang menambah daya hidup yang bersemangat di tapak pameran.

Sementara itu, pengunjung akan tertarik dengan zon pengalaman interaktif, di mana mereka boleh mencium aroma espresso dari cangkir kopi Bialetti yang lemak, menikmati wangian Davines, menyentuh kulit lembut Meli Melo, mencatat kenangan mereka di Moleskine dan mengalami semangat TECHNOGYM. Semasa menikmati reka bentuk yang sempurna dan hebat serta estetika kehidupan romantis, mengapa tidak manjakan diri anda dengan gelato yang sebenar, seperti Audrey Hepburn dalam Roman Holiday di Piazza di Spagna.

Pengunjung boleh mengalami pengalaman interaktif di pameran
Pengunjung boleh mengalami pengalaman interaktif di pameran

Di samping pengalaman di lokasi, pengguna boleh mencipta gaya hidup peribadi mereka sendiri "Issue" menerusi program mini WeChat "Issue: 01 – Found Goods From Italy" untuk berkongsi cerita tentang barangan dan kegembiraan yang mereka harapkan dalam mengumpulnya. Steven menambah, "Kami percaya bahawa dengan memanfaatkan kelebihan Suning dalam talian dan luar talian, kami dapat menyediakan lebih banyak peluang inovasi dalam pasaran tempatan untuk jenama dan produk butik dari seluruh dunia."

Semasa pameran, Suning International akan membuka kedai sementara gaya hidup di hotel Bellagio Shanghai, menyediakan ruang untuk komunikasi, interaksi dan perkongsian untuk pengguna yang menyukai reka bentuk dan estetika hidup luar negara. Satu siri acara sementara Suning International akan melawat pelbagai bandar raya pada masa akan datang dan menampilkan inspirasi reka bentuk mewah dan jenama mewah untuk mencerminkan pemandangan kehidupan harian yang indah.

Latar Belakang Suning International

Sebagai salah satu anak syarikat strategik Suning yang paling fokus untuk mempercepatkan globalisasi Kumpulan, Suning International komited kepada pengembangan perniagaan antarabangsa Suning dengan konsep teras "Suning Global, Dibina untuk Bertahan". Selama bertahun-tahun, Suning International telah memajukan komitmennya untuk terus "berkhidmat kepada dunia" dengan sebenar-benarnya dengan mempromosikan kerjasama perniagaan antarabangsa, mengoptimumkan pembinaan rantaian bekalan di luar negara, membangunkan kerjasama teknikal transnasional, dan menjalankan pelaburan syarikat dan M & A, dengan sumber dan platform yang semakin maju daripada ekosistem pelbagai industri Suning. Suning International kini telah mempunyai kehadiran di seluruh benua dan rantau di seluruh dunia dengan bilangan cawangan dan pejabat perniagaan yang ditubuhkan atau dalam proses termasuk pusat R & D di Silicon Valley dengan penekanan penuh terhadap inovasi teknologi, menjual jenama LAOX di Jepun dan cawangan Suning di Hong Kong.

Latar Belakang Suning

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning Holdings Group ialah salah satu syarikat komersil terkemuka di China, dengan dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2018, syarikat menduduki tempat kedua di kalangan 500 syarikat milik bukan kerajaan terbesar China untuk tahun ketiga berturut-turut, dengan pendapatan tahunan RMB 557.875 bilion (kira-kira EUR 69 bilion). Dengan misi "Memimpin Ekosistem Merentas Industri Dengan Mencipta Kualiti Hidup Elit untuk Semua", Suning menjadi semakin mantap, meluaskan perniagaan utamanya melalui industri menegak yang pelbagai: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Harta Tanah , Sukan, Media & Hiburan, dan Pelaburan. Suning.com disenaraikan di Fortune Global 500 pada tahun 2017 dan 2018.

www.suningholdings.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181123/2308059-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181123/2308059-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181123/2308059-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181123/2308059-1-d

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news