omniture

Penginovasi Walid Albanna Berjaya dalam Musim 10 Bersejarah Stars of Science Qatar Foundation

Stars of Science
2018-11-26 09:49 938

DOHA, Qatar, 26 November 2018 /PRNewswire/ --

Stars of Science mengumumkan Walid Albanna sebagai penginovasi terbaik dunia Arab semasa Peringkat Akhir Musim 10 rancangan tersebut. Penginovasi yang paling disukai dalam kalangan juri, penginovasi dan orang ramai, pakar bedah saraf Palestin yang berusia 35 tahun ini berjaya mengatasi persaingan dalam episod terakhir yang hangat bagi musim terkini rancangan TV realiti didik hibur Qatar Foundation (QF) di Taman Sains dan Teknologi Qatar (QSTP) di Doha, Qatar.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/8453051-walid-albanna-triumphs-in-stars-of-science/

generated by system

Video: 
     http://www.multivu.com/players/uk/8453051-walid-albanna-triumphs-in-stars-of-science/

Menjelang pertandingan Peringkat Akhir pada hari Sabtu, peminat-peminat setia rancangan tersebut dan penggemar-penggemar sains dan teknologi melayari internet untuk mengundi salah satu daripada empat finalis. Undian awam dalam talian, digabungkan dengan undian juri pakar, memberikan Walid dengan skor 32.5 peratus untuk "Penganalisis Retina Neurovaskular". Kamera retina boleh pakai pintar berkenaan meningkatkan kualiti jagaan susulan untuk pesakit-pesakit yang pernah mengalami strok dan berjaya menempatkan Waleed di kedudukan pertama dengan pelaburan sebanyak $300,000.

"Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini," kata Walid. "Saya ingin melahirkan rasa setinggi-tinggi syukur kepada Qatar Foundation, Stars of Science, keluarga dan rakan-rakan saya serta semua pihak yang menyokong saya sepanjang perjalanan seumur hidup ini; dan kepada semua kanak-kanak di luar sana dengan minda yang penuh dengan idea-idea mengagumkan berhubung cara untuk meningkatkan kehidupan seluruh dunia, sentiasalah ingat bahawa idea anda penting dan semenangnya wajar untuk diterokai! Sekiranya saya dapat melakukannya, pastinya mereka pun dapat melakukannya."

Nour Majbour, pencipta "Kit Pengesanan Awal Parkinson" berjaya menduduki tempat kedua yang sememangnya layak dengan gabungan skor sebanyak 31.3 peratus, dan melayakkan Nour meraih $150,000. Penginovasi Sylia Khecheni menduduki tempat ketiga dengan skor sebanyak 30.1 peratus. "Penghalang Dron Privasi Kediaman" melayakkan beliau untuk meraih hadiah wang bernilai $100,000. Salim Al Kaabi menduduki tempat keempat, seraya melayakkan beliau untuk dianugerahkan sebanyak $50,000, dengan skor sebanyak 6.1 peratus menerusi "Varnis Setanggi Selamat untuk Artis."

Belia Arab seluruh dunia yang berminat dalam sains, inovasi, teknologi dan keusahawanan digalakkan memohon untuk dipertimbangkan bagi kemasukan musim seterusnya dalam Stars of Science. Permohonan dalam talian akan ditutup pada 15 Disember. Permohonan perlu dihantar melalui laman sesawang rasmi Stars of Science di http://www.starsofscience.com

Mariam Diefallah, Weber Shandwick, MDiefallah@webershandwick.com, +974-6683-6932

Sumber: Stars of Science

Source: Stars of Science
Keywords: Entertainment