DAVIS, California, 28 November 2018 /PRNewswire/ -- Agrinos, pembekal input tanaman biologi terkemuka yang komited untuk meningkatkan produktiviti dan kelestarian pertanian seluruh dunia, mengumumkan Matthias Schulze bakal menyertai syarikat sebagai naib presiden eksekutif, Eropah dan Afrika.
Schulze akan memimpin unit perniagaan Eropah dan Afrika, memantau semua aspek aktiviti komersial Agrinos merentas dua benua tersebut termasuk jualan, pemasaran, pengedaran dan operasi. Beliau akan turut berkhidmat untuk Pasukan Kepimpinan Global Agrinos dan memainkan peranan penting dalam melaksanakan strategi perniagaan jangka panjang syarikat di kawasan-kawasan sasaran rantau berkenaan.
"Kami amat berbesar hati dengan kehadiran Matthias untuk menyertai pasukan kami dan memimpin operasi-operasi dalam pasaran-pasaran penting ini," kata Kevin Helash, Ketua Pegawai Eksekutif Agrinos. "Pengalaman dan kepakaran beliau yang mendalam dalam pengurusan, kepimpinan pasukan dan pertanian akan membantu mendorong perniagaan kami untuk terus maju di Eropah dan Afrika."
Sebelum menyertai Agrinos, Schulze berkhidmat sebagai pengarah jualan dan pemasaran di Eropah untuk K+S KALI GmbH. Beliau membawa pengalaman dalam industri pertanian selama lebih dua puluh tahun untuk jawatan beliau di Agrinos, pernah berkhidmat menerusi pelbagai peranan termasuk pengurusan produk, pengurusan eksport, kepimpinan jualan dan pemasaran serta projek pembangunan perniagaan.
"Input tanaman biologi memperlihatkan kemajuan yang benar-benar revolusioner dan pesat berkembang dalam pengeluaran pertanian di seluruh dunia," kata Schulze. "Agrinos mempunyai kedudukan unik dalam segmen pasaran ini dan hebat rasanya dapat menyertai sebuah syarikat yang akan terus memacu penggunaan teknologi dan meningkatkan kecekapan pengeluaran tanaman."
Latar Belakang Agrinos
Agrinos ialah pembekal input tanaman biologi yang komited untuk meningkatkan produktiviti dan kelestarian pertanian moden. Rangkaian produk biobaja dan bioperangsang daripada Agrinos membantu petani-petani mengamalkan pertanian yang menguntungkan dengan menyediakan produktiviti tanaman yang dipertingkat, kecekapan baja konvensional yang bertambah baik dan jejak alam sekitar yang dikurangkan.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/786966/Agrinos_Matthias_Schulze.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/237074/agrinos___logo.jpg