omniture

Tiba masanya untuk alami Kavalan dengan Distillery Select

Kavalan
2018-11-28 19:11 2068

TAIPEI, Taiwan, 28 November 2018 /PRNewswire/ -- Para peminum kini boleh membeli wiski daripada kilang penyulingan Taiwan yang memenangi anugerah – Kavalan, pada harga US$59 RRP 43% ABV di AS dan 49 euro 40% ABV di seluruh Eropah.

Kavalan's latest release, Distillery Select, sold in the bottle with a silhouette inspired by the shape of Taiwan's tallest skyscraper the Taipei 101
Kavalan's latest release, Distillery Select, sold in the bottle with a silhouette inspired by the shape of Taiwan's tallest skyscraper the Taipei 101

Ketua Pegawai Eksekutif Kavalan En. YT Lee berkata bahawa "Kavalan Distillery Select" 700ml yang baru dilancarkan mempunyai takat harga yang baik dan dimatangkan dalam beberapa tong isian semula yang terbaik di dunia dalam iklim Yilan, seraya mencipta titisan yang seimbang dengan elegan berserta komponen asas tofi lembut dan buah-buahan yang menarik.

Rasa buah-buahan nyata Kavalan ialah epal hijau, mangga, nanas dan ceri.

Pakar Pengadun dan Duta Jenama Global Ian Chang berkata orang ramai boleh bergantung pada kekonsistenan kualiti Kavalan.

"Kavalan terkenal dengan kualitinya kerana inilah tumpuan kami. Namun kini, dengan Distillery Select, kami menyajikan kualiti kepada orang ramai pada harga yang sangat baik," kata beliau.

Pengurus jenama pengedar jepun Lead off Japan En. Kim berkata: "Kavalan Distillery Select ialah ekspresi berkualiti tinggi dan harganya jauh lebih rendah berbanding nilainya."

Ketua Pegawai Eksekutif La Maison du Whisky pengedar Eropah En. Thierry Benitah berkata Distillery Select "mengungkapkan yang terbaik daripada Kavalan."

"Halus dan elegan harumannya dengan begitu banyak buah-buahan," kata beliau. "Diperkaya dan kompleks di dalam mulut dengan rasa vanila yang manis dan komponen asas tofi. Bukan sahaja merupakan wiski dengan hirupan hebat, ia juga merupakan malt tunggal boleh dicampur yang unik."

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hotaling & Co. pengedar AS, Dennis Carr berkata: "Kavalan Distillery Select memenuhi permintaan terhadap Kavalan bagi memuaskan para peminat sebenar malt tunggal yang ingin menikmatinya tanpa ais atau berserta air serta untuk peminat minuman koktel."  

"Dalam tempoh kurang sedekad membuat wiski, kilang penyulingan Taiwan telah menerima pengiktirafan seluruh dunia dan kini mempunyai 23 variasi menerusi pengenalan gaya baharu ini," kata beliau.

Latar Belakang Kavalan Whisky

Kilang Penyulingan Kavalan di Daerah Yilan telah mempelopori seni pembuatan wiski malt tunggal di Taiwan sejak tahun 2005. Wiski kami, dimatangkan dalam kelembapan dan haba yang kuat, bersumberkan air lebur daripada Snow Mountain dan ditingkatkan oleh bayu laut dan gunung yang dingin. Kesemua ini digabungkan bagi menghasilkan rasa utama Kavalan yang penuh berkrim. Mengambil nama lama Daerah Yilan, kilang penyulingan kami disokong oleh kira-kira 40 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induk, King Car Group. Kami telah mengumpul lebih 280 anugerah emas atau anugerah lebih tinggi daripada pertandingan-pertandingan paling kompetitif dalam industri dan boleh didapati di lebih 70 negara. Layari www.kavalanwhisky.com

Hubungan Media:

Kellie Du 
886-3922-9000 #7165
kellie@kingcar.com.tw

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181126/2308767-1

 

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages New products/services