![]() |
Program Rakan Kongsi Bright Pattern sediakan laluan pantas raih pendapatan kepada penjual bernilai tambah (VAR) dan penyedia penyelesaian dengan satu-satunya penyelesaian pusat perhubungan omnisaluran utamakan awan dalam industri
SAN BRUNO, California, 27 November 2018 /PRNewswire/ -- Bright Pattern, penyedia utama bagi perisian pusat perhubungan awan omnisaluran, hari ini memperkenalkan program rakan kongsinya yang diwujudkan untuk memacu peluang perniagaan baharu dan meningkatkan keuntungan kepada penjual bernilai tambah (VAR), menawarkan sehingga 50% margin lebih tinggi berbanding penyedia pusat perhubungan yang lain.
Perisian kelas perusahaan generasi seterusnya dicipta oleh beberapa pemimpin dan jurutera terkemuka yang membantu membangunkan Genesys untuk perusahaan. Kini, ia disediakan kepada semua saiz syarikat melalui platform tunggal yang mudah digunakan. Dengan menyediakan sokongan berterusan dan akses kepada sumber dalam dan dokumentasi, Program Rakan Kongsi Bright Pattern membantu rakan-rakan kongsi menemui peluang baharu, memperoleh perniagaan baharu, menggunakan penyelesaian yang menguntungkan dan membangunkan kepakaran yang diperlukan untuk cemerlang dalam industri pengalaman pelanggan.
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Bright Pattern bagi membawakan penyelesaian pusat perhubungan awan yang terbaik dalam kelasnya kepada semua saiz perniagaan," kata Jitender Singh, Naib Presiden Kanan Jualan dan Penyelesaian Awan di Conduit Global. "Perkongsian ini memberikan pelanggan kami dengan pengurusan saluran digital yang sebenar."
Faedah-faedah daripada Program Rakan Kongsi Bright Pattern:
"Bright Pattern memberi keupayaan kepada Waterfield Technologies untuk memberi pengalaman yang tekal dan lancar merentas semua saluran dengan keterlihatan masa sebenar terhadap prestasi saluran," kata Howard Leary, Naib Presiden Perundingan Penyelesaian di Waterfield Technologies. "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Bright Pattern bagi membawa pilihan yang menjimatkan kos kepada pelanggan yang ingin beralih atau melaksanakan pusat perhubungan yang mengutamakan awan."
"Program Perkongsian Bright Pattern adalah sesuai untuk rakan-rakan kongsi yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan bersaiz sederhana dan perusahaan dengan tumpuan pada transformasi digital dan sokongan omnisaluran," kata Brian Hays, Naib Presiden Kanan Jualan Global di Bright Pattern. "Rakan-rakan kongsi Bright Pattern menerima insentif berharga yang bertujuan untuk memperluas saluran, meningkatkan margin dan mengembangkan perniagaan mereka. Insentif-insentif ini termasuk peluang-peluang promosi bersama, webinar dan penyertaan pameran perdagangan serta akses kepada perpustakaan kami dengan kandungan berjenama untuk digunakan dalam aktiviti-aktiviti penjanaan permintaan."
Kunjungi Halaman Program Rakan Kongsi Bright Pattern untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar bagi menjadi rakan kongsi hari ini!
Latar Belakang Bright Pattern
Bright Pattern menyediakan pusat perhubungan yang paling ringkas dan berkuasa untuk syarikat-syarikat bersaiz sederhana dan perusahaan. Dengan tujuan untuk menjadikan khidmat pelanggan lebih pintar, lebih mudah dan lebih pantas berbanding sebelum ini, Bright Pattern menawarkan satu-satunya platform awan omnisaluran sebenar yang boleh digunakan dengan cepat dan pantas oleh pengguna-pengguna perniagaan. Bright Pattern membolehkan syarikat-syarikat menawarkan pengalaman pelanggan yang mudah, bersifat diperibadikan dan lancar merentas saluran tradisional seperti suara, kiriman pesanan, sembang, emel, video, penyampai dan bot. Syarikat ditubuhkan oleh sepasukan veteran industri yang mempelopori penyelesaian di premis yang utama dan hari ini menyediakan seni bina untuk masa depan melalui pendekatan mengutamakan awan termaju. Penyelesaian pusat perhubungan awan Bright Pattern digunakan di seluruh dunia di lebih 26 negara dan dalam 12 bahasa.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/634980/Bright_Pattern___Logo.jpg