omniture

Pujian Tertinggi untuk Sidang Kemuncak Pelaburan Pejabat Keluarga Global ke-7 di Dubai

Detik Kejayaan Penting Anthony Ritossa Tarik Perhatian Hadirin VIP Kehormat yang Memecah Rekod
Ritossa Family Office
2018-11-26 11:23 1033

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, Nov. 26, 2018 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Pelaburan Pejabat Keluarga Global ke-7 yang amat dinanti-nantikan melabuhkan tirainya di Dubai dengan menerima tepukan gemuruh daripada lebih 400 tetamu VIP yang teruja untuk turut serta dalam perhimpunan pejabat keluarga global yang terbesar dan paling eksklusif sepanjang zaman.

Anthony_Ritossa_Crowning_Moment_VIP_Attendees
Anthony_Ritossa_Crowning_Moment_VIP_Attendees

Kumpulan elit Jutawan, Sheikh, Keluarga Diraja dan Pemimpin Perniagaan dari seluruh dunia berhimpun di Four Seasons Resort Jumeirah Beach di bawah Naungan Tinggi Yang Maha Mulia Sheikh Ahmed Al Maktoum. Mewakili kekayaan pelabur sebanyak lebih $2 trilion, kumpulan ini mendapat manfaat daripada pandangan 90 penceramah ternama dari seluruh dunia dengan kepakaran unik dalam bidang-bidang penting seperti tema pelaburan, dinamik keluarga dan matlamat masa depan.

"Sememangnya ia merupakan satu penghormatan kerana sekali lagi dapat menganjurkan Sidang Kemuncak Dubai yang amat berjaya dan saya menghargai sokongan daripada semua pemimpin dunia yang menghadiri dan membantu memastikan kejayaan acara ini," kata Anthony Ritossa, Pengerusi Ritossa Family Office, sebuah perniagaan keluarga yang berusia 600 tahun yang bermula sejak Empayar Venice di Eropah.

"Acara Sidang Kemuncak Pejabat Keluarga Global ke-7 di Dubai merupakan kejayaan paling penting untuk Anthony Ritossa dan semua pihak yang mengambil bahagian. Tidak hairanlah bahawa acara ini dikenali sebagai perhimpunan pejabat keluarga seluruh dunia yang terbesar dan paling eksklusif sepanjang zaman dan ia merupakan satu penghormatan untuk memberi naungan kepada acara yang begitu hebat. Seperti mana Sidang-sidang Kemuncak terdahulu, banyak keluarga terkenal dari seluruh dunia berhimpun untuk menyertai perbincangan peringkat tinggi tentang cara untuk memperkayakan legasi keluarga, berkembang dan mengekalkan kekayaan serta berkongsi idea. Kami tidak sabar-sabar menantikan acara-acara masa depan," kata Mohamed Al Ali, Ketua Pegawai Eksekutif & Penasihat, Sheikh Ahmed Al Maktoum International Investments Enterprise, UAE.

"Saya berasa amat gembira untuk menyertai sidang kemuncak ke-7 di Dubai, sebagai ahli panel dan peserta. Saya dapat bertemu dengan ramai individu menarik dan berasa gembira kerana dapat mendengar begitu banyak idea dan pandangan. Ia merupakan sebuah acara yang hebat," kata Duli Yang Teramat Mulia Putera Michel de Yougoslavi, Monaco.

"Sidang kemuncak pejabat keluarga global ke-7 di bawah naungan Sheikh Ahmed Al Maktoum menunjukkan satu lagi pertumbuhan yang berjaya terhadap inisiatif dan visi Anthony untuk menghubungkan dan menghimpunkan UHNWI, Pelabur dan pejabat keluarga dengan trend pasaran terkini dan syarikat-syarikat teknologi. Saya pernah menghadiri tiga edisi terdahulu acara ini dan telah menyaksikan audiens, tempat, kualiti dan subjek panel yang luar biasa disediakan sebagai perbincangan terbuka. Kami tidak sabra-sabar menantikan kejutan edisi sidang kemuncak seterusnya," kata Faris M. Al Tahtamooni, Pengurus Kanan - Usaha Sama Antarabangsa, The Private Office of Sheikh Saeed Al Maktoum, UAE.

"Anthony Ritossa sekali menaikkan penanda aras dan melangkaui jangkaan. Ia benar-benar satu penghormatan buat saya untuk menjadi sebahagian daripada lembaga penasihat dalam sidang kemuncak pelaburan pejabat keluarga global yang sememangnya menjadi perhimpunan pejabat keluarga yang paling berprestij di dunia.

Sidang kemuncak Dubai ini jelas sekali membuka peluang perniagaan kepada Timur Tengah untuk pejabat-pejabat keluarga yang mengambil bahagian dan delegasi mereka dan lokasi tersebut menjadi tapak pameran yang sempurna untuk Dubai khususnya di mata mereka yang belum pernah berada di sini sebelum ini seperti saya," kata Giuseppe Ambrosio, Presiden Persatuan Antarabangsa Pejabat Keluarga Tunggal & Berbilang Monaco.

"Ini merupakan satu-satunya sidang kemuncak global di Dubai yang mana kemewahan dan pengaruh menggabungkan kuasa sinergi bagi melonjakkan platform-platform perintis melibatkan perdagangan, kekayaan dan peluang-peluang yang tidak terkira banyaknya menjadi perniagaan global yang disruptif untuk masa depan," kata Sheila Barry Driscoll daripada The Billionaire Foundation.

Sidang Kemuncak Ritossa sememangnya merupakan sidang kemuncak pelaburan terbaik dengan individu-individu hebat dan kualiti pengeluaran yang tinggi serta perdebatan pintar dan atas sebab inilah kami berbangga dapat menjadi penaja utama buat kali ketiga. Kali ini di Dubai, debat tersebut menumpu pada trend-trend utama yang mana salah satunya merupakan kemunculan sekuriti disokong aset sebagai instrumen yang boleh didagangkan yang menawarkan pelbagai pilihan strategi pelaburan alternatif," kata Nick Ayton, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Chainstarter & Penasihat Kripto Pejabat Keluarga, United Kingdom. 

Sama seperti kesemua Sidang Kemuncak Pelaburan Pejabat Keluarga Ritossa, Sidang Kemuncak Dubai tersebut menumpu pada perbincangan persendirian, atas jemputan dan antara rakan ke rakan, perangkaian dan kepimpinan pemikiran rentas sempadan yang bertujuan untuk mendidik keluarga-keluarga yang penting dan besar tentang apa yang perlu diperhatikan dan bagaimana mereka melabur. Sesi-sesi penting termasuk: Peralihan & Dinasti Keluarga; Tumpuan pada Timur Tengah sebagai Pemimpin Dunia; Kecerdasan Buatan & Pembelajaran Berasaskan Mesin; Kemunculan Mata Wang Kripto; dan Impak, ESG & Pelaburan Kemampanan.

Untuk butiran tentang Sidang Kemuncak Pejabat Keluarga Global masa depan sila emelkan kepada – info@RitossaSummits.com atau layari www.RitossaSummits.com.

Untuk melihat senarai peserta acara Dubai, sila layari - http://ritossasummits.com/agenda.pdf.

Hubungan Media:
Charlotte Luer
+1-239-404-6785
cluer@ljhfm.com

 

 

Source: Ritossa Family Office
Keywords: Banking/Financial Service OTC/SmallCap IRW Trade show news