omniture

VFS Global Menang Kontrak Visa Global untuk Belanda

VFS Global
2018-11-28 12:49 771

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 28 November 2018 /PRNewswire/ --

  • Lanjut perkhidmatan visa untuk Belanda  
  • Beroperasi di lapan daripada sembilan wilayah  

Kementerian Luar Negeri Kerajaan Belanda telah menganugerahkan tender global kepada VFS Global untuk menyediakan perkhidmatan visa di lapan daripada sembilan wilayah seluruh dunia. Di bawah mandat baharu ini, VFS Global akan melanjutkan operasi-operasinya bagi pihak Kerajaan Belanda di serata dunia dengan lebih meluas.

VFS Global akan beroperasi untuk kerajaan Belanda di Afrika, Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Asia dan Pasifik, Eropah Timur, di Timur Tengah, di Eropah Barat; dan di India.

VFS Global pernah bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri Kerajaan Belanda sejak tahun 2006 dan di bawah kontrak baharu ini, ia bakal menyediakan perkhidmatan visa Schengen, perkhidmatan visa Caribbean, visa negara tinggal lama, Dokumen Perjalanan Belanda dan Peperiksaaan Integrasi Sivik.

Chris Dix, Ketua Pembangunan Perniagaan, VFS Global, berkata, "VFS Global berasa gembira kerana kami akan terus berkhidmat untuk Kerajaan Belanda. Kami telah menikmati perkongsian yang kukuh dengan Kementerian Luar Negeri Belanda selama lebih sedekad lamanya dan mengalu-alukan peluang ini untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan kami bagi pihak mereka. Kami berharap dapat membuka kemudahan kami di 40 lokasi baharu untuk menawarkan pemohon visa Belanda dengan penyelesaian visa yang terbaik dalam kelasnya dan proses permohonan yang lancar."

Sejak Ogos 2018, VFS Global telah menandatangani kontrak-kontrak perkhidmatan visa dengan sembilan kerajaan pelanggan sedia ada dan baharu dari Eropah untuk melanjutkan jaringan perkhidmatan visa mereka. Ini termasuk kontrak-kontrak untuk menyediakan perkhidmatan visa tambahan kepada kerajaan pelanggan seperti Belgium, Estonia, Jerman, Hungary, Itali, Lithuania, Slovenia, Slovakia dan Republik Czech.

Latar Belakang VFS Global 

VFS Global ialah pakar perkhidmatan penyumberan luar dan teknologi yang terbesar di dunia untuk kerajaan dan misi diplomatik di seluruh dunia. VFS Global, beribu pejabat di Dubai, UAE, berasal dari Switzerland dan merupakan sebuah syarikat portfolio EQT, sebuah firma ekuiti persendirian yang terkemuka di dunia dan beribu pejabat di Stockholm, Sweden.

Dengan 2776 Pusat Permohonan, operasi di 141 negara merentas lima benua dan lebih 184 juta permohonan yang diproses setakat 31 Oktober 2018, VFS Global merupakan rakan kongsi dipercayai oleh 62 kerajaan pelanggan.

Source: VFS Global
Keywords: Travel Contracts